PENGHAKIMAN
Fakta Kes
[1] Plaintif di dalam kes ini, MAZ (No K/P: XXXXX) kini menetap di rumah yang beralamat XXXXX, 68000 Ampang, Selangor. Manakala pihak Defendan, ASMH (No K/P: XXXXX) juga menetap bersama-sama Plaintif. Plaintif dan Defendan telah bernikah pada 24 September 2016 dan belum dikurniakan cahaya mata.
[2] Plaintif telah memfailkan Saman dan Pernyataan Tuntutan ke dalam bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah Ampang pada 12 Mac 2018. Pada Hari Jumaat 9 Mac 2018 jam 11.30 pagi, kedua-dua Plaintif dan Defendan berada di rumah yang beralamat XXXXX, 53000 Kuala Lumpur. Plaintif telah melafazkan cerai ke atas Defendan secara berhadapan yang berbunyi, "Aku ceraikan engkau talaq tiga (3)". Defendan dalam keadaan suci yang telah digauli semasa kejadian lafaz tersebut berlaku dan tiada saksi yang melihat dan mendengar.
[3] Berdasarkan keterangan Plaintif dan Defendan, berlaku pergaduhan yang serius sehari sebelum kejadian lafaz tersebut. Pada hari kejadian lafaz itu juga, pihak-pihak bergaduh dan Defendan mengaku telah mengeluarkan perkataan-perkataan yang mencabar Plaintif sehingga melafazkan cerai talaq tiga (3). Plaintif juga mengaku bahawa beliau melafazkan cerai di dalam keadaan terlalu marah namun sedar ketika menuturkan lafaz tersebut.
[4] Kes ini merupakan tuntutan untuk mengesahkan penceraian yang berlaku di luar dan tanpa kebenaran Mahkamah di bawah peruntukan
(1) Walau apa pun
s 55 , seseorang yang telah menceraikan isterinya dengan lafaz talaq di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari dari pelafazan talaq itu melaporkan kepada Mahkamah.(2) Mahkamah hendaklah mengadakan siasatan untuk memastikan sama ada talaq yang dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak.
(3) Jika Mahkamah berpuashati bahawa talaq yang telah dilafazkan itu adalah sah mengikut Hukum Syarak, maka Mahkamah hendaklah, tertakluk kepada
s 125 :(a) Membuat perintah membenarkan perceraian dengan talaq;
(b) Merekodkan perceraian itu; dan
(c) Menghantar salinan rekod itu kepada Pendaftar yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar bagi pendaftaran.
[5] Kes ini merupakan tuntutan pihak Plaintif, MAZ (No K/P: XXXXX) yang bermastautin di alamat XXXXX, 68000 Ampang, Selangor. Plaintif telah melafazkan cerai talaq tiga (3) ke atas Defendan secara berhadapan pada 9 Mac 2018, jam 11.30 pagi di rumah sewa yang beralamat XXXXX, 53000 Kuala Lumpur.
[6] Berdasarkan fakta di atas, Mahkamah berpuas hati bahawa tiada isu yang melibatkan bidang kuasa seperti yang tertakluk di dalam
[7] Dalam menentukan sama ada sabit atau tidak berlakunya penceraian sebagaimana yang didakwa di antara Plaintif dan Defendan, Mahkamah perlu meneliti beberapa isu yang timbul sebagaimana berikut:
i. Sama ada sabit talaq yang dilafazkan dalam keadaan marah;
ii. Sama ada sabit talaq yang berlaku dalam keadaan suci isteri yang digauli; dan
iii. Sama ada sabit talaq tiga (3) dengan sekali lafaz.
Isu Pertama: Sama Ada Sabit Talaq Yang Dilafazkan Dalam Keadaan Marah?
[8] Berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, seperti di dalam kitab 'Aunul Ma'bud, juzuk 6, hlm 261, nombor 2179:
Bermaksud: "...Tidak berlaku talaq dan pembebasan hamba yang dilakukan dalam keadaan Ighlaq."
Berkata al-Syaukani di dalam Nayl al-Awtar, juzuk 7, hlm 22:
Bermaksud:










