2026 MarsdenLR 4423
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR
DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA
[GUAMAN SIVIL NO: WA-22NCvC-425-07/2025]
ANTARA
PERBADANAN PENGURUSAN SHAFTSBURY PUTRAJAYA
[NO. DAFTAR: 20240009]
... PLAINTIF
DAN
1. MOHD IZANI BIN GHANI
[NO. K/P: 680101-03-5491]
2. LEE CHAN FOOK
[NO. K/P: 640110-03-5665]
3. SITI MARIATI BINTI KHALID
[NO. K/P: 820622-14-6260]
4. NOR'AIZA BINTI MOHD NORDIN
[NO. K/P: 680512-10-5132]
5. PROQUAZ SDN BHD
[NO. SYARIKAT: 558431-P/200101022673]
6. KHAIRUL IMRAN BIN CHE' MAN
[NO. K/P: 701211-07-5101]
... DEFENDAN-DEFENDAN
ALASAN
Bertarikh: 31 Mac 2026
(ROSLAN MAT NOR)
Hakim
Mahkamah Tinggi Malaya
Kuala Lumpur
PENGHAKIMAN
(Kandungan 11)
1. Ini adalah permohonan Defendan Pertama, Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima untuk membatalkan tuntutan Plaintif. la dikemukakan melalui Kertas Mahkamah 11.
2. Asas kepada permohonan ini adalah tindakan Plaintif terhadap Defendan Kedua dan Keenam telah terhalang oleh doktrin undang-undang res judicata dan juga doktrin estoppel, la adalah disebabkan telah terdapat satu award dari Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata, la juga disebabkan Plaintif telah gagal mendapatkan remedi daripada Defendan-Defendan di bawah seksyen 33 Akta Pengurusan Strata 2013 (APS 2013). la adalah di luar bidang kuasa Mahkamah.
3. Defendan-Defendan juga menyatakan tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah tidak sah. Ini adalah disebabkan kadar caj-caj tersebut ditetapkan di dalam Mesyuarat Agung Pertama Perbadanan Pengurusan. la tidak terakru dan tidak mempunyai kuatkuasa ke belakang.
4. Permohonan Defendan-Defendan disokong oleh afidavit sokongan yang dideposkan oleh Defendan Keenam di Kertas Mahkamah 18.
5. Penelitian kepada afidavit-afidavit yang difailkan di dalam kes ini adalah didapati Defendan-Defendan adalah pemilik petak-petak di kawasan pembangunan yang dikenali sebagai Shaftsbury Putrajaya. Plaintif adalah merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk menyelenggarakan kawasan pembangunan tersebut.
6. Mahkamah ini telah dikemukakan tindakan di Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata oleh Plaintif terhadap Defendan Kedua di mana tuntutan Plaintif ditolak dengan kos RM250.00 di ekshibit K1-1 halaman 69. Tuntutan Plaintif terhadap Defendan Ketiga juga ditolak (lihat halaman 82) ekshibit K1-1. Sementara tuntutan Plaintif terhadap Defendan Keempat juga ditolak (lihat halaman 99) ekshibit yang sama.
7. Sementara itu bagi Defendan Keenam telah ditolak tindakan Plaintif atas alasan pihak yang menuntut tidak boleh mengenakan caj.
Analisa
8. Adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas Mahkamah boleh membatalkan suatu tindakan di bawah Aturan 18 kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012). Ujian bagi menggunakan budi bicara untuk pembatalan telah dinyatakan oleh Mahkamah Agung dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v. United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 4 CLJ 7; [1993] 3 MLJ 36. la tidak perlu dipanjangkan lagi perbincangan di sini disebabkan ia telah menjadi sebahagian daripada undang-undang yang mantap.
9. Defendan-Defendan juga menyatakan bahawa Plaintif tidak mempunyai asas untuk meneruskan tindakan ini disebabkan terhalang ekoran daripada doktrin res judicata, la disebabkan telah terdapat keputusan tribunal perumahan dan pengurusan strata terhadap Plaintif berdasarkan tindakan Defendan-Defendan. Adakah disebabkan terdapatnya award yang diberikan oleh tribunal tersebut maka doktrin res judicata terpakai dalam kes ini? la membawa maksud bolehkah ia menjadi asas kepada permohonan Defendan-Defendan untuk membatalkan tindakan ini.
10. Bagi menjawab persoalan tersebut wajar sekiranya Mahkamah merujuk kepada doktrin res judicata itu sendiri bagi memahami pemakaiannya di dalam kes ini. Penelitian kepada sejarah res judicata adalah didapati ia berasal dari Undang-undang Roman (Roman Law), la telah diterima sebagai sebahagian undang-undang lazim di Inggeris. Ini dapat dilihat dalam kes yang dianggap sebagai terawal dalam pemakaian maksim res judicata iaitu Duchess of Kingston's Case [1775 -1802] All ER Rep 623, 1 Leach 146 di mana De Grey CJ menyatakan seperti berikut:
"What has been said at the Bar is certainly true as a general principle, that a transaction between two parties, in judicial proceedings, ought not to be binding upon a third; for it would be unjust to bind any person who could not be admitted to make a defence, or to examine witnesses, or to appeal from a judgment he might think erroneous. Therefore, the depositions of witnesses in another cause in proof of a fact, the verdict of a jury finding the fact, and the judgment of the court upon facts found, although evidence against the parties, and all cl