ALASAN
PENGHAKIMAN
Abdul Aziz bin Mohamad H:
Pada 15 Mei 1992, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, perayu telah didapati bersalah kerana menjalankan pemajuan perumahan (housing development) tanpa lesen suatu kesalahan di bawah s. 5(1) Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 yang boleh dihukum di bawah s. 18(a) Akta itu, dan telah didenda RM80,000 dari denda maksimum RM100,000. Denda itu telah dibayar.
Ini adalah rayuan terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah Sesyen itu.
Peruntukan yang relevan dalam s. 5(1) berkata:
No housing development shall be engaged in, carried on, undertaken or caused to be undertaken except by a housing developer in possession of a licence issued under this Act.
Seksyen 3 mentakrifkan 'housing development' sebagai berertisetakat yang relevan untuk rayuan ini:
to develop or construct or cause to be contructed in any manner more than four units of housing accomodation and includes the collection of monies or the carrying on of any building operations for the purpose of eracting housing accommodation in, on, over and under any land ...,
dan 'housing accomodation' sebagai meliputi (including):
any building, tenement or messuage which is wholly or principally constructed, adapted or intended for human habitation or partly for human habitation and partly for business premises.
Fakta-fakta yang terdedah di peringkat kes pihak pendakwa adalah seperti berikut.
Pada 22 Ogos 1990 perayu memohon lesen pemaju perumahan untuk suatu pemajuan perumahan yang perayu dalam permohonannya memperihalkan sebagai Fernlea Court, yang terdiri daripada tiga tingkat enam belas unit pangsapuri .Permohonannya diterima oleh Pengawal Perumahan pada 30 Ogos 1990.
Pada 19 Oktober 1990 - mungkin ekoran daripada permohonan itu - dua orang pegawai dari Kementerian Kerajaan Tempatan telah melawat tapak pemajuan itu dan mendapati kerja-kerja sedang berjalan untuk membina dua blok yang mengandungi enam belas unit pangsapuri. Sebahagian pembangunan itu telah siap 60% dan sebahagian lagi 45%. Tidak ada lesen untuk pemajuan itu pada masa itu kerana permohonan perayu belum diluluskan lagi.
Lesen untuk pemajuan itu telah dikeluarkan hanya pada 20 Disember 1990 untuk selama lima tahun dari 18 Disember 1990 hingga 17 Disember 1995.
Gambar-gambar yang diambil dalam lawatan itu menunjukkan bahawa di tapak projek itu ada dua papan iklan yang boleh dilihat oleh orang ramai. Yang satunya mengumumkan projek itu sebagai 'Cadangan pembangunan pangsapuri 3 tingkat ...' dan mengumumkan nama, alamat dan nombor telefon pemilik, arkitek, jurutera, juruukur dan kontraktor bagi projek itu.
Yang satu lagi berkata: 'Untuk pertanyaan sila berhubung dengan Desa Estate Agency Sdn. Bhd.'.
Walaupun akhirnya lesen telah dikeluarkan untuk pemajuan itu, keputusan telah dibuat untuk mendakwa perayu kerana kesalahan yang dikatakan dilakukan pada 19 Oktober 1990 itu.
Izin Pendakwa Raya di bawah seksyen 23 untuk mendakwa perayu kerana kesalahan itu telah dikeluarkan pada 9 Disember 1991.
Di akhir kes pihak pendakwa, tidaklah dipertikaikan bahawa ada pemajuan enam belas unit housing accommodation dalam bentuk pangsapuri dan perayu adalah pihak yang menjalankan pemajuan itu. Isu yang sebenarnya dibangkitkan oleh perayu di peringkat itu ialah sama ada pemajuan itu adalah pemajuan perumahan. Pendirian Peguam perayu di peringkat itu dan di hadapan saya ialah bahawa perlulah ada bukti tentang pungutan wang, memandangkan kata-kata 'and includes the collection of monies' dalam definisi 'housing development', dan bahawa tidak ada bukti sedemikian.
Fahaman beliau ialah untuk memenuhi definisi itu, adalah tidak memadai lebih empat unit housing accommodation dibina, tetapi housing accommodation itu mestilah untuk dijual.
Dengan hormatnya saya berpendapat Peguam bijaksana bagi perayu adalah jelas silap. Erti asas 'housing development' ialah 'to develop or construct ... more than four units of housing accommodation' - habis di situ. Kata-kata yang menjadi sandaran
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.