PENGHAKIMAN
Mohd Noor Hj Abdullah H:
Pendahuluan
[1] Pada 11hb Oktober 2002 mayat Hasleza Ishak telah dijumpai 29.1 meter di bawah jambatan di km 63 Jalan Sumpitan di Grik. Hasleza ialah isteri kedua YTM Raja Di Hilir Perak yang berkahwin dengannya pada Februari 2002. 3 orang dituduh membunuhnya sementara 2 lagi dituduh bersubahat membunuhnya. Seorang dari mereka ialah pembantu kepada isteri pertama Raja Di Hilir.
[2] Kes ini menarik perhatian awam kerana ia melibatkan kerabat Raja Di Hilir Perak. Justru Hakim dari luar Negeri Perak telah ditugaskan untuk membicarakan kes ini yang bermula pada 21 Januari 2003 dan selesai pada 25 April 2003 dalam tempoh 53 hari perbicaraan. Semasa perbicaraan, setelah 33 orang saksi memberi keterangan, Pendakwa Raya mengemukan Pertuduhan Terpinda terhadap Mat Saad [Tertuduh 1] di mana di bawah Pertuduhan utama Mat Saad dituduh membunuh Hasleza atau di bawah Pertuduhan pilihan alternatif Mat Saad dituduh menyebabkan kematian Hasleza tanpa niat untuk membunuhnya di bawah
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.