SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Headnote Court Copy Facts Arguments Court observation Judicial Analysis Case Map Category Hierarchy Table of Content
Listen Article Pause Article
judgment-img

2026 MarsdenLR 6486

MAHKAMAH PERUSAHAAN, KUALA LUMPUR
ROSNAH HATTA lwn. GCH RETAIL (MALAYSIA) SDN BHF
AWARD NO. 1592 TAHUN 2026 [KES NO: 21/4-107/25]



DALAM MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

[KES NO: 21/4-107/25]

DI ANTARA

ROSNAH HATTA

DAN

GCH RETAIL (MALAYSIA) SDN BHF

AWARD NO. 1592 TAHUN 2026

Di Hadapan:

SYED NOH SAID NAZIR @ SYED NADZIR Pengerusi

Tempat:

Mahkamah Perusahaan Malaysia, Kuala Lumpur

Tarikh Rujukan:

18.12.2024.

Tarikh Sebutan:

19.02.2025, 30.04.2025, 16.06.2025, 18.05.2026.

Tarikh Perbicaraan:

06.04.2026.

Peguamcara/Perwakilan:

Pihak Yang Menuntut - mewakili diri sendiri

Bagi pihak syarikat - Muhammad Izzaaz Abdul Aziz; T/n Felix Saw

RUJUKAN:

Ini adalah suatu rujukan yang dibuat di bawah seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang timbul dari pembuangan kerja Rosnah binti Hatta (selepas ini disebut sebagai "Pihak Yang Menuntut") oleh GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd (selepas ini disebut sebagai "Pihak Syarikat") pada 23.08.2024.

AWARD

[1] Rujukan Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan Malaysia bertarikh 18 Disember 2024 di dalam kes ini mengkehendaki Mahkamah Perusahaan untuk mendengar dan memutuskan aduan penamatan kerja Pihak Yang Menuntut oleh Pihak Syarikat pada 23.08.2024 bagi membolehkan suatu Award Akhir diperturunkan.

FAKTA KES

[2] PYM telah dilantik sebagai pekerja oleh Pihak Syarikat berdasarkan surat pelantikan bertarikh 06.10.2022 sebagai Ketua Pasukan bagi restoran milik Pihak Syarikat (mukasurat 3-11, COB1). Sepanjang tempoh perkhidmatannya, PYM adalah tertakluk kepada segala peraturan dan polisi dalaman Pihak Syarikat, termasuk larangan keras terhadap pengambilan barangan tanpa kebenaran atau tanpa bukti pembelian (mukasurat 12-15, COB1).

[3] Pada 01.04.2024, PYM telah dipindahkan ke bahagian juruwang dan memegang jawatan sebagai Ketua Juruwang di Pasaraya Giant Cawangan Seri Kewangan ("Giant Seri Kembangan").

[4] Pada 12.06.2024, Pihak Syarikat telah menerima aduan bahawa PYM telah mengambil barangan percuma ("FOC") tanpa kebenaran Pihak Syarikat di kaunter perkhidmatan pelanggan Giant Seri Kembangan pada 09.06.2024.

[5] Siasatan dalaman telah dimulakan sejak 12.06.2024, namun PYM telah mengambil cuti sakit dan kembali bertugas pada 02.07.2024. Pada 03.07.2024, sesi soal siasat telah dijalankan di mana PYM telah mengakui mengambil barangan FOC tersebut, iaitu 2 kotak minuman Oatlife dan 2 tin minuman 100 Plus, serta menandatangani akuan bertulis mengakui perbuatannya (mukasurat 20, COB1).

[6] Hasil siasatan tersebut telah didokumentasikan dalam Laporan Soal Siasat bertarikh 04.07.2024 yang mencadangkan tindakan tatatertib diambil (mukasurat 24-25, COB1). Berdasarkan dapatan siasatan, PYM telah digantung tugas sementara siasatan lanjut dijalankan.

[7] Pada 24.07.2024, Pihak Syarikat telah mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab kepada PYM berhubung salah laku tersebut (mukasurat 26-27, COB1). PYM telah memberikan jawapan bertulis bertarikh 29.07.2024, namun penjelasan tersebut didapati tidak memuaskan Pihak Syarikat dan bercanggah dengan dapatan siasatan.

[8] Susulan itu, Pihak Syarikat telah memutuskan untuk menjalankan satu Siasatan Dalaman (Domestic Inquiry) ("DI") dan Notis Siasatan DI telah dikeluarkan bertarikh 02.08.2024. DI telah dijalankan pada 08.08.2024 dan setelah menilai keseluruhan keterangan dan bukti, panel DI mendapati bahawa PYM telah melanggar peraturan dan polisi Pihak Syarikat dengan mengambil barangan FOC tanpa kebenaran ("dapatan") (mukasurat 36-38, COB1). Berdasarkan dapatan tersebut, Pihak Syarikat telah membuat keputusan untuk memecat Pihak Yang Menuntut (mukasurat 39-40, COB1).

[9] Terkilan dan tidak berpuas hati dengan tindakan Pihak Syarikat, PYM telah memfailkan representasi pemulihan kerja di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Pada 10.03.2025, PYM memfailkan Pernyataan Kes.

RINGKASAN KES YANG MENUNTUT

[10] Secara ringkas, dakwaan PYM berdasarkan Pernyataan Kes adalah seperti berikut:-

10.1 PYM menafikan bahawa beliau telah mengambil barangan FOC tanpa kebenaran dan sebaliknya menyatakan bahawa beliau mendapat kebenaran untuk berbuat demikian.

10.2 PYM juga mendakwa bahawa proses siasatan termasuk penggantungan kerja, surat tunjuk sebab dan Si

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top