MAKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM
COSMO OMEGA SDN BHD & YANG LAIN LWN. MENTERI BESAR SELANGOR (PERMERBADANAN) & SATU LAGI
[Guaman Sivil No: BA-22NCVC-340-08-2022]
| Table of Content |
|---|
| 1. disclosure of documents is essential for fair judicial process. (Para 1 , 4 , 6) |
| 2. the court's determination on material document relevance. (Para 10 , 12 , 20 , 30) |
| 3. partial disclosure ordered for legal proceedings. (Para 34 , 35) |
Pengenalan
[1] Plaintif-Plaintif ialah pembeli hartanah di Bandar Alam Perdana di Mukim Ijok, Daerah Kuala Selangor, Negeri Selangor yang terdiri daripada tanah dan rumah teres. Perjanjian Jual Beli ("PJB") yang dimasuki dalam tahun 2000 hingga 2005 di antara Plaintif-Plaintif dengan LBCN Development Sdn Bhd sebagai pemilik tanah dan Vega Builders Sdn Bhd sebagai pemaju.
[2] Tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan melalui writ saman dan pernyataan tuntutan ialah untuk memohon relief yang berikut terhadap Defendan-Defendan:
(a) deklarasi bahawa Defendan Pertama ialah pemegang amanah konstruktif bagi unit rumah Plaintif-Plaintif.
(b) deklarasi bahawa Plaintif-Plaintif ialah pemilik benefisial unit rumah dan berhak untuk didaftarkan sebagai pemilik dalam hakmilik individu.
(c) Defendan-Defendan telah melakukan pecah amanah apabila
(i) enggan memindahkan hakmilik unit rumah kepada nama Plaintif-Plaintif tetapi melupuskan unit rumah Plaintif-Plaintif kepada pihak ketiga tanpa persetujuan dan pengetahuan Plaintif-Plaintif; dan/atau
(ii) melakukan frod ke atas Plaintif-Plaintif apabila Defendan-Defendan melupuskan unit rumah Plaintif- Plaintif kepada pihak ketiga tanpa persetujuan dan pengetahuan Plaintif-Plaintif; dan/atau
(iii) Defendan-Defendan Kedua telah diperkayakan secara tidak adil apabila Defendan Pertama melupuskan unit rumah Plaintif-Plaintif kepada pihak ketiga untuk keuntungan kewangan tanpa membayar apa-apa pampasan kepada Plaintif-Plaintif.
(d) perintah bahawa Defendan Pertama dan/atau Defendan Kedua hendaklah menyerahkan hakmilik indvidu dan Borang Pindahmilik yang telah ditandatangani untuk unit rumah Plaintif yang masih didaftarkan atas nama Defendan Pertama kepada Plaintif-Plaintif dan sekiranya gagal Penolong Pendaftar Kanan hendaklah menandatangani Borang Pindahmilik bagi pihak Defendan Pertama dan/atau Defendan Kedua.
(e) suatu perintah bahawa Defendan-Defendan membayar Plaintif-Plaintif berikut mengikut nilai pasaran atau harga pelupusan unit rumah Plaintif-Plaintif yang telah dipindahkan kepada pihak ketiga sebagai ganti rugi.
(f) faedah pada kadar 5% setahun ke atas semua jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga tarikh realisasi.
(g) kos tindakan ini.
(h) apa-apa relief selanjutnya atau yang selainnya yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah ini.
Notis Permohonan Interlokutori Plaintif-Plaintif Bagi Penzahiran (Lampiran 20)
[3] Plaintif-Plaintif memohon terhadap Defendan-Defendan di bawah A 24 kk 4 ,7, 7A, 9 dan k 10 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau A 92 k 4 Kaedah- Kaedah Mahkamah 2012 untuk perintah bahawa:
(a) Defendan-Defendan hendaklah dalam tempoh 14 hari dari tarikh penyampaian perintah yang dibuat di sini mengikrarkan dan menyampaikan kepada Plaintif-Plaintif suatu afidavit yang menyatakan bahawa:
(i) sama ada mana-mana dokumen yang dinyatakan di dalam Lampiran A di sini adalah atau pernah berada di bawah milikan, jagaan atau kuasa Defendan-Defendan.
(ii) sekiranya mana-mana dokumen yang dinyatakan di dalam Lampiran A tidak berada tetapi pernah berada di bawah milikan, jagaan atau kuasa Defendan-Defendan, Defendan-Defendan hendaklah menyatakan bila Defendan-Defendan berpisah dengan dokumen- dokumen tersebut dan apa yang terjadi kepada dokumen-dokumen tersebut.
(b) Defendan-Defendan dalam masa 14 hari dari tarikh penyampaian afidavit tersebut dalam perenggan (a) mengemukakan dokumen-dokumen yang berada dalam milikan, jagaan atau kuasa Defendan-Defendan bagi pemeriksaan Plaintif-Plaintif dan membekalkan kepada Plaintif-Paintif dan/atau peguam cara Plaintif-Plaintif satu salinan dokumen-dokumen tersebut.
(c) Kos permohonan ini ditanggung oleh Defendan-Defendan.
(d) Perintah atau relief Iain atau selanjutnya yang difikirkan waja
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.