PENGHAKIMAN
Yaacob Ismail H:
Rayuan
Rayuan ini telah difailkan oleh pihak defendan kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (selepas ini dirujuk sebagai defendan-defendan) yang telah tidak berpuashati dengan keseluruhan keputusan mahkamah ini bertarikh 17 April 2003 yang telah memutuskan rayuan plaintiff terhadap keputusan penolong kanan pendaftar melalui notis rayuan kepada hakim dalam kamar bertarikh 14 Jun 2002 dibenarkan dengan kos.
Latar Belakang Rayuan Ini
Defendan-defendan melalui saman dalam kamar bertarikh 2 Mac 2001 (kandungan 33B) telah memohon perintah untuk membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan oleh plaintif di dalam tindakan ini atas alasan plaintiff gagal meneruskan tindakan menurut A. 25 k. 1(4) KKMT 1980 dan menurut bidang kuasa sedia ada mahkamah.
Defendan-defendan mendakwa bahawa sejak saman minta arahan bertarikh 30 Oktober 1993 diserahkan oleh peguamcara plaintiff kepada peguamcara defendan-defendan pada 15 November 1993, tiada sebarang tindakan lain yang telah diambil oleh peguamcara plaintif untuk meneruskan tindakan ini. Defendan-defendan menyatakan bahawa plaintif telah gagal untuk mengambil segala tindakan yang wajar untuk mendapatkan tarikh perbicaraan bagi saman minta arahan tersebut.
Defendan-defendan selanjutnya mendakwa bahawa dari 1993 sehingga 1996 peguamcara plaintif hanya telah menulis beberapa kali dan membuat beberapa panggilan telefon kepada mahkamah meminta tarikh perbicaraan bagi saman minta arahan tersebut ditetapkan. Selepas 1996 hanya panggilan telefon sahaja yang telah dibuat kepada mahkamah.
Defendan-defendan juga mendakwa bahawa plaintif telah gagal memfailkan Borang 63 mengikut A. 34 k. 2 KKMT 1980 yang berkuatkuasa sejak September 2000.
Oleh yang demikian, defendan-defendan menyatakan bahawa kegagalan plaintif meneruskan tindakan ini telah memprejudiskan defendan-defendan untuk membela tindakan ini kerana kelewatan adalah melampau dan ingatan saksi-saksi terhadap kes terjejas.
Keputusan Mahkamah
Setelah meneliti saman dalam kamar serta afidavit-afidavit yang telah difailkan dan setelah menimbangkan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah memutuskan rayuan plaintif terhadap keputusan yang diberikan oleh penolong kanan pendaftar dibenarkan dengan kos.
Alasan-alasan
Meneliti hujahan kedua-dua pihak mahkamah mendapati isu substantif yang perlu diputuskan oleh mahkamah adalah samada berdasarkan kepada fakta-fakta yang terdapat di dalam kes ini, writ saman dan pernyataan tuntutan wajar dibatalkan atas alasan plaintif gagal meneruskan tindakan menurut A. 25 k. 1(4) ataupun menurut bidang kuasa sedia ada mahkamah ataupun menurut A. 34 KKMT 1980.
Samada permohonan defendan-defendan menurut A. 25 k. 1(4) KKMT 1980 masih berkuatkuasa dari segi undang-undang. Sekiranya masih berkuatkuasa. samada fakta kes ini menyokong permohonan defendan-defendan ini?
Pada September 2000, A. 34 KKMT 1980 telah dipinda dengan peruntukan A. 34 yang baru yang telah memperkenalkan perlaksanaan prosedur Pengurusan Kes Pra Perbicaraan. Dengan berkuatkuasanya peruntukan A. 34 yang baru tersebut, Yang Amat Arif Hakim Besar Malaya (pada masa itu) di dalam menjalankan kuasa yang diberikan kepada beliau menurut A. 92 k. 3B KKMT 1980 telah melalui Arahan Amalan 1/2001 bertarikh 7 Jun 2001 menggantungkan operasi dan pemakaian A. 25 KKMT 1980.
Oleh itu, mahkamah berpendapat bahawa permohonan defendan-defendan untuk membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan plaintif tidak boleh dipertahankan dari segi undang-undang kerana operasi dan pemakaian A. 25 telah digantungkan.
Selanjutnya, mahkamah juga mendapati sekiranya A. 25 k. 1(4) KKMT 1980 masih berkuatkuasa, defendan-defendan perlu memenuhi pra-syarat yang telah diperuntukkan Aturan itu. Aturan 25 k. 1(4) memperuntukkan (dalam Bahasa Inggeris) seperti berikut: "If the plaintiff does not take out a summon for directions in accordance with the foregoing provision of this rule, the defendant or any defendants may do so or apply for an order to dismiss
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.