SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img




PENGHAKIMAN

Zulkefli Makinudin HMR

Permohonan

[1] Ini adalah suatu permohonan oleh perayu ("plaintif di Mahkamah Tinggi") melalui notis usul di Lampiran (4a) untuk suatu perintah injunksi Erinford menghalang atau menyekat pihak responden ("defendan di Mahkamah Tinggi") atau wakilnya memotong bekalan elektrik kepada premis perayu iaitu Claybricks & Tiles Sdn. Bhd., Batu 5, Jalan Mawai, 81900 Kota Tinggi, Johor, sementara menanti perdengaran rayuan yang telah dibuat oleh perayu terhadap keputusan YA Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru bertarikh 17 Ogos 2005.

Fakta Kes

[2] Fakta-fakta yang relevan berhubung dengan permohonan perayu ini adalah seperti berikut:

(i) Pada 7 Disember 2004 responden mengutuskan suatu surat kepada perayu mendakwa bahawa pemasangan meter elektrik di premis perniagaan perayu telah diusik dan memanggil perayu memberikan penjelasannya di pejabat responden. Semasa perbincangan di pejabat responden, perayu diberitahu pemeriksaan telah dijalankan oleh responden dan mendapati meter elektrik yang dipasang tidak dapat berfungsi dengan baik dan perayu dikehendaki membayar RM1,723,304.17 iaitu 30% kerugian yang dikira dari bulan Januari 2001. Surat tuntutan bayaran tersebut adalah bertarikh 10 Disember 2004. Melalui surat peguamcaranya perayu mempertikaikan dasar tuntutan responden tersebut.

(ii) Pada 12 Mei 2005 responden mengeluarkan notis pemotongan elektrik dan perayu diberikan tempoh hingga 23 Mei 2005 untuk menjelaskan tuntutan tersebut, sekiranya tidak, bekalan elektrik akan dipotong pada 24 Mei 2005. Perayu telah menghantar surat jawapannya bertarikh 17 Mei 2005 dan juga telah menghadiri perbincangan di pejabat responden pada 18 Mei 2005. Perayu kemudian diberitahu bahawa bekalan elektrik di premis tersebut akan dipotong.

(iii) Perayu kemudian memfailkan tuntutan Guaman Sivil No. 22-333-2005 di Mahkamah Tinggi Johor Bahru terhadap responden. Perayu juga melalui saman dalam kamar memohon suatu perintah injunksi ex parte dikeluarkan untuk menghalang responden atau wakilnya memotong bekalan elektrik ke premis perniagaan perayu. Pada 20 Mei 2005 Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan perayu dan memerintahkan ex parte injunksi dikeluarkan. YA Hakim telah menetapkan 1 Jun 2005 untuk perbicaraan permohonan secara inter parte. Pendengaran telah ditangguhkan ke 1 Ogos 2005 dan seterusnya ke 17 Ogos 2005.

(iv) Pada 17 Ogos 2005 setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, YA Hakim Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan perayu dan mengenepikan perintah injunksi ex parte tersebut. YA Hakim berpendapat tiada isu serius yang perlu dibicarakan oleh sebab s. 38(1) Akta Bekalan Elektrik 1990 ("Akta tersebut") memberi hak penuh interim kepada responden untuk memotong bekalan dan perayu mempunyai remedi lain terhadap responden sekiranya pemotongan itu adalah mala fide.

[3] Pihak perayu melalui afidavit sokongan yang diikrarkan oleh Tan Sim Tee @ Tang Hui Chiang telah mengemukakan alasan-alasan permohonan bagi Lampiran (4a) antara lainnya seperti berikut:

(i) Terdapat isu bona fide yang perlu dibicarakan.

(ii) Meter elektrik dan komponennya yang terletak di dalam satu bilik khas "meter reading room" berada dalam jagaan dan kawalan responden.

(iii) Kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan bilik meter telah dijalankan dari semasa ke semasa oleh responden dan pada hujung tiap-tiap bulan bacaan meter telah diambil oleh pekerja responden dan perayu telah dikenakan caj yang dipersetujui.

(iv) Samada satu kesalahan telah dilakukan di bawah s. 37 Akta tersebut adalah satu isu serius yang bona fide perlu dibicarakan.

(v) Jika responden tidak dihalang akan menyebabkan urusniaga perayu terhenti dan pelanggan serta pekerja perayu hilang kepercayaan kepada perayu.

[4] Pihak responden melalui afidavit balasan mereka membantah terhadap permohonan perayu di Lampiran (4a) dan antara lainnya menyatakan seperti berikut:

(i) Permohonan perayu ini adalah salah di segi undang-undang kerana permohonan yang sama telah ditolak oleh Mahkamah Tin

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top