PENGHAKIMAN
Alauddin Mohd Sheriff H:
Permohonan
Melalui saman pemula (Lampiran 1) ini, plaintif memohon untuk mendapatkan antara lain perintah-perintah berikut:
i. satu deklarasi bahawa plaintif adalah penerima bekalan sah letrik daripada defendan dan sehingga hari ini masih tidak berhutang dengan defendan.
ii. satu perintah mengarahkan defendan menyambung bekalan letrik yang dipotong oleh defendan ke premis No. 83, Kilang Air, Jalan Sungai Korok, Pekan Jitra, Kedah di dalam tempoh 24 jam dari perintah dikeluarkan.
iii. kos.
Fakta Kes
Fakta-fakta kes yang tidak dipertikaikan adalah seperti berikut. Plaintif adalah seorang peniaga yang menjalankan perniagaan menjual air batu dan mempunyai sebuah premis di No. 83, Jalan Sg. Korok, Jitra yang digunakan sebagai stor menyimpan air batunya. Tenaga elektrik ke premis tersebut dibekalkan oleh defendan, Tenaga Nasional Berhad, ("TNB"), satu-satunya agensi di negara ini yang diberikan lesen membekal kuasa letrik nasional. Untuk maksud pembekalan tenaga letrik ke premis tersebut, plaintif telah menandatangani satu kontrak pembekal dengan defendan pada 14 November 1992 yang mana beliau telah bersetuju dengan syarat-syarat yang termaktub di dalam kontrak pembekal itu.
Pada 17 Mac 1998, defendan telah menjalankan pemeriksaan terhadap jangka KWH di premis plaintif dengan kehadiran plaintif sendiri. Pihak defendan telah mendapati bahawa sistem perpasangan bagi jangka KWH plaintif telah diusik dan ini telah menyebabkan piring jangka telah bergerak perlahan dan ianya hanya merekodkan sebahagian sahaja amaun tenaga elektrik yang digunakan. Seterusnya defendan telah menjalankan ujian pemeriksaan ketepatan "timing check" di mana perbandingan rekod penggunaan telah dibuat terhadap jangka KWH plaintif dan jangka semak defendan. Hasil daripada ujian yang dijalankan, itu adalah di dapati bahawa penggunaan tenaga elektrik yang direkodkan oleh jangka KWH plaintif adalah 66.07% lebih rendah dari jangka semak defendan. Memandangkan ketidaktepatan jangka KWH plaintif itu melebihi daripada 3%, seperti yang diperuntukkan di bawah peraturan 12(2) Peraturan-Peraturan Bekalan Pemegang Lesen 1990 yang digubal menurut s. 53 Akta Bekalan Elektrik 1990 (Akta) defendan telah membuat pengiraan semula rekod penggunaan tenaga elektrik oleh plaintif dari bulan Februari 1996 sehingga Jun 1998. Plaintif kemudiannya telah dikenakan caj tambahan sebanyak RM30,136.98 bagi penggunaan elektrik yang gagal direkodkan. Menurut peraturan 12(2) ini juga, defendan telah menuntut bayaran balik bagi jumlah tersebut dan menyelaraskan akaun plaintif. Sehubungan dengan itu, melalui surat mereka bertarikh 13 Julai 1998, defendan telah menuntut jumlah tersebut dan memberi notis selama tujuh hari untuk plaintif menjelaskannya. Notis itu juga menyebut kegagalan plaintif menjelaskan bayaran tersebut akan mengakibatkan pemotongan bekalan. Plaintif telah tidak membuat bayaran dan justeru itu, defendan sekali lagi menghantar notis peringatan agar plaintif menjelaskan bil tambahan tersebut dan meminta plaintif hadir ke pejabatnya di Jitra.
Plaintif masih dan terus gagal menjelaskan bil tambahan tersebut sehingga defendan kemudiannya telah mengeluarkan notis 24 jam yang memberitahu bahawa sekiranya bil tambahan itu tidak dijelaskan dalam masa 24 jam, bekalan elektrik ke premis tersebut akan dipotong.
Pada keesokan harinya, bekalan elektrik ke premis plaintif telah dipotong di atas keingkarannya membayar bil tambahan yang dikeluarkan oleh defendan.
Hujahan Plaintif
Di dalam memohon perintah deklarasi seperti yang terkandung dalam Lampiran 1, plaintif hanya bersandarkan kepada satu hujahan sahaja iaitu pihak defendan adalah tidak berhak untuk memotong bekalan elektrik yang disalurkan kepada premis plaintif semata-mata berdasarkan bil tambahan sebanyak RM30,196.38 yang tidak dibayar. Menurut plaintif lagi, jumlah tersebut hanya merupakan satu tuntutan terhadap jumlah wang yang tertunggak dan tuntutan untuknya patut dibuat melalui tindakan sibil di ma
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.