PENGHAKIMAN
Pengenalan
[1] Tindakan ini adalah tuntutan kecuaian oleh Plaintif terhadap Defendan-defendan berkenaan suatu kemalangan jalan raya yang berlaku pada 25 Jun 2020 sekitar jam 6.00 pagi. Plaintif menunggang motorsikal bernombor pendaftaran JBP8203 manakala Defendan Pertama memandu motorlori bernombor pendaftaran PDK4920. Defendan Kedua adalah pemilik kepada motorlori tersebut.
[2] Pada tarikh perbicaraan pada 24 Mac 2022, pihak-pihak telah mencapai persetujuan dan merekodkan perintah persetujuan berkenaan liabiliti iaitu Defendan-defendan bertanggungan 90% dan Plaintif bertanggungan 10% dalam mengakibatkan kemalangan tersebut. Pihak-pihak juga mengambil pendirian bahawa kesemua laporan- laporan termasuk laporan perubatan adalah dipersetujui tertakluk kepada hujahan. Maka, alasan penghakiman ini hanya memfokuskan kepada isu-isu yang dibangkitkan berkenaan kuantum yang wajar diawardkan oleh Mahkamah ini.
Ganti Rugi Khas (Atas Dasar 100%)
[3] Pihak-pihak bersetuju berkenaan tuntutan-tuntutan berikut maka tuntutan-tuntutan tersebut adalah dibenarkan sebagaimana dipersetujui:
Kos rawatan perubatan - RM233.00;
Kos membaiki motorsikal - RM200.00;
Kos laporan pakar - RM800.00;
Kos laporan carian kenderaan - RM10.00
[4] Berkenaan tuntutan ganti rugi khas yang lain, Defendan-defendan berhujah bahawa Plaintif seharusnya membuktikan dengan spesifik jumlah kerugian yang dialami dengan mengemukakan dokumen- dokumen sokongan yang berkaitan, dan seterusnya turut membuktikan bahawa tuntutan tersebut adalah munasabah. Defendan-defendan berhujah bahawa tanpa keterangan sokongan tersebut, tuntutan-tuntutan Plaintif seharusnya wajar ditolak.
[5] Mahkamah dalam hal ini merujuk kepada kes di mana Mahkamah memutuskan bahawa:
"[39] In this matter I agreed with the Defendant that it is trite law that the Plaintiff bears the burden of proving special damages. All the more so when special damages must be specifically pleaded and specifically proven.
[40] On this point, reference must be made to the oft-quoted passage in the case of Bonham-Carter v. Hyde Park Hotel Ltd cited in several Malaysian cases including ; [1964] 1 MLJ 74:
"Plaintiffs must understand that if they bring actions for damages it is for them to prove their damage; it is not enough to write down the particulars, and, so to speak, throw them at the head of the Court saying: This what I have lost; I ask you to give me these damages'. They have to prove it."
[41] In ; [2009] 7 MLJ 681 the Court of Appeal at p 698 held that:
"Damages must be proved with real or factual evidence (as opposed to mere particulars, summaries, estimations or general conclusions) in order for a party to recover them.""
[6] Dalam hal ini, Plaintif berhujah dalam hujahan balas bahawa Plaintif telah membayar RM120.00 bagi mendapatkan 3 laporan perubatan dari Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, dan laporan-laporan tersebut telah dipersetujui tertakluk kepada hujahan. Dalam hal ini, memandangkan Plaintif mendakwa telah sebenarnya membelanjakan jumlah tersebut, sebagaimana diputuskan dalam nas-nas di atas, Plaintif tidak seharusnya mempunyai sebarang masalah dalam mengemukakan bukti bahawa bayaran tersebut telah dibuat. Namun, Mahkamah mendapati tiada sebarang alasan munasabah yang diberikan Plaintif berkenaan kegagalan beliau dalam mengemukakan dokumen bagi menyokong tuntutan beliau.
[7] Maka, berpandukan kepada nas-nas di atas, Mahkamah menolak tuntutan Plaintif untuk kos laporan-laporan perubatan dari Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang berjumlah RM120.00.
Kos-Kos Perjalanan
[8] Berkenaan item ini, Plaintif berhujah bahawa berdasarkan laporan perubatan Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (muka surat 19 Ikatan Dokumen Plaintif), Plaintif telah menerima rawatan awal selama 2 hari di Hospital tersebut dari 25 Jun 2020 sehingga 26 Jun 2020. Plaintif berhujah bahawa ahli keluarga Plaintif telah melawat Plaintif dengan kekerapan 2 kali setiap hari dengan kos perjalanan RM50.00 setiap kali lawatan
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.