ALASAN PENGHAKIMAN
Melalui writ saman ini plaintif menuntut terhadap defendan milikan ke atas dua keping tanah yang terletak dalam suatu kawasan penempatan berkelompok (group settlement area) di rancangan FELDA Labu Sendayan, atau jika telah dilupuskan, hasil jualan tanah itu. Tindakan ini telah dimulakan terhadap pemilik berdaftar tanah tersebut Singaramvathy a/p Singaram, simati. Atas kematiannya pada 26.10.1999 tindakan ini telah diteruskan terhadap suaminya Munusamy a/l Sinnathamby (disebut "defendan") sebagai pentadbir harta pusaka simati.
Fakta-fakta kes yang dipersetujui menunjukkan pada persekitaran tahun 1967 defendan telah dipilih dan didaftarkan sebagai peserta dalam satu rancangan tanah di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960. Di bawah skim itu defendan telah diumpukkan dua keping tanah yang kemudiannya dikenali sebagai P.M. 1515 Lot 6476 (disebut "Lot 6746"), dan P.M. 1516 Lot 6787 (disebut "Lot 6787"), kedua-duanya dalam Mukim Labu, Seremban (secara kolektif disebut "tanah tersebut") untuk ditebang tebas dan dibangunkan.
Pada tahun yang sama plaintif bersama-sama ibu bapa dan adik perempuannya telah berpindah ke tanah tersebut atas permintaan defendan, iaitu abangnya. Plaintif menegaskan ketika itu defendan telah memberitahunya bahawa tanah tersebut adalah untuknya dan meminta dia mengerjakannya. Atas dorongan dan janji abangnya itu plaintif menyatakan dia telah mengusahakan tanah tersebut dengan tanaman getah yang telah mula mengeluarkan hasil pada awal tahun 1972.
Adalah tidak dipertikaikan pada masa itu defendan adalah seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu dan tidak tinggal di atas tanah tersebut. Menurut defendan atas alasan itu pada tahun 1971 pihak FELDA, iaitu badan yang bertanggungjawab melaksanakan rancangan penempatan berkelompok itu, telah bersetuju untuk mendaftarkan isterinya, simati, untuk menggantikannya sebagai peserta dalam rancangan tersebut. Namun demikian tanah tersebut terus diduduki dan diusahakan oleh plaintif. Berikutannya pada 3.11.1980 simati sebagai perserta berdaftar rancangan itu telah mewakilkan kepada plaintif untuk menerima pendapatan daripada rancangan tersebut daripada pihak FELDA setelah ditolak hutang yang kena dibayar kepada badan itu.
Akhirnya pada tahun 1989 setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Akta, dokumen hakmilik bagi kedua-dua keping tanah tersebut telah dikeluarkan atas nama simati sebagai perserta berdaftar. Seterusnya melalui perjanjian bertarikh 13.11.1996 simati telah bersetuju untuk menjual tanah ladang yang dipegang di bawah Lot 6746 kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan, suatu pertubuhan perbadanan, dengan harga RM827,447.52. Atas fakta-fakta tersebut di atas plaintif telah memohon, antara lain, suatu perintah bagi defendan, sebagai pentadbir pusaka simati, memohon kebenaran Pihak Berkuasa Negeri bagi pindahmilik kedua-dua lot tanah tersebut, dan seterusnya untuk melaksanakan pindahmilik tanah itu kepadanya atau, jika telah dijual, bagi defendan menyerahkan hasil jualan tersebut kepadanya.
Defendan (SD1) dalam pembelaannya tidak menafikan bahawa dia bekerja dengan Keretapi Tanah Melayu dan isterinya simati adalah seorang yang cacat. Menurutnya setelah dipilih untuk menyertai rancangan penempatan berkelompok itu dia telah membawa plaintif bersama-sama ibu bapanya untuk tinggal di tanah tersebut. Dia tidak menafikan telah memberikan kebenaran kepada plaintif untuk tinggal dan mengerjakan tanah tersebut serta mengutip hasilnya bagi tujuan menyara ibu bapanya yang turut tinggal bersama-sama plaintif. Pada masa yang sama dia telah menafikan pernah pada bila-bila masa berjanji untuk memberikan tanah tersebut kepada plaintif.
Penghujahan pihak-pihak
Peguam terpelajar defendan menegaskan keterangan plaintif (SP1) bahawa defendan telah berjanji untuk memberikan tanah tersebut kepadanya disokong oleh keterangan adiknya SP2 dan ibunya SP3 yang turut mendengar defendan membuat janji tersebut. Menurutnya keterangan saksi-saksi
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.