SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img




JUDGMENTBY: ABDUL HAMID MOHAMAD H:

Ini adalah rayuan terhadap keputusan penolong kanan pendaftar mengenai lamp 14, iaitu permohonan plaintif untuk membatalkan pembelaan dan tuntutan balas defendan-defendan kedua dan ketiga. Permohonan dibuat di bawah A 18 k 19(1)(a), (b) dan (c) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (KMT). Penolong kanan pendaftar meluluskan permohonan plaintif itu dengan kos. Defendan-defendan merayu kepada hakim dalam kamar.

Tuntutan plaintif adalah untuk jumlah hutang sebanyak RM1,832,664.59 seperti pada 30 Jun 1986 dan juga faedah. Defendan pertama adalah sebuah syarikat (penghutang utama) dan Defendan kedua dan ketiga adalah penjamin-penjamin hutang itu.

Kes ini telah difail 13 tahun dahulu, satu daripada beberapa banyak kes yang melibatkan defendan kedua dan mempunyai kaitan antara satu sama lain. Dalam setiap satu kes terdapat pelbagai permohonan dan rayuan.

Dalam alasan penghakiman saya bertarikh 17 Februari 1999 mengenai lamp 49 kes ini, saya telah memaparkan sejarahnya. Lampiran 49 adalah rayuan oleh plaintif terhadap keputusan penolong kanan pendaftar di lamp 31. Dalam lamp 31 defendan pertama memohon, selepas lima tahun untuk mengenepikan penghakiman ingkar yang dimasukkan terhadap defendan pertama. Penolong kanan pendaftar membenarkannya. Plaintif merayu kepada hakim dalam kamar. Saya membenarkan rayuan itu dan mengesahkan penghakiman ingkar itu. Defendan pertama merayu ke Mahkamah Rayuan. Tidak diketahui perkembangannya.

Melalui lamp 14 (permohonan yang membawa kepada rayuan ini) plaintif memohon untuk membatalkan pembelaan dan tuntutan balas defendan-defendan kedua dan ketiga, iaitu penjamin-penjamin hutang itu.

Hujah pertama yang dibangkitkan oleh peguam Defendan-Defendan ialah bahawa permohonan ini (lamp 14) salah di sisi undang-undang kerana plaintif mencantumkan perenggan (a), (b) dan (c) sekali. Hujah beliau ialah permohonan di bawah perenggan (a) tidak boleh dibuat bersama-sama perenggan (b) dan (c) kerana di bawah (a) mahkamah tidak boleh merujuk kepada afidavit, seperti yang diperuntukkan oleh perenggan (2) k 19 A18 itu.

Memang betul bahawa dalam menimbang permohonan di bawah perenggan (a), mahkamah tidak boleh merujuk kepada afidavit-afidavit yang difail. Tetapi, adakah itu bererti bahawa permohonan tidak boleh dibuat dalam satu saman dalam kamar di bawah perenggan (a), (b) dan (c)?

Peguam defendan merujuk kepada penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes Pegasus Engineers Sdn Bhd v Sambu (M) Sdn Bhd [1998] 4 MLJ 129. Kes itu adalah rayuan daripada keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru dalam kes yang dilaporkan sebagai Sambu (M) Sdn Bhd v Stone World Sdn Bhd & Anor [1997] 1 CLJ 775.

Dalam kes itu, defendan memohon untuk membatalkan writ dan penyataan tuntutan plaintif dengan memakai semua sekali peruntukan A 18 k l9(1)(a), (b), (c) dan (d) KMT. Atas bantahan awal oleh peguam plaintif, penolong kanan pendaftar memutuskan bahawa A 18 k 19(1)(a), (b), (c) dan (d) KMT tidak boleh dipakai secara bersekali (cumulative) dan oleh sebab perenggan (a) dipakai maka defendan tidak boleh menggunakan keterangan yang terdapat dalam afidavit yang telah difail. Beliau membatalkan permohonan itu dengan kebebasan memfail semula.

Defendan merayu kepada hakim dalam kamar. Hakim mengesahkan keputusan penolong kanan pendaftar itu.

Secara ringkasnya, Hakim Yang Arif itu, yang merujuk kepada tidak kurang daripada dua puluh penghakiman yang lebih awal, memutuskan bahawa:

(a) Dalam permohonan di bawah A 18 k 19(1)(a), keterangan afidavit tidak

boleh digunakan, tetapi dalam permohonan di bawah perenggan (b), (c) dan (d)

keterangan afidavit boleh digunakan; dan

(b) Perkataan atau dalam kaedah itu adalah disjunctive. Oleh itu

perenggan (a), (b), (c) dan (d) tidak boleh dicantumkan.

Plaintif merayu ke Mahkamah Rayuan. Rayuan itu ditolak oleh Mahkamah Rayuan. Alasannya diberi oleh NH Chan HMR, bagi pihak mahkamah itu. Katanya di ms 131:

We consider the whole process of appealing to the Court of App

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top