PENGHAKIMAN
Hashim Yusoff HMP:
(1) Ini adalah suatu rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang telah mengekalkan sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi ke atas perayu di atas tuduhan mengedar dadah berbahaya iaitu cannabis seberat 4562 gram di bawah s. 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Semakan 1980) (Akta).
Fakta Kes
(2) Fakta kes adalah seperti yang dinyatakan dalam alasan penghakiman Mahkamah Rayuan (sila lihat ms 2-6) dan kami rasa tidak perlu diulangi di sini lagi.
Alasan Rayuan 1
(3) Di awal penghujahannya, peguam bagi pihak perayu membangkitkan isu bahawa YA Dato Hasan Lah, salah seorang ahli panel Mahkamah Rayuan yang mendengar rayuan daripada Mahkamah Tinggi berkenaan sepatutnya mengecualikan dirinya daripada mendengar rayuan ini kerana Yang Arif berkenaan telah turut menyertai korum Mahkamah Rayuan yang bersidang pada 13 Ogos 2009 bersama YA Datuk Wira Low Hop Bing dan YA Dato Sulaiman bin Daud (korum pertama).
(4) Isu ini timbul berkaitan bantahan awal yang dibangkitkan oleh peguam perayu mengenai kemasukan satu eks. ID18, ke dalam rekod rayuan, di mana korum pertama itu telah membenarkan bantahan awal tersebut dan memerintahkan supa
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.