PENGHAKIMAN
Mukadimah
[1] Md Sohel (Tertuduh), warganegara Bangladesh, telah dihadapkan ke Mahkamah dan dipertuduh dengan kesalahan mengilang tanpa lesen barang kawalan berjadual iaitu Gas Petroleum Cecair, suatu kesalahan di bawah
[2] Mahkamah menerima pengakuan bersalah Tertuduh setelah berpuas hati bahawa Tertuduh faham sifat dan akibat pengakuannya. Mahkamah mensabitkan Tertuduh dengan kesalahan sepertimana pertuduhan. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama dua belas (12) bulan bermula dari tarikh tangkap iaitu 19 Februari 2021.
[3] Dengan ini diperturunkan alasan-alasan Mahkamah ini memutuskan sedemikian.
Pertuduhan
[4] Pertuduhan terhadap Tertuduh adalah seperti berikut:
"Bahawa kamu pada pada 19 Februari 2021, lebih kurang jam 10.30 malam di premis tanpa nama, No 31, Jalan SIP 1, Sepang Industrial, 43900 Sepang di dalam Daerah Sepang dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, didapati telah ada dalam kawalan kamu barang kawalan yang juga merupakan barang berjadual iaitu Gas Petroleum Cecair sebanyak 2,046 kilogram dalam keadaan yang menimbulkan syak munasabah untuk melakukan kesalahan di bawah
Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu mengilang Gas Petroleum Cecair tersebut tanpa lesen. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawahs 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawahs 22(1) Akta yang sama .Hukuman:
Subseksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (Pindaan 2015) - Seseorang selain dari badan korporat tetapi termasuk pengarah atau pegawai sesuatu korporat yang melakukan kesalahan terhadap Akta ini, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi Satu Juta Ringgit (RM1,000,000.00) atau dipenjara dalam tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali, dan kesalahan pada kali kedua dan seterusnya, didenda tidak melebihi Tiga Juta Ringgit (RM3,000,000.00) atau dipenjara dalam tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali."
[5] Pertuduhan terhadap Tertuduh telah dibaca dan dijelaskan oleh Jurubahasa Bangladesh dalam Bahasa Bangladesh. Tertuduh mengaku salah atas pertuduhan tersebut. Mahkamah ini berpuas hati bahawa Tertuduh memahami sifat dan akibat pengakuannya.
Naratif Kes Pendakwaan
[6] Perincian naratif lengkap kes pendakwaan terhadap Tertuduh adalah sepertimana tertera pada Fakta Kes yang ditanda sebagai Eksibit P1. Secara ikhtisar, naratif kes pendakwaan adalah seperti berikut.
[7] Pada 19 Februari 2021, jam lebih kurang 10.30 malam, Pengadu bersama- sama dengan sepasukan pegawai penguatkuasa dari Bahagian Penguatkuasaan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sepang telah menjalankan Operasi "Ops Gasak" di Premis Tanpa Nama, No 31, Jalan SIP 1, Sepang Industrial, 43900 Sepang, Selangor Darul Ehsan.
[8] Hasil "Ops Gasak" mendapati bahawa terdapat aktiviti "decanting" sedang dijalankan di premis tersebut. Rentetan itu, satu tindakan telah diambil di bawah
[9] Tertuduh kemudiannya telah didakwa melakukan kesalahan sepertimana pertuduhan.
[10] Fakta kes tersebut di atas, sepertimana yang tertera secara terperincinya pada
