PENGHAKIMAN
Azman Abdullah PK:
Latarbelakang Kes
[1] Tertuduh pada awalnya dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 17 Mac 2009 dan kemudiannya kes ini telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas kehendak pendakwa raya melalui perakuan di bawah s. 418A(1) KTJ. Semasa tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada 17 Mac 2009 pihak pendakwaan telah mengemukakan izin bertulis di bawah s. 5 Akta Hasutan 1948 dan ditandakan sebagai 'A' oleh mahkamah. Pertuduhan telah dibaca kepada tertuduh bersama-sama dengan lampiran 'A', tertuduh telah minta dibicarakan.
[2] Kertas Pertuduhan adalah seperti berikut:
Dalam Mahkamah Sesyen Di Kuala Lumpur
Kes Tangkap No:
Pendakwa Raya
Lawan
Karpal Singh A/L Ram Singh
(Nombor Kad Pengenalan: 400628-07-5079)
Pertuduhan
Kamu didakwa atas kehendak Pendakwa Raya dan pertuduhan terhadap kamu ialah:
Bahawa kamu pada 6 Februari 2009 jam antara 12.00 tengahari dan 12.30 petang di Tetuan Karpal Singh & Co. yang beralamat No. 67, Jalan Pudu Lama, dalam Daerah Dang Wangi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam satu sidang akhbar telah menyebut kata-kata menghasut (transkrip ucapan dilampirkan digariskan); dan oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) Akta yang sama.
Hukuman
Kamu boleh, bagi kesalahan kali pertama, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kemudian boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun.
Bertarikh pada 16 Mac 2009
Pendakwa Raya
(T.t)
(Tan Sri Abdul Gani Patail)
Pendakwa Raya
[3] Selepas itu pihak pendakwaan telah meminta kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di bawah s. 418A KTJ dan ditanda sebagai 'B'. Hakim Mahkamah Sesyen telah memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur dan telah menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin.
[4] Pada 23 Mac 2009 mahkamah ini telah menyebut kes ini buat pertama kalinya. Pada tarikh sebutan itu pihak TPR memaklumkan kepada mahkamah akan izin untuk mendakwa di bawah s. 5 Akta Hasutan 1948 di baca bersama-sama s. 376(1) KTJ dan perakuan di bawah s. 418A(1) KTJ di tanda masing-masing sebagai P1A dan P1B. Selepas itu tuduhan dibacakan sekali lagi kepada tertuduh dan tertuduh mengekalkan pengakuannya iaitu minta dibicara.
[5] Pihak-pihak bersetuju menetapkan satu tarikh sebutan untuk keperluan di bawah s. 51A KTJ untuk dibekalkan dengan dokumen-dokumen berkaitan, mahkamah menetapkan tarikh sebutan pada 22 April 2009.
Bantahan Awal Oleh Peguambela/Tertuduh
[6] Pada 24 April 2009, Encik Karpal yang mewakili dirinya sendiri telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa satu bantahan awal telah dihantar melalui surat bertarikh 20 April 2008 kepada pihak pendakwaan. Mahkamah meminta pihak peguambela membekalkan satu salinan surat bantahan awal itu dan mahkamah telah tandakan sebagai PO(1). Bantahan awal tersebut adalah berbunyi seperti berikut;
We write to give you notice that we will be rising a preliminary issue in relation to the validity of the proceedings commenced against our Mr. Karpal Singh in that the written consent of the Public Prosecutor mandatorily required before commencement of the prosecution for an offence under section 4(1)(b) of the Sedition Act, 1948 (Act 15) is a nullity in that it lacks pertinent particulars going to the root of the said written consent.
[7] Izin bertulis (written consent) yang dikeluarkan oleh pihak pendakwa raya adalah seperti berikut;
Peguam Negara
Malaysia
Akta Hasutan 1948
(Akta 15)
Izin Di Bawah Seksyen 5
Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi kepada Pendakwa Raya oleh seksyen 5 Akta Hasutan 1948 dan seksyen 376(1) Kanun Tatacara Jenayah, saya, Tan Sri Abdul Gani Patail Pendakwa Raya, dengan ini memberi izin bagi pendakwaan Karpal Singh A/L Ram Singh, Nombor Kad Pengenalan: 400628-07-5079 kerana telah menyebut kata-kata menghasut, suatu k
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.