SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img




PENGHAKIMAN

Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet PK:

Pengenalan

[1] Pemohon telah memfailkan rayuan di bawah s 39(1) Akta Setem 1949 (selepas ini dirujuk sebagai "Akta") dibaca bersama dengan A 55A Kaedah- Kaedah Mahkamah 2012. Rayuan dibuat melalui Kes Dinyatakan mengikut peruntukan s 39(2) Akta.

[2] Rayuan telah dibuat terhadap Notis Taksiran Pindahmilik Harta Tanah (Duti ad valorem) yang dikeluarkan oleh Pemungut Duti Setem (responden) melalui surat bertarikh 17 Januari 2019.

[3] Berdasarkan s 39 Akta, pendapat mahkamah telah dipohon mengenai kadar duti setem yang sepatutnya dikenakan ke atas Memorandum Pindahmilik Tanah (Borang 14A) Kanun Tanah Negara bertarikh 24 Disember 2018 (selepas ini dirujuk sebagai "Memorandum Pindahmilik") bagi pindahmilik tanah yang dipegang di bawah Hakmilik No PN 354499, No Lot 70049, Mukim Hulu Kinta, Daerah Kinta, Perak (selepas ini dirujuk sebagai "hartanah tersebut"). Pemohon telah mengemukakan permohonan untuk adjudikasi kepada responden pada 2 Januari 2019.

[4] Pemohon telah mengemukakan rayuan ini melalui Saman Pemula dan memohon kepada Mahkamah untuk memutuskan soalan-soalan yang berikut:

(a) sama ada notis taksiran ad valorem bertarikh 17 Januari 2019 untuk pindahmilik hartanah tersebut harus mengikut skala taksiran duti setem pada tahun 2018 mengikut Memorandum Pindahmilik bertarikh 24 Disember 2018 dan bukan mengikut skala duti setem tahun 2019 berikutan Perintah Duti Setem (Peremitan) (No 2) 2018 [PU(A) 376/2018];

(b) sama ada penilaian hartanah tersebut untuk pindahmilik tertakluk kepada s 12A Akta, iaitu tarikh Memorandum Pindahmilik, dan duti setem yang dikenakan harus mengikut tahun 2018 kerana Memorandum Pindahmilik bertarikh 24 Disember 2018 sebelum PU(A) 376/2018;

(c) sama ada tarikh duti setem adalah berdasarkan tarikh permohonan untuk adjudikasi atau tarikh Memorandum Pindahmilik;

(d) bahawa jumlah duti yang kena dibayar di bawah notis taksiran sepatutnya ialah RM225,000.00 dan bukan RM292,000.00;

(e) bahawa duti ad valorem sebanyak RM67,000.00 yang terlebih bayar oleh pemohon haruslah dikembalikan oleh responden kepada pemohon dalam masa 14 hari dari tarikh Perintah mengikut peruntukan s 39(4) Akta.

Latar Belakang Kes

[5] Fakta kes untuk rayuan ini telah dibentangkan dalam Kes Dinyatakan dengan jelas.

[6] Menerusi suatu Perjanjian Jual Beli bertarikh 21 Ogos 2018, Beh Minerals Sdn Bhd telah bersetuju untuk menjual hartanah tersebut kepada MW Park Sdn Bhd (pemohon) untuk balasan yang berjumlah RM7,700,000.00 (selepas ini dirujuk sebagai "Perjanjian Jual Beli").

[7] Memorandum Pindahmilik bagi hartanah tersebut telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada 24 Disember 2018.

[8] Seterusnya pada 2 Januari 2019 pemohon telah mengemukakan Memorandum Pindahmilik untuk adjudikasi secara atas talian kepada responden. Menerusi surat bertarikh 17 Januari 2019, responden telah menaksir duti setem yang harus dibayar untuk Memorandum Pindahmilik itu di bawah Butiran 32(a) Jadual Pertama Akta yang berjumlah RM292,000.00 (selepas ini dirujuk sebagai "Notis Taksiran").

[9] Pemohon tidak berpuas hati dengan Notis Taksiran dan jumlah duti setem yang dikenakan oleh responden ke atas Memorandum Pindahmilik tersebut. Oleh itu, pemohon melalui surat peguamnya bertarikh 18 Januari 2019 telah mengemukakan notis bantahan terhadap pengiraan duti yang dikenakan di bawah s 38A Akta. Bantahan ini dikemukakan secara atas talian pada 23 Januari 2019 (selepas ini dirujuk sebagai "Notis Bantahan").

[10] Menurut Notis Bantahan pemohon telah merayu agar responden membuat penilaian semula ke atas taksiran tersebut mengikut skala duti setem pada tahun 2018 berdasarkan alasan yang berikut:

(a) Perjanjian Jual Beli bertarikh 21 Ogos 2018, kelulusan Menteri Besar bertarikh 9 November 2018 dan Memorandum Pindahmilik bertarikh 24 Disember 2018; dan

(b) mengikut s 12A Akta, tarikh pelaksanaan Perjanjian Jual Beli dan Memorandum Pindahmilik adalah pada tahun 2018.

[11] Notis Bantahan pemohon telah ditolak oleh responden secara atas tal

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top