PENGHAKIMAN
Pihak defendan pertama hingga ketiga ("defendandefendan tersebut") telah memfailkan Saman Dalam Kamar pada 9 April 1997 (kandungan 26) untuk memohon satu perintah bahawa tindakan guaman sivil ini ditangguhkan sehingga penyelesaian penuh dan muktamad kes jenayah [2] No. 62-50-95 dalam Mahkamah Sesyen, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Permohonan defendan-defendan tersebut disokong oleh afidavit Manoharan a/lMalayalam, peguam yang mengendalikan kes ini bagi pihak mereka (kandungan 25).
Encik Manoharan telah berikrar di dalam afidavit tersebut (kandungan 25) bahawa defendan pertama telah didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 14.10.95 atas dua tuduhan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan ('MM-1'). Pengadu di dalam kes jenayah tersebut ialah Tan Hoe Kock yang merupakan plaintif pertama dalam guaman sivil ini. Nama-nama plaintif pertama dan kedua telah disebut sebagai orang-orang yang telah diperdayakan oleh defendan pertama di dalam tuduhan jenayah yang pertama. Di dalam tuduhan kedua, plaintif pertama dikatakan telah diperdayakan oleh defendan pertama. Defenden Kedua adalah isteri kepada defendan pertama dan kedua-dua mereka adalah pemegang-pemegang saham dalam d
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.