2026 MarsdenLR 5391
MAHKAMAH RAYUAN, PUTRAJAYA
TAN CHENG KIT lwn. PP
[RAYUAN JENAYAH NO: J-05(SH)-507-11/2024, J-05(SH)-509-11/2024 & J-05(SH)-511-11/2024]
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA
(BIDANGKUASA RAYUAN)
[RAYUAN JENAYAH NO: J-05(SH)-507-11/2024, J-05(SH)-509-11/2024 & J-05(SH)-511-11/2024]
ANTARA
TAN CHENG KIT
... PERAYU
DAN
PENDAKWA RAYA
... RESPONDEN
[Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Jenayah (2) di Johor Bahru
Dalam Negeri Johor Darul Takzim
[Perbicaraan Jenayah No.: JA-45A-26-10/2020 JA-45A-27-10/2020 & JA-45A-160-12/2022]
Pendakwa Raya
Lawan
Tan Cheng Kit]
KORAM:
AZMI ARIFFIN, HMR
ALWI HJ ABDUL WAHAB, HMR
HAYATUL AKMAL ABDUL AZIZ, HMR
PENGHAKIMAN
Mukadimah
1. Pendakwaan terhadap perayu bermula di Mahkamah Tinggi Johor Bahru di atas lima (5) pertuduhan seperti yang berikut:
No. Kes J-05(SH)-507-11/2024
Bahawa kamu pada 03/01/2020, lebih kurang jam 1000 hrs, bertempat di alamat B-01-17B, Residensi Masai, Jalan Masai 2, Plentong di dalam Daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor Darul Takzim, telah mengedar dadah berbahaya jenis 3,4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan berat bersih 545.35gram, dan dengan itu kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.
No. Kes J-05(SH)-509-11/2024
Pertuduhan Pertama
Bahawa kamu pada 03/01/2020, lebih kurang jam 1000 hrs, bertempat di alamat B-01-17B, Residensi Masai, Jalan Masai 2, Plentong di dalam Daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor Darul Takzim, telah didapati memiliki dadah berbahaya dengan berat bersih 1033.06gram Ketamine, oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama.
Pertuduhan Kedua
Bahawa kamu pada 03/01/2020, lebih kurang jam 1000 hrs, bertempat di alamat B-01-17B, Residensi Masai, Jalan Masai 2, Plentong di dalam Daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor Darul Takzim, telah didapati memiliki bahan dengan berat bersih 276.41gram yang mengandungi Kesan 3,4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan Ketamine, oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama.
Pertuduhan Ketiga
Bahawa kamu pada 03/01/2020, lebih kurang jam 1000 hrs, bertempat di alamat B-01-17B, Residensi Masai, Jalan Masai 2, Plentong di dalam Daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor Darul Takzim, telah didapati memiliki racun berjadual dengan berat bersih 535.18gram Caffeine, iaitu satu kesalahan di bawah seksyen 9(1) Akta Racun 1952 (disemak pada 1989) yang boleh dihukum di bawah seksyen 32(3) Akta yang sama.
No. Kes J-05(SH)-511 -11/2024
Bahawa kamu pada 03/01/2020, lebih kurang jam 1000 hrs, bertempat di alamat B-01-17B, Residensi Masai, Jalan Masai 2, Plentong di dalam Daerah Johor Bahru, di dalam Negeri Johor Darul Takzim, telah didapati memiliki berat bersih 122.71gram Etizolam dimana Etizolam disenaraikan dalam Jadual Ketiga (bahan psikotropik) Akta Racun 1952 suatu kesalahan di bawah seksyen 30(3) Akta yang sama Akta Racun 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 32(5) Akta yang sama.
2. Perayu tidak mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan-pertuduhan tersebut dan memohon untuk dibicarakan. Perbicaraan bagi kesemua kes ini telah dijalankan secara bersama di dalam satu perbicaraan.
3. Di akhir kes pembelaan, pada 29 Oktober 2024, perayu telah didapati bersalah dan disabitkan di atas kelima-lima pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman seperti berikut:
(a) No. Kes J-05(SH)-507-11/2024: Hukuman pemenjaraan seumur hidup (30 tahun) mulai tarikh tangkap 3 Januari 2020 dan 12 kali sebatan rotan;
(b) No. Kes J-05(SH)-509-11/2024:
(i) Pertuduhan pertama: Tiga (3) tahun pemenjaraan mulai tarikh tangkap 3 Januari 2020;
(ii) Pertuduhan kedua: Tiga (3) tahun pemenjaraan mulai tarikh tangkap 3 Januari 2020; dan
(iii) Pertuduhan ketiga: Enam (6) bulan pemenjaraan mulai tarikh tangkap 3 Januari 2020.
(c) No. Kes J-05(SH)-511 -11/2024:
Satu (1) tahun pemenjaraan mulai tarikh tangkap 3 Januari 2020.
4. Kesemua hukuman pemenjaraan berjalan secara serentak bagi kesemua pertuduhan.
5. T