SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Headnote Court Copy Facts Arguments Court observation Judicial Analysis Case Map Category Hierarchy Table of Content
Listen Article Pause Article
judgment-img




PENGHAKIMAN

Hilmiah Yusof HMS:

Pengenalan

[1] Ini adalah satu rayuan yang difailkan oleh Plaintif terhadap satu keputusan Mahkamah yang telah membatalkan tuntutan Plaintif di dalam kes ini dengan kebebasan memfailkan semula tanpa perintah terhadap kos dan sehubungan dengan itu juga telah menolak permohonan Plaintif untuk Penghakiman Ingkar Pembelaan terhadap Defendan yang dipohon di dalam Lampiran 6.

Latar Belakang Kes

[2] Plaintif dan Defendan pernah menjadi suami isteri. Pada 28 Februari 2018, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengumumkan dan memberikan dekri nisi bahawa perkahwinan mereka dibubarkan menurut s 52 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976. Dekri nisi tersebut telah menjadi mutlak pada 27 Mei 2018.

[3] Mahkamah Tinggi semasa memberikan perintah pembubaran perkahwinan tersebut telah memerintahkan seperti berikut ("perintah pertama"):

"(a) perkahwinan antara Pempetisyen Suami dan Pempetisyen Isteri dibubarkan;

(b) Hak penjagaan, kustodi, pemeliharaan dan kawalan terhadap Chan Shin Yuet (No K/P 030818-10-0698) dan Chan Qin Wie (No K/P 060824-10-1790) ("Anak-anak tersebut") diberikan kepada Pempetisyen Isteri;

(c) Anak-anak tersebut dibenarkan tinggal bersama Pempetisyen Isteri di alamat No 21, Jalan SS1/9, Kampung Tunku, 47300 Petaling Jaya, Selangor;

(d) Hak akses munasabah kepada anak-anak tersebut diberikan kepada Pempetisyen Suami;

(e) Apabila satu hartanah yang dipegang di bawah HS(D) 149904, PT No 20992 Mukim Damansara Daerah Petaling Jaya, Negeri Selangor yang mempunyai alamat pos di no 27, Jalan Putra Permai 10/1C, Putra Heights, 47650 Subang Jaya Selangor ("Hartanah tersebut") dijual, satu amanah untuk pendidikan Anak-anak tersebut akan ditubuhkan ("Amanah tersebut") dan Pempetisyen Isteri akan melantik pemegang amanah untuk Amanah tersebut.

(f) Apabila pemilikan kosong Hartanah tersebut diserahkan kepada pembeli baru, Pempetisyen suami akan menyumbangkan bayaran sewa dalam jumlah RM1,000.00 sebulan terhadap bayaran sewa premis baru untuk penghunian Pempetisyen Isteri dan Anak-anak tersebut ("Premis Sewa tersebut). Pempetisyen suami juga bersetuju untuk menanggung segala bayaran deposit termasuk deposit sekuriti, utility dan bayaran awal sewa untuk Premis Sewa tersebut.

g) Tiada peruntukan nafkah di antara Pempetisyen Suami dan Pempetisyen Isteri; dan

h) Pempetisyen Suami dan Pempetisyen Isteri akan membayar bersama kos prosiding ini."

[4] Kemudiannya pada 24 Julai 2018, Plaintif dan Defendan telah bersetuju membuat satu permohonan untuk mengubah peruntukan nafkah dan Mahkamah Tinggi telah memerintahkan secara persetujuan bahawa:

"1) Pempetisyen Suami dan Pempetisyen Isteri diberi kebenaran untuk membuat permohonan ini bagi mengubah/meminda Perintah bertarikh 28 Februari 2018 [Lampiran 7];

2) Terma-terma perintah bertarikh 28 Februari 2018 diubah/dipinda untuk memasukkan perintah-perintah berikut:

a) Pempetisyen suami akan membayar kewangan nafkah dalam jumlah RM1,000.00 sebulan untuk Chan Shin Yuet (No K/P 030818-10-0698) dari tarikh Dekri Nisi iaitu 28 Februari 2019 dan peruntukan nafkah Chan Shin Yuet akan meningkat sebanyak 10% atas jumlah nafkah setiap dua tahun sehingga Chan Shin Yuet menamatkan pelajaran di university;

b) Pempetisyen suami akan membayar kewangan nafkah dalam jumlah RM1,000.00 sebulan untuk Chan Qin Wie (No K/P 060824-10-1790) dari tarikh Dekri Nisi iaitu 28 Februari 2019 dan peruntukan nafkah Chan Qin Wie akan meningkat sebanyak 10% atas jumlah nafkah setiap dua tahun sehingga Chan Qin Wie menamatkan pelajaran di university;

c) Pempetisyen suami akan membayar kewangan nafkah dalam jumlah RM500.00 sebulan untuk Pempetisyen Isteri dari tarikh Dekri Nisi iaitu 28 Februari 2019 dan peruntukan nafkah Pempetisyen Isteri akan meningkat sebanyak 10% atas jumlah nafkah setiap dua tahun;

d) Notis menurut A 45 k 7 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012:

"Jika kamu Chan Yee Chun dan/atau Loh Mei Wan gagal/enggan dan/atau abai mematuhi terma-terma perintah ini. Kamu boleh dikenakan proses perlaksanaan bagi


1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top