PENGHAKIMAN
Pengenalan
[1] Keputusan mahkamah ini telah diputuskan pada 29 Disember 2017. Plaintif-plaintif merayu atas keputusan liabiliti dan kos penjagaan bagi plaintif kedua. Defendan merayu atas keputusan kuantum.
Fakta Kes
[2] Satu kemalangan jalan raya berlaku pada 22 Januari 2017 lebih kurang jam 11.10 pagi melibatkan sebuah motorsikal No BLF 361 yang dinaiki oleh plaintif-plaintif dan motorkar No AJR 9231 yang dipandu oleh defendan.
Versi Plaintif
[3] Plaintif pertama ("SP4") menunggang motorsikal bersama anaknya sebagai pembonceng hendak membelok masuk ke simpang kanan dan pada masa yang sama motorkar yang datang dari arah belakang telah melanggarnya.
Versi Defendan
[4] Motorsikal plaintif yang berada di hadapannya telah membelok ke kanan dan tidak sempat mengelak menyebabkan perlanggaran berlaku. Motorkar defendan terbabas masuk ke dalam parit di kanan jalan.
Dapatan Dan Analisa Keterangan Mahkamah
Liabiliti
[5] Pendekatan yang perlu digunakan oleh mahkamah di dalam menimbang keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan sekiranya terdapat versi bertentangan diterangkan dengan jelas dalam kes ; [1990] 2 MLJ 242; [1990] 2 CLJ 545 di 243-244:
"It has been stated in numerous cases that the fact that the evidence given by the witnesses of one party was unshaken or unbroken is not per se an all sufficient acid test of credibility and that the inherent probability or improbability of the fact in issue must be the prime consideration - see for instance ; [1966] 1 MLJ 257, ; [1983] 2 MLJ 232 at 247; [1983] CLJ (Rep) 101 and ; [1985] 1 MLJ 368 at 372. It has also been said that a trial judge should not approach the case upon the basis of deciding which of the two conflicting stories he should believe but rather on the basis of considering which version is inherently probable or improbable - see for instance" ; [1956] MLJ 52.
[6] Di dalam menentukan probability dan improbability sesuatu versi, mahkamah mesti mengambil kira keterangan senyap yang ada seperti rajah kasar, laporan polis, kesan serpihan, kesan tayar dan gambar. (Kes ; [1986] 2 MLJ 132; [1986] CLJ (Rep) 80 dirujuk.)
[7] Keterangan penolong pegawai penyiasat ("SP1") menyatakan arah perjalanan kedua-dua kenderaan yang terlibat adalah dari bawah ke atas merujuk rajah kasar dan kunci. Plaintif-plaintif hendak membelok ke satu simpang di sebelah kanan jalan. Had kelajuan dikawasan tersebut adalah 60 km/j. Kerosakan motorsikal plaintif-plaintif adalah pada bahagian kanan berhampiran mudguard. Manakala kerosakan motorkar defendan adalah di bahagian hadapan sebelah kiri. Semasa pertembungan posisi motorsikal adalah melintang.
[8] Menurut SP1 terdapat kesan calar iaitu lebih kurang 30.8 meter yang ditandakan sebagai "KG" yang dipercayai diakibatkan oleh motorsikal plaintif. Walau bagaimanapun SP1 mengakui tidak mengetahui di mana titik pertembungan berlaku. SP1 tidak mengetahui sama ada titik pertembungan adalah selepas atau sebelum simpang yang ingin dimasuki oleh plaintif-plaintif. SP1 juga bersetuju jika tidak tahu tempat pertembungan, jarak dan kesan bermulanya calar tidak boleh diketahui.
[9] Apabila dirujuk gambar P2(d) yang menunjukkan kedudukan kesan calar yang ditandakan sebgai KG dalam rajah kasar. Terdapat perbezaan mengenai panjang kesan calar yang dilihat dalam P2(d) dan yang dilukis dalam rajah kasar. Sebaliknya kesan calar dalam P2(d) adalah lebih pendek.
[10] Keterangan SP1 bahawa defendan ("SD1") dalam kenyataannya telah memberitahu SP1 yang SD1 nampak plaintif-plaintif hendak membelok pada jarak 10-12 meter telah dibantah dan dicabar oleh peguam defendan semasa pemeriksaan semula oleh peguam plaintif.
[11] Keterangan SP4 adalah beliau dalam perjalanan pulang dari rumah ibunya. Beliau menunggang di kanan jalan laluannya dan apabila beliau membelok, motorkar defendan melanggarnya dari arah belakang. SP4 dalam laporan polisnya bertarikh 20 Mac 2017 yang dibuat lebih kurang dua bulan selepas kemalangan menyatakan beliau menunggang bersama seorang pembonceng