SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img




PENGHAKIMAN

Hadhariah Syed Ismail HMR:

Pengenalan

[1] Pada 21 Januari 2022, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mensabitkan perayu, Chui Kah Fai bersalah kerana mengedar dadah berbahaya iaitu 7,296.7gram methamphetamine, suatu kesalahan di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan beliau dihukum dengan hukuman gantung di leher sampai mati.

[2] Perayu merayu terhadap sabitan dan hukuman ke Mahkamah ini. Pada masa rayuan perayu didengar pada 14 Mac 2024, peguam perayu memaklumkan kepada mahkamah bahawa perayu menarik balik rayuan terhadap sabitan dan bersetuju untuk menerima hukuman alternatif iaitu 30 tahun penjara dan 12 sebatan rotan yang ditawarkan oleh pendakwaan sebagai ganti kepada hukuman mati.

[3] Berikutan dari itu, kami telah membatalkan rayuan perayu terhadap sabitan dan menggantikan hukuman mati dengan hukuman 30 tahun pemenjaraan dari tarikh tangkap 27 Oktober 2019 dan juga dikenakan 12 sebatan rotan.

[4] Perayu nampaknya telah mengubah fikiran apabila beliau merayu terhadap sabitan dan hukuman ke Mahkamah Persekutuan:

Pertuduhan

Bahawa kamu pada 27 Oktober 2019, jam lebih kurang 5.10 petang, bertempat di mesin pengimbas OOG2 (Out of Gauge 2) Aras 5 MTB KLIA, di dalam Daerah Sepang, dalam Negeri Selangor telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu methamphetamine seberat 7,296.7 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah s 39B(2) Akta yang sama.

Fakta Kes Pendakwaan

[5] Fakta kes yang dibentangkan oleh Hakim Bicara adalah seperti berikut. Pada 27 Oktober 2019, Polis Bantuan Kpl Mohd Redzwany bin Abdullah (SP5) bertugas bersama Polis Bantuan Mohd Ridzwani bin Mahmud (SP3) di bahagian Out of Gauge (OOG) Aras 2, Bangunan Terminal Utama, KLIA. Bahagian OOG merupakan bahagian di mana penumpang yang membawa bagasi yang melebihi saiz dan lewat untuk menaiki pesawat untuk membuat proses pengimbasan.

[6] Pada jam lebih kurang 5.10 petang, SP5 melihat seorang lelaki Cina berbaju merah (dicamkan sebagai perayu) sedang menarik bagasi berwarna ungu (P7) menghala ke mesin pengimbas dan kemudian meletakkan bagasinya di mesin pengimbas untuk diimbas.

[7] Ketika bagasi P7 diimbas, SP5 melihat melalui paparan mesin pengimbas satu imej berbentuk petak dengan warna biru hijau yang mencurigakan di dalam bagasi tersebut. SP5 kemudiannya menanya perayu "Dalam bagasi awak ada apa?" Perayu menjawab "Tiada apa-apa boss cuma ada seluar dalam." Jawapan perayu diragui oleh SP5 kerana jika seluar atau pakaian, paparan akan menunjukkan warna oren. SP5 menanya perayu buat kali kedua. Buat kali kedua ini, perayu memberi jawapan barang yang dibawa adalah makanan. SP5 kemudian mengarahkan perayu masuk ke tempat pemeriksaan di sebelah mesin pengimbas untuk bagasi P7 diperiksa.

[8] Di tempat pemeriksaan itu, SP5 telah mengarahkan perayu untuk membuka bagasi P7. Perayu cuba membuka bagasi P7 dengan menggunakan kombinasi kunci, tetapi gagal dibuka. Perayu memberitahu dia tidak ingat kombinasi kunci tersebut. SP5 menanya perayu "Beg itu milik siapa?" Perayu menjawab beg itu kepunyaan abangnya. Lalu SP5 meminta perayu menghubungi abangnya untuk mendapatkan kombinasi kunci tersebut. Perayu dilihat membuat panggilan telefon kepada seseorang. Selepas itu, perayu cuba sekali lagi membuka bagasi P7, tetapi gagal dibuka. Kemudian, perayu memberitahu SP5 bahawa dia ingin menelefon abangnya. Selepas itu, perayu berjalan keluar tergesa-gesa dari tempat pemeriksaan menuju ke arah pintu keluar sambil membuat panggilan dan bercakap dengan telefon bimbit.

[9] Melihat tingkahlaku perayu itu, SP5 bersama SP3 telah mengekori perayu dari belakang, tetapi perayu berjalan semakin jauh. SP5 kemudian telah memanggil perayu "Boss U nak ke mana". Perayu kemudian berpatah balik pergi kepada SP5 dan memberitahu SP5 bahawa dia hendak pergi berjumpa kawannya. SP5 lalu bertanya perayu "Beg U macam mana". Perayu menjawab "Tak apalah U ambillah Boss beg saya. Saya tak mahu." Perayu seterusnya memberitahu SP5


Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top