EKUITI: Ekuiti jurisprudens - Keterterapan doktrin fidusiari - Pendekatan yang betul oleh Mahkamah Ekuiti - Samada merupakan satu perkara dasar kehakiman - Samada menyumbang kepada pendapat bahawa kategori perkaitan fidusiari tidak pernah ditutup - Sama ada harus mengambil berat latarbelakang kebudayaan masyarakat - Perhubungan dalam mana tanggungjawab fudisiari dikenakan oleh Mahkamah - Sifat-sifat am
KONTRAK: Doktrin fidusiari - Keterterapan - Kewajipan fidusiari - Samada tidak sepatutnya meletakkan dirinya dalam situasi di mana tugasnya dan kepentingannya bercanggahan
KONTRAK: Doktrin fidusiari - Keterterapan - Samada doktrin terpakai kepada penganjur-penganjur kelab pemilik - Penganjur-penganjur memasuki kontrak bagi pihak kelab - Penganjur-penganjur secara terus berminat dalam hal kontrak - Samada terdapatnya percanggahan kepentingan - Samada berlakunya penyalahgunaan keyakinan - Tuntutan oleh ahli-ahli kelab bagi gantirugi kerana kemungkiran kewajipan fidusiari - Tuntutan dimulakan melalui tindakan perwakilan - Samada boleh dikekalkan
KONTRAK: Pengaruh yang tidak berpatutan - Kontrak diperolehi melalui pengaruh yang tidak wajar - Orang yang membuat salah mendapat keuntungan melalui perbuatan penyalahgunaan keyakinan - Skop remedi - Seksyen 34 Akta Relief Spesifik 1950 - Samada pembatalan adalah satu-satunya remedi - Pemberian lain-lain jenis relief - Samada dilarang oleh Akta - Samada terpulang kepada Mahkamah untuk memberikan relief yang sedemikian kerana akan membawa kepada keadilan
UNDANG-UNDANG SYARIKAT: Rahsia disebalik penipuan - Penyingkapan - Syarikat terlibat dalam transaksi-transaksi melalui pengawal-pengawalnya - Syarikat akan mendapat keuntungan daripada transaksi-transaksi - Samada perbuatan penyalahgunaan keyakinan hendaklah disamakan dengan perbuatan penyalahgunaan keyakinan oleh syarikat - Samada keadaan mewajarkan penyingkapan rahsia disebalik amalan pemalsuan syarikat
Rayuan-rayuan ini berkisar di sekeliling tindakan perwakilan bagi kemungkiran kewajipan fidusiari di mana responden-responden, dalam kedudukan mereka sebagai ahli-ahli sebuah kelab keempunyaan, telah memulakan terhadap pemegang-pemegang jawatan di kelab itu. Perayu-perayu dalam rayuan yang pertama merupakan penjangur-penganjur sebuah kelab desa dan sukan yang dikenali sebagai Raintree Club, Kuala Lumpur (Kelab tersebut). Sebilangan daripada perayu-perayu itu, termasuk perayu-perayu pertama dan kedua, adalah juga merupakan pengarah-pengarah/pemegang-pemegang saham dua buah syarikat, iaitu Raintree Development Sdn Bhd ('RDB') dan Allied Capital Sdn Bhd. ('Allied'). RDB adalah tuanpunya tanah di atas mana premis Kelab tersebut hendak dibina sedangkan Allied pula telah dikehendaki menjalankan kerja-kerja pembinaan premis tersebut. Fakta-fakta menunjukkan bahawa, berikutan dengan suatu pembentukan semula dalam ekuiti saham RDB dan Allied, kedua-dua syarikat ini terletak di bawah kawalan perayu-perayu pertama dan kedua.
Operasi Kelab tersebut telah dikonsepsikan menurat dasar bahawa Kelab tersebut, bagi memperolehi premisnya dan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan yang telah dibina oleh Allied, akan membeli saham-saham RDB daripada Allied. Balasan bagi pembelian ini, walaubagaimanapun, akan secara keseluruhannya ditanggung oleh ahli-ahli Kelab termasuk responden-responden di sini. Berikutan dengan persetujuan ini, perayu-perayu pertama dan kedua, dengan kebenaran pemegang-pemegang jawatan Kelab tersebut yang lain, telah meneruskan rundingan dan selepas itu telah mengikat satu "perjanjian pengambilan saham" dengan Allied. Melalui perjanjian ini, saham-saham RDB telah dibeli oleh kedua-dua perayu tersebut, dikatakan bagi pihak Kelab tersebut, bagi nilai sebanyak RM47 juta.
Perayu-perayu pertama dan kedua, dalam mengikat perjanjian pengambilan saham tersebut, telah tidak mendedahkan kepentingan-kepentingan mereka di dalam Allied kepada ahli-ahli Kelab tersebut. Oleh kerana itu, responden-responden, bertindak dalam kedudukan sebagai perwak
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.