SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img




ALASAN PENGHAKIMAN

Terdapat dua permohonan:

(1) kandungan (10) - permohonan defendan-defendan 1, 2, 3 dan 5 di bawah A. 18 k. 19(a) dan/atau (b) dan/atau (d) Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 .

(2) kandungan (14) - permohonan plaintif untuk injunksi interlokutori dan seorang Penerima dan Pengurus dilantik bagi Sin Hai Estate Berhad sehingga keputusan muktamad dalam tindakan ini atau perintah selanjutnya dan juga supaya kes ini disatukan dengan Guaman Sivil No. 22-153-2005.

GS 22-153-2005

1. kandungan (5) - Injunksi

2. kandungan (22) - A. 18 k. 19

Dua kes ini mempunyai ciri-ciri permohonan yang sama; oleh kerana ada dua (2) Mesyuarat Agung, maka terdapat dua kes yang berbeza.

Bagi tujuan menjimatkan masa saya satukan alasan penghakiman saya yang menolak permohonan injunksi plaintif-plaintif dengan kos dan membenarkan permohonan defendan-defendan dengan kos di bawah A. 18 k.19 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 .

Saya telah menolak dengan kos permohonan plaintif-plaintif untuk injunksi interlokutori (kandungan (14)) untuk kes No. 22-61-2007 dan kandungan (5) untuk kes No. 22-153-2005; dan membenarkan permohonan defendan-defendan dengan kos di bawah A. 18 k.19 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 bagi kedua-dua kes.

ALASAN PENGHAKIMAN

Permohonan di bawah A. 18 k.19 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 .

Latar belakang kes

Pertikaian demi pertikaian berlaku melibatkan dua syarikat iaitu Sing Lian Sdn Berhad dan Sin Hai Estate Berhad yang membawa banyak kes-kes di Mahkamah Tinggi Melaka sejak 2005. Terdapat sembilan tindakan sivil yang masih didaftarkan sebagai kes yang belum diselesaikan antara dua pihak-pihak.

Pada 30 Jun 2006 YA Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Low Hop Bing (ketika itu) telah memberi perintah 'restraining order', rujuk Sing Lian Sdn Bhd & Ors v. Lian Jit Teng & Ors[2006] 4 MLRH 450; [2006] 7 MLJ 70.

The 30 June 2006 High Court Order clearly ordered that:

(a) Lim Jit Kim @ Lim Tian Jee (the 1st plaintiff herein), Koh Ban long, Tan Seng Sun and Lee Kin Hong be restrained until the final disposal the Declartion Action in Civil Suit No. MT1-22-47-2005, from acting and/or representing themselves to be or exercising any of the functions or performing any duties of directors or officers of Sing Lian Sdn Berhad or in any capacity whatsoever including from holding themselves out whether directly or indirectly as directors or officers of in any other capacity whatsoever of Sing Lian Sdn Berhad.

(b) Lim Jit Kim @ Lim Tian Jee (the 1st plaintiff herein), Koh Ban Tong, Tan Seng Sun and Lee Kin Hong be restrained until the final disposal of the Declaration Action in the Civil Suit No. MT1-22-47-2005 from interfering or attempting to interfere with the management of the affairs and business of Sing Lian Sdn Berhad including the exercise and performance by the 2nd to the 7th plaintiffs of their functions and duties as directors of Sing Lian Sdn Berhad.

(c) Lim Jit Teng @ Lim Tin Teng, Lim Jet Peng, Koh Mun Wah, Lim Fung Hsien, Lim Ai Jee, Ong Juat Kim, Lim Jit Kim @ Lim Tian Jee (the 1st plaintiff herein), Koh Ban long, Tan Seng Sun and Lee Kin Hong be restrained until the final disposal of this Suit (ie, Civil Suit No. MT1-22-47-2005) from convening and/or requisitioning any general meeting of Sing Lian Sdn Berhad to discuss and/or vote on the same and/or similar grounds in the Purported Meeting of Sing Lian Sdn Berhad held on the 9 April 2005.

Hujah peguam plaintif menjawab perkara ini ialah plaintif-plaintif mengambil tindakan ini terhadap defendan-defendan atas kapasiti mereka sebagai individu (personal capacity) dan sebagai pemegang saham atau ahli di bawah 'Articles of Association' syarikat Sin Hai Estate Berhad.

Peguam berhujah bahawa perintah mahkamah ini tidak mengikat plaintif kerana ianya hanya mengekang (restrains) plaintif-plaintif atas kapasiti pengarah-pengarah Sing Lian Sdn Berhad dan bukan Sin Hai Estate Berhad.

Saya menolak hujah ini. Jika dilihat dari penyata tuntutan ianya masih menyentuh pertikaian yang sama. Ianya adalah 'the ot

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top