SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img




PENGHAKIMAN

Ahmad Bache PK:

A. Latar Belakang

[1] Pada 25 Jun 2015, Timbalan Pendaftar telah menjalankan satu prosiding taksiran ganti rugi ekoran daripada satu Penghakiman Ingkar bertarikh 1 Disember 2008 yang dikeluarkan oleh mahkamah sebelum ini terhadap defendan pertama dan kedua.

[2] Melalui Kandungan 105, defendan pertama dan kedua telah merayu kepada Hakim Dalam Kamar atas sebahagian keputusan taksiran ganti rugi tersebut yang diberikan Timbalan Pendaftar pada 25 Jun 2015 yang memerintahkan seperti berikut:

(i) Defendan pertama dan kedua membayar kepada plaintif ganti rugi am bagi kehilangan pendapatan perniagaan sebanyak RM3,627,360.00

(ii) Faedah pada kadar 8% ke atas setiap ganti rugi yang dibenarkan dalam keputusan taksiran ganti rugi tersebut dari tarikh pemfailan writ pada 17 Mac 2008 sehingga penyelesaian penuh.

[3] Manakala melalui Kandungan 107 pula, plaintif telah merayu kepada Hakim Dalam Kamar (Rayuan Silang) atas sebahagian keputusan Timbalan Pendaftar tersebut yang memerintahkan seperti berikut:

(i) Defendan pertama dan kedua membayar ganti rugi kecederaan reputasi dan perniagaan kepada plaintif sebanyak RM50,000.00 sahaja.

(ii) Defendan pertama dan kedua membayar ganti rugi tauladan kepada plaintif sebanyak RM20,000.00 sahaja.

(iii) Defendan pertama dan kedua membayar ganti rugi teruk (aggravated) kepada plaintif sebanyak RM20,000.00.

(iv) Menolak tuntutan ganti rugi bagi ganti rugi khas.

[4] Mahkamah ini setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak telah memutuskan untuk menolak rayuan kedua-dua pihak iaitu Kandungan 105 (oleh defendan pertama dan kedua) dan Kandungan 107 (oleh plaintif) dan mengesahkan dan mengekalkan keputusan Timbalan Pendaftar tersebut.

[5] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut kedua-dua pihak telah memfailkan Notis Rayuan terhadap keputusan mahkamah ini terhadap Kandungan 105 dan Kandungan 107. Ini merupakan Alasan Penghakiman terhadap keputusan tersebut.

Sebagai tambahan kepada latar belakang kes ini, ada baiknya mahkamah menyentuh sedikit mengenai Penghakiman Ingkar tersebut yang menjadi punca kepada tindakan-tindakan ini oleh pihak-pihak. Penghakiman yang dimasukkan plaintif merupakan Penghakiman Ingkar Pembelaan dengan kebenaran Mahkamah (with leave) di hadapan YA Dato' Mohd Azman bin Husin pada 1 Disember 2008 (Hakim Pertama). Mengikut hujahan plaintif, defendan 1 dan 2 seterusnya telah merayu ke Mahkamah Rayuan melalui Rayuan Sivil No: D-01-7-2009 yang mana rayuan ini telah diketepikan/ dibatalkan pada 12 Julai 2010. Tiada apa-apa permohonan kebenaran merayu (leave) ke Mahkamah Persekutuan dibuat.

Namun kedua-dua defendan kemudiannya kembali ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu dengan memfailkan Saman Pemula No: 24-329-2010 untuk mengenepikan Penghakiman bertarikh 1 Disember 2008 tersebut, di mana pada 4 April 2011 YA Dato' Azman bin Abdullah (Hakim Kedua) telah menolak saman pemula tersebut dengan kos.

Sekali lagi, defendan pertama dan kedua memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan melalui Rayuan Sivil No: D-01-275-2011 untuk merayu terhadap Perintah bertarikh 4 April 2011 tersebut.

Walau bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 14 Febuari 2013 telah menolak kedua-dua rayuan tersebut menjadikan Penghakiman Ingkar tersebut satu penghakiman yang muktamad.

Oleh itu, prosiding taksiran ganti rugi di hadapan Timbalan Pendaftar adalah diakaskan kepada Penghakiman Ingkar bertarikh 1 Disember 2008 tersebut.

B. Fakta Kes

[6] Tuntutan plaintif di dalam kes ini adalah berasaskan kausa tindakan konspirasi atau komplot untuk mencederakan plaintif dan pakatan jahat atau pendakwaan niat jahat oleh defendan-defendan terhadap plaintif.

[7] Secara ringkasnya, plaintif telah mendakwa bahawa defendan-defendan secara salah telah menyebabkan plaintif diisytiharkan sebagai seorang bankrap pada 28 Ogos 1999. Akibat daripada status kebankrapan tersebut, perniagaan plaintif telah musnah sama sekali dan beberapa hartanah plaintif juga telah turut dilelong.

[8] Plaintif pada mulanya mendakwa tidak menyedari akan tindakan kebankrapan yang

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top