SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img




PENGHAKIMAN.

Melalui Saman Dalam Kamar di lampiran 68, Monatech (Malaysia) Sdn. Bhd. iaitu defendan dalam kes ini telah memohon di bawah Aturan 20, Kaedah 11, Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 untuk suatu perintah supaya perintah Mahkamah yang termeterai bertarikh 24hb Ogos 1999 dipinda atau diperbetulkan dengan mengeluarkan perkataan-perkataan "DAN ADALAH SELANJUTNYA DIPERINTAHKAN BAHAWA kos dibayar oleh defendan.".

Permohonan di lampiran 68 difailkan pada 8hb Disember 2000, sementara perintah termeterai yang hendak dipinda atau diperbetulkan ialah mengenai perintah YA Dato' Jeffrey Tan Kok Wha bertarikh 24hb Ogos 1999, yang telah membenarkan permohonan (lampiran 3) plaintif untuk memasukkan satu injunksi Mareva terhadap defendan. Di dalam perintah tersebut telah dinyatakan seperti berikut:-

".... MAKA ADALAH DIPERINTAHKAN BAHAWA, defendan adalah ditahan oleh satu injunksi dan berurusan dengan dan/atau melupuskan (disposing) 6 unit bangunan yang tidak diperbaharui (unencumbered) di bawah Fasa II, Pekan Kelang Lama, Mukim Padang Cina, Daerah Kulim (dalam jumlah RM 1,510,525.20), dalam apa cara pun sehingga penyelesaian yang muktamad ditimbangtara atau perintah yang selanjutnya DAN ADALAH SELANJUTNYA DIPERINTAHKAN BAHAWA Kos dibayar oleh defendan.".

Menurut defendan, terdapat kesilapan dalam perintah termeterai yang dikeluarkan oleh plaintif, kerana perintah tersebut mengandungi perintah keatas kos, walhal Mahkamah dalam keputusan tidak membuat perintah sedemikian.

Tidak dipertikaikan bahawa, Y.A Dato' Jefrey Tan Kok Wha dalam keputusannya tidak menyatakan perintah mengenai kos. Jadi isu yang perlu diputuskan dalam permohonan defendan ini, ialah samada Mahkamah ini sekarang boleh mengeluarkan perkataan-perkataan "DAN ADALAH SELANJUTNYA DIPERINTAHKAN BAHAWA kos dibayar oleh defendan." seperti yang dipohon oleh defendan dilampiran 68.

Permohonan defendan dilampiran 68 adalah berasaskan Aturan 20, Kaedah 11, Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi, 1980 yang memperuntukkan:-

"a.2o, K.11-Kesilapan tulis dalam penghakiman atau ralat yang berbangkit di dalamnya daripada apa-apa keciciran dan peninggalan tak sengaja, boleh pada bila-bila masa diperbetulkan oleh Mahkamah melalui saman, tanpa rayuan.

Permohonan defendan sewajarnyalah dibuat berasaskan Aturan20, Kaedah 11 kerana seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Hock Hua Bank Bhd. v Sahari bin Murid [1981] 1 MW 143 bahawa Mahkamah tiada kuasa untuk meminda atau mengubah suatu penghakiman atau perintah yang diberikan dan telah diluluskan melainkan dibuat dibawah Aturan20, Kaedah 11.

Aturan 20, Kaedah 11 adalah dikenah sebagai Kaedah Khilaf (slip rule). Pemakaiannya seperti yang telah diputuskan dalam beberapa kes adalah terhad kepada kesilapan perkeranian atau ralat yang berbangkit daripada apa-apa keciciran yang tidak disengajakan atau ketinggalan oleh pegawai Mahkamah (Re: Gist [1904] 1 Ch 398) dan pihak-pihak (Armitage v Parson [1908] 2 KB 410) atau kesilapan atas tarikh (Re: City Housing Trust Ltd. [1942] Ch 262). Di dalam kes Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. v Leong Yuet Yeng & Ors. [1990] 3 MLJ 254, Gunn Chit Man H (pada masa itu) juga telah memutuskan bahawa pemakaian Aturan 20, Kaedah 11 adalah terhad kepada kesilapan perkeranian atau ralat yang berbangkit daripada apa-apa keciciran yang tidak disengajakan.

Persoalannya sekarang ialah, samada kemasukan perintah mengenai kos dalam perintah tersebut merupakan satu kesilapan perkeranian atau ralat yang berbangkit daripada apa-apa keciciran yang tidak disengajakan. Saya tidak dapat membuat keputusan sedemikian. Fakta kepada persoalan ini menunjukkan bahawa semasa plaintif membuat permohonan untuk mendapatkan perintah injunksi Mareva, permohonan plaintif termasuklah perintah untuk kos. Walaupun Y.A Dato' Jeffrey Tan Kok Wha tidak menyebut mengenai kos dalam keputusannya semasa membenarkan permohonan plaintif, pihak-pihak selepas itu seperti beranggapan bahawa plaintif sememangnya berhak mendapat kos, dan ini saya perca

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top