RAMLY ALI
DELIMEC HYGIENE SDN BHD – Appellant
Versus
EMIC (MALAYSIA) SDN BHD – Respondent
| Table of Content |
|---|
| 1. facts regarding the incorporation and business activities of the parties. (Para 1 , 2 , 3) |
| 2. plaintiff's argument for the need of injunction based on alleged infringement. (Para 4 , 5 , 10) |
| 3. court's reflections on the necessity of interventions due to provided affidavits. (Para 15 , 16 , 17) |
| 4. legal standards governing injunction applications in trademark disputes. (Para 21 , 22) |
Plaintif adalah sebuah syarikat yang diperbadankan pada tahun 1992. Sejak penubuhannya, Plaintif telah menjalankan perniagaan di dalam industri pembersihan dan menjual segala alat pembersihan termasuk bahan cairan pembersihan dan pelapis. Plaintif telah berniaga sedemikian dengan membina nama dan reputasi perniagaanya dengan menggunakan cap-cap dagangan dengan huruf-huruf yang membina perkataan "IMEC" dan juga ayat "i Make Em/ironment Clean" di dalam aktiviti perniagaan dan pengiklanan barangannya.
Defendan pula merupakan sebuah syarikat yang baru diperbadankan pada tahun 1999. Mengikut rekod, pemegang saham dan pengarah-pengarah syarikat Defendan adalah merupakan bekas pekerja syarikat Plaintif iaitu seorang bekas penjaga setor, seorang bekas jurujual dan seorang bekas pengarah dan pengurus syarikat Plaintif. Detendan, sejak penubuhannya pada tahun 1999, telah menjalankan aktiviti perniagaan yang sama dengan perniagaan Plaintif, yang juga melibatkan jenis barangan yang sama dengan menggunakan nama cap dagangan "EMIC" dan juga ayat "Environment Maker In Cleaniness".
Pada 19.9.2000, Plaintif telah memfailkan satu writ saman (kandungan 1) terhadap Defendan bagi pelanggaran cap dagangan, perlanggaran hakcipta dan pengelirupaan barangan dan perniagaan. Pada 21.9.2000, Plaintif telah memfailkan Saman Dalam Kamar (Ex parte) (kandungan 2) untuk mendapatkan perintah injunksi interlokutori dengan disokong oleh afidavit yang ikrarkan oleh Low Suan Hing (kandungan 3), seorang pengarah di syarikat Plaintit. Pada 2.10.2000, Mahkamah telah [Page 2] membenarkan permohonan Plaintit dan mengeluarkan perintah injunksi seperti berikut -
" a) Defendan samada bertindak sendiri atau melalui pengarah, pegawai-pegawai, pengkhidmat-pengkhidmat atau agen-agennya atau sesiapa daripada mereka dihalang oleh suatu injunksi selama empat belas hari dari tarikh ini daripada :-
i) melanggar cap dagangan berdattar Plaintif No. 92/04752 dan atau Cap-cap Dagangan Plaintif dalam permohonan pendaftaran No. 92/04753, 95/05758, 95/05759 dan 95/00870 melalui penggunaan atau berkenaan dalam perjalanan perdagangan apa-apa tanda cap atau logo berserta perkataan dan atau apa-apa perkataan yang mirip atau serupa atau hampir serupa dengan perkataan "IMEC" dan Cap-cap Dagangan Plaintif tersebut dan atau apa-apa peniruan yang memperdayakan ke atas atau berkaitan dengan perniagaan Defendan;
ii) mengelirupakan atau cuba mengelirupakan atau menyebabkan, membolehkan atau membantu orang lain mengelirupakan barangan-barangan Defendan (kemudian ini dirujuk sebagai "Barangan Langgaran") sebagai barangan Plaintif yang disenaraikan dalam lampiran A bersama ini (kemudian ini dirujuk sebagai "Barangan Plaintif), samada melalui penggunaan atau berkenaan perjalanan perniagaan dengan nama atau suatu caragaya mirip atau serupa atau hampir serupa dengan Barangan Plaintif atau apa peniruan atau [Page 3] dengan apa-apa cara lain dalam perjalanan perniagaan Defendan ;
iii) mengelirupakan atau cuba mengelirupakan atau menyebabkan, membolehkan atau membantu orang lain mengelirupakan perniagaan Defendan dan atau suatu caragaya perniagaan Defendan atau apa-apa peniruan yang memperdayakan atau dengan apa-apa cara lain sebagai perniagaan Plaintif;
iv) melanggar hakcipta Plaintit yang wujud dalam karya-karya sastera dan bentuk gambar dalam risalah-risalah barangan Plaintit (kemudian ini dirujuk sebagai "Karya-karya tersebut") dengan melakukan dalam apa jua cara pun membuat atau mengeluarkan semula dalam bentuk bahan keseluruhan atau sebahagian besar Karya-karya tersebut dan atau mengedarkan sebarang
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.