PENGHAKIMAN
[1] Tuntutan plaintif di dalam kes ini adalah untuk gantirugi am, khas, faedah dan kos akibat satu kemalangan jalanraya pada 19 Februari 2011 jam 11.40 malam melibatkan motorsikal No PKA 1946 yang ditunggang oleh simati Azamuddin bin Abdullah dan dibonceng oleh plaintif di dalam kes ini dan motorsikal No PJV 4152 yang ditunggang oleh simati defendan.
[2] Kes ini telah digabungkan dan dibicarakan bersama dengan kes NO 53-611-06-12 iaitu tuntutan yang difailkan oleh penunggang motorsikal No PJV 4152 dan kes NO 53-1261-11-12 iaitu tuntutan oleh penunggang motorsikal No PKA 1946. Penunggang motorsikal No PKA 1946 dan penunggang motorsikal No PJV 4152 telah meninggal dunia akibat kemalangan ini. Selepas perbicaraan, mahkamah telah memutuskan liabiliti diagihkan sama rata di antara penunggang motorsikal No PKA 1946 dan penunggang motorsikal No PJV 4152. Plaintif di dalam kes ini sebagai pembonceng tidak berdosa berhak kepada pampasan penuh daripada defendan di dalam kes ini. Memandangkan tiada rayuan yang difailkan atas isu liabiliti, alasan ini hanya disediakan berkenaan gantirugi yang telah dibenarkan terhadap plaintif ini.
Kuantum
[3] Kecederaan yang dialami oleh plaintif di dalam kes ini adalah seperti yang dinyatakan di dalam laporan perubatan dan laporan pakar yang telah dikemukakan seperti berikut:
i) Laporan perubatan Hospital Seberang Jaya bertarikh 8 Ogos 2011 ("P22").
ii) Laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur bertarikh 22 Julai 2011 ("P23").
iii) Laporan pakar plaintif dari KPJ bertarikh 30 November 2012 ("P24").
[4] Tuntutan plaintif adalah seperti berikut:
a) Above Knee Amputation
[5] Menurut laporan perubatan P22, plaintif mengalami:
- Closed comminuted fracture of the right proximal third tibia
- Closed fracture of the right medial malleolus
- Right popliteal artery cut off
- Open fracture of the supracondylar right femur with intercondylar split
[6] Akibat kecederaan tersebut plaintif telah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut dan menurut P23 plaintif telah menjalani above knee amputation pada 21 Februari 2011.
[7] Menurut laporan pakar P24, plaintif has lost the right lower limb at the level of right mid thigh... He has to wear an above knee amputation prosthesis for life to ambulate, that too with difficulty and with limp... He also has discomfort and numbness over the amputation stump due to wearing the prosthesis. He has to use a lot of body energy to walk with the prosthesis.
[8] Plaintif telah memohon sebanyak RM90,000.00 bagi kecederaan ini dengan merujuk kepada ; [2013] 1 PIR 35; ; [2012] 1 PIR 27. Manakala defendan telah menghujahkan RM75,000.00 dengan merujuk kepada kes Raja Kumar Veerasamy v. Ripin Mamat & 2 Ors [2012] 2 PIR 55; ; [2011] 2 PIR 16 dan ; [2011] 1 PIR 17. Dengan merujuk kepada kes-kes yang telah dirujuk oleh kedua-dua pihak dan mengambilkira keadaan kaki kanan plaintif tersebut menurut laporan pakar P24, mahkamah telah membenarkan gantirugi sebanyak RM90,000.00 sebagai wajar dan munasabah bagi kecederaan ini.
b) Scar
[9] Untuk 22 cm healed surgical scar above stump, plaintif telah memohon sebanyak RM10,000.00. Mahkamah telah membenarkan RM3,000.00 bagi parut tersebut.
c) Cerebral
[10] Plaintif telah memohon sebanyak RM7,000.00 bagi kecederaan ini dan defendan menghujahkan RM5,000.00. Memandangkan GCS plaintif adalah 15/15 dan plaintif tidak mengalami apa-apa komplikasi akibat kecederaan ini, mahkamah telah membenarkan RM5,000.00 seperti yang dihujahkan oleh peguam defendan.
d) Loss Of Earning Capacity
[11] Peguam plaintif telah memohon loss of earning capacity sebanyak RM3,000.00 setahun untuk 16 tahun iaitu RM48,000.00. Peguam defendan menghujahkan bahawa tiada sebarang award harus dibenarkan bagi perkara ini memandangkan plaintif adalah seorang pelajar pada masa kejadian dan tiada bukti yang mencukupi bahawa plaintif menerima pendapatan dari hasil bekerja di bendang pada masa kejadian.
[12] Bapa plaintif iaitu SP3 telah memberi ke