AWARD
Rujukan ini di bawah Seksyen 20(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 oleh Y.B. Menteri Sumber Manusia adalah berpunca daripada pembuangan kerja ke atas Encik Kumaragurubaran a/l Moganadesen pada 1 Julai 2008.
Kes ini telah dibangkitkan untuk sebutan pada 6 Mei 2011 dengan kehadiran Encik Kumaragurubaran a/l Moganadesen, Pihak Menuntut dan Encik Mohd. Azzuri Zaidi, Eksekutif Operasi Tenaga Ulung Sdn. Bhd., yang mewakili Pihak Responden. Kedua-dua pihak telah mencapai suatu penyelesaian damai di dalam kes ini dan Pihak Menuntut telah bersetuju untuk menarik balik kes terhadap Pihak Responden serta dianggap sebagai penyelesaian penuh dan muktamad.
Memandangkan kes ini telah selesai dan ditarik balik, maka Mahkamah mengeluarkan Award membatalkan kes ini tanpa kebebasan untuk ia dipohon atau difailkan semula.
Click Here to Read the rest of this document