SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2026 MarsdenLR 3957

MAHKAMAH TINGGI MALAYA, ALOR SETAR
PP lwn. ABDUL MUSLIMIN ABDUL HALIM & ORS
[PERBICARAAN JENAYAH NO: 45B-06-06/2017]



DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR

DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA

[PERBICARAAN JENAYAH NO: 45B-06-06/2017]

ANTARA

PENDAKWA RAYA

DAN

1. ABDUL MUSLIMIN ABDUL HALIM

(NO. K/P: 990429-07-7111)

2. MOHAMAD AFIF AMRAN

(NO. K/P: 981226-09-5075)

3. MOHAMMAD HISYAMUDDIN RAMLEE

(NO. K/P: 010522-07-0815)

4. MOHAMMAD SHAZWAN MOHD SHAM

(NO. K/P: 981228-01-6641)

5. MUHAMAD FAHMI MUHAMMAD FUZI

(NO. K/P: 001107-02-1261)

6. MUHAMMAD ALIF KHAIRUDIN

(NO. K/P: 021219-02-0093)

7. MUHAMMAD YUSRIE NAYAN

(NO. K/P: 000613-09-0169)

8. MUHAMMAD NOOR AZMI OTHMAN

(NO. K/P: 000304-09-0173)

9. SHAHRUL SHAZWAN MOHAMMAD JUHARI

(NO. K/P: 981207-02-6429)

10. WAN MUHAMMAD ASYRAF JASMIN

(NO. K/P: 010802-09-0183)

ALASAN PENGHAKIMAN

PENDAHULUAN

1. Dalam kes ini, kesemua Tertuduh, iaitu OKT 1 hingga OKT 10, telah dituduh secara bersama di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan [Akta 574] dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana membunuh Mohamad Shukri bin Kassim (No. K/P: 990321-02-5635) (selepas ini dirujuk sebagai "Si mati") di bilik Hang Jebat, Asrama Lelaki, Pusat Pemulihan Akhlak, Jalan Pokok Sena, Mk Gajah Mati, Pokok Sena, Kedah Darul Aman. Pertuduhan ke atas kesemua Tertuduh adalah seperti yang berikut:

PERTUDUHAN

"Bahawa kamu bersama-sama pada 18.11.2016 antara jam lebih kurang 10.30 malam hingga jam lebih kurang 11.00 malam, di bilik Hang Jebat, Asrama Lelaki, Pusat Pemulihan Akhlak, Jalan Pokok Sena, Mk Gajah Mati, Pokok Sena di dalam Negeri Kedah Darul Aman, dalam mencapai niat bersama, kamu telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Mohamad Shukri bin Kassim (No. K/P: 990321-02-5635). Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.".

2. Kesemua Tertuduh telah tidak mengaku salah dan minta dibicarakan atas Pertuduhan tersebut.

FAKTA DAN LATAR BELAKANG KES

3. Kesemua Tertuduh dan Si Mati adalah penghuni bilik Hang Jebat, Asrama Lelaki, Pusat Pemulihan Akhlak, Jalan Pokok Sena, Mk Gajah Mati, Pokok Sena, Kedah Darul Aman pada hari kejadian tersebut. Terdapat lebih kurang 26 penghuni semuanya dalam bilik Hang Jebat tersebut pada hari kejadian tersebut.

4. Berdasarkan Pertuduhan tersebut dan Laporan Bedah Siasat Si mati, didapati sebab kematian Si Mati ialah akibat "blunt force trauma to the chest and abdomen".

5. Bagi membuktikan Pertuduhan terhadap kesemua Tertuduh tersebut, pihak pendakwaan telah memanggil seramai tiga belas (13) orang saksi, iaitu seperti yang berikut:

(a) SP1 -Kpl Rahimi bin Ramli (Jurufoto);

(b) SP2 -Kpl Noor Rizan bin Mohd Noor (Jurufoto);

(c) SP3 -Kpl Md Desa bin Jaafar (Penerima Maklumat Pertama);

(d) SP4 -Khiril Anuar bin Mohamad Saad (Warden Asrama);

(e) SP5 -Kassim bin Chik (Pengawal Keselamatan);

(f) SP6 -ASP Ooi Wei Seng (Pegawai Tangkapan);

(g) SP7 -Muhamad Azhar bin Abdullah (Penghuni/Rakan Sebilik);

(h) SP8 -Insp Azrol bin Mohamad (Pegawai Rampasan);

(i) SP9 -Muhammad Amirul Naim bin Rusli (Penghuni/Rakan Sebilik);

(j) SP10 -Norazida binti Daud (Ahli Kimia);

(k) SP11 -Insp Zulkefley bin Othman (Pegawai Penyiasat);

(l) SP12 -ASP Ahmad Salimi bin Md Ali (Pegawai Penyiasat); dan

(m) SP13 -Dr. Nor' Amirah binti Ahmad (Pakar Forensik).

ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH

6. Setelah Mahkamah ini meneliti, menilai, menimbangkan dan membuat penilaian maksimum (maximum or positive evaluation) terhadap semua keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dalam kes ini, khususnya keterangan SP7, SP9 dan Laporan Bedah Siasat Si mati yang mencatatkan sebab kematian Si mati ialah "blunt force trauma to the chest and abdomen", dan setelah Mahkamah ini menimbangkan hujahan dan nas-nas undang-undang yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa -

(a) pihak pendakwaan telah gagal membuktikan suatu kes prima facie terhadap kesemua Tertuduh bagi kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan pada akhir kes pendakwaan menurut subseksyen 180(1) dan

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top