SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img




ALASAN PENGHAKIMAN

Ini ialah satu contoh kes yang klasik di mana pengurusan kes menemui jalan buntu oleh kerana keingkaran berterusan oleh pihak plaintif untuk mematuhi perintah-perintah Mahkamah yang dibuat setelah mendengar kedua-dua pihak. Selepas lima kali pengurusan kes dijalankan, pihak plaintif masih tidak mematuhi perintah-perintah Mahkamah.

Pada tarikh pengurusan kes yang pertama, iaitu pada 19.5.2003, Mahkamah telah mengarahkan plaintif memfailkan ikatan pliding, ikatan dokumen yang dipersetujui dan tidak dipersetujui, fakta yang dipersetujui dan isu yang perlu dibicarakan pada atau sebelum 18.7.2003. Dengan persetujuan kedua-dua pihak Mahkamah juga telah membuat perintah supaya mereka memfailkan pernyataan saksi masing-masing pada atau sebelum 18.7.2003 dan menetapkan tarikh 30.7.2003 untuk sambungan pengurusan kes.

Pada 30.7.2003 peguam plaintif memberitahu mahkamah bahawa ia belum lagi memfailkan pernyataan saksi plaintif dan isu yang perlu dibicarakan atas alasan pihak-pihak belum bersetuju mengenainya. la memerlukan (2) bulan lagi. Pada setakat 30.7.2003 plaintif ada memfailkan ikatan dokumen yang dipersetujui dan tidak dipersetujui dalam 3 set. Set pertama ialah ikatan dokumen yang dipersetujui dan tidak dipersetujui di antara plaintif dan defendan pertama walaupun beberapa dokumen yang diberikan oleh peguam defendan pertama masih belum lagi dimasukkan oleh peguam plaintif ke dalam ikatan dokumen yang tidak dipersetujui.

Set kedua ialah dokumen yang dipersetujui dan tidak dipersetujui di antara plaintif dan defendan kedua. Set ketiga ialah ikatan dokumen yang dipersetujui di antara plaintif dan defendan ketiga dan keempat. Tetapi plaintif tidak ada memfailkan dalam satu set, ikatan dokumen yang dipersetujui dan tidak dipersetujui di antara kedua-dua pihak.

Peguam plaintif memohon dua bulan lagi untuk memfailkan ikatan dokumen dan pernyataan saksi plaintif. Mahkamah kemudian menetapkan 10.11.2003 untuk sambungan pengurusan kes.

Pada 10.11.2003 peguam plaintif memberitahu mahkamah bahawa ia telah memfailkan ikatan-ikatan dokumen tetapi masih belum sempat memfailkan pernyataan saksi plaintif. Sebenarnya di antara 30.7.2003 dan 10.11.2003, plaintif tidak ada memfailkan sebarang ikatan dokumen yang baru. Ikatan dokumen yang telah difailkan ialah (3) set ikatan-ikatan dokumen yang disebutkan sebelum ini. Dokumen-dokumen tersebut difailkan pada 22.7.2003. Apabila diberitahu oleh saya mengenainya, peguam plaintif berjanji untuk memfailkan semula ikatan dokumen tersebut dalam masa satu bulan supaya ikatan dokumen yang dipersetujui di antara pihak-pihak di masukkan ke dalam satu ikatan dan dokumen yang tidak dipersetujui, dimasukkan ke dalam satu ikatan lain. Peguam plaintif juga berjanji akan memfailkan pernyataan saksi plaintif dalam masa (3) bulan. Manakala peguam-peguam defendan juga bersetuju memfailkan pernyataan saksi masing-masing dalam tempoh yang sama.

Atas akujanji peguam plaintif dan" peguam defendan, mahkamah membuat perintah, "unless order" seperti berikut:-

(i) plaintif memfailkan ikatan dokumen yang dipersetujui dan tidak dipersetujui pada atau sebelum 10.12.2003;

(ii) plaintif dan defendan-defendan memfailkan pernyataan saksi masing-masing pada atau sebelum 10.2.2004; dan

(iii) jika arahan tidak dipatuhi, tuntutan plaintif dan tuntutan balas, jika ada, akan dibatalkan.

Mahkamah kemudian menetapkan sambungan pengurusan kes pada 22.3.2004.

Pada 22.3.2004 peguam plaintif sekali lagi memberitahu mahkamah bahawa ia masih belum memasukkan beberapa dokumen defehdan-deferidan ke dalam ikatan dokumen yang dipersetujui dan tidak dipersetujui. Peguam plaintif berjanji akan memfailkan ikatan dokumen bersama yang terdiri daripada Bahagian I, II dan III dalam masa (1) bulan. Saya mula meraguinya dan terus bertanya kepada beliau adakah betul ia boleh memfailkannya dalam masa (1) bulan. Saya mengingatkan peguam plaintif bahawa jika arahan diberikan berdasarkan janjinya tidak dipatuhi, tindakan plaintif boleh dibatalkan.

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top