SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

1990 MarsdenLR 533

MAHKAMAH AGUNG, KUALA LUMPUR

HASHIM YEOP SANI HB (MALAYA), HARUN HASHIM HMA, MOHD. YUSSOFF MOHAMED HMA


PENTADBIR TANAH DAERAH, GOMBAK
versus
HUAT HENG (LIM LOW & SONS) SDN. BHD.

SC RAYUAN SIVIL NO. 01-13-1990

Decided On : 09-12-90

Advocates:
Bagi pihak perayu - Mohd. Hishamudin bin Mohd. Yunus, Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor
Bagi pihak responden - Karpal Singh; M/s A.J. Ariffin, Chong & Harpal (amalgamated with
T/n. C.C. Choo & Co.)

PENGHAKIMAN

Hashim Yeop Sani HB (Malaya):

Pentadbir Tanah Daerah Gombak telah merayu kepada Mahkamah ini atas perintah pampasan yang dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkenaan dengan pengambilan tanah Lot No. 2191, Geran 26386 (Geran Lama 7488) seluas 0.417 ekar dalam Mukim Batu, Daerah Gombak, Negeri Selangor Darul Ehsan. Maksud pengambilan balik tanah tersebut ialah untuk projek melebarkan lebuhraya Jalan Kepong-Selayang Pandang.

Pengambilan balik tanah itu telah diwartakan di bawah seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1990 dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 1774 bertarikh 31 Julai 1986. Oleh yang demikian tarikh penilaian ialah pada 31 Julai 1986 mengikut peruntukan Akta tersebut. Tanah tersebut terletak di Batu 14 1/2 Jalan Kuala Lumpur-Rawang.

Dalam alasan penghakimannya Hakim telah bersetuju dengan hujah-hujah pemohon iaitu yang empunya tanah dan memerintahkan pampasan sebanyak RM20.00 satu kaki persegi seperti yang dipohon. Hakim telah menolak hujah Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor yang merujuk kepada syarat yang telah dipersetujui oleh tuan empunya tanah. Hakim berkata seperti berikut:

Ditinjau dari segi undang-undang pula, adakah bermakna jika sesuatu tanah itu telah direzabkan bagi kegunaan jalan, pihak kerajaan terbebas dari membayar apa-apa pampasan? Saya tidak nampak bagaimana pihak Pemungut Hasil Tanah harus dibebaskan dari apa-apa pembayaran, sekalipun telah ada penyerahan di dalam ertikata s. 195.

Menurut latar belakang tanah itu, tanah tersebut telah dibeli dari Syarikat Selangor Development menerusi satu perjanjian pada tahun 1980 dengan harga $569,250.00. Ketika itu tanah tersebut adalah jenis pertanian. Walau bagaimanapun setelah pindahmilik disempurnakan pada tahun 1983 tuan empunya tanah sekarang telah memohon kepada Kerajaan Negeri Selangor menukar syarat tanah tersebut.

Permohonan tukar syarat itu telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 24 Januari 1985. Berhubung dengan hal ini responden iaitu tuan empunya tanah telah diberitahu berkenaan dengan kelulusan tukar syarat tanah tersebut pada 26 April 1985 melalui sepucuk surat dari Pejabat Daerah/Tanah Gombak. Surat itu memberitahu kepada responden bahawa kelulusan permohonan tukar syarat adalah dengan beberapa syarat yang nyata termasuk syarat bayaran premium tambahan. Satu daripada syarat yang telah dikenakan berbunyi seperti berikut:

(XV111) Tuan tanah diminta menyerahkan kepada kerajaan tanah-tanah yang akan digunakan untuk kegunaan awam sebagimana yang terdapat di dalam pelan pertapakan.

Satu pelan tapak telah disediakan oleh responden dan pelan itu telahpun dipersetujui oleh semua jabatan berkenaan iaitu Jabatan Perancangan Bandar dan Kampung Negeri, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Parit dan Taliair, Jabatan Bekalan Air dan Jabatan Kesihatan, Gombak. Mengikut pelan tersebut bahagian yang diambil balik direzabkan untuk perlebaran jalanraya.

Berdasarkan kepada latar belakang tanah tersebut jelas syarat yang nyata yang telah dikenakan itu telahpun diterima oleh tuan empunya tanah dan ia telah menyempurnakan semua bayaran yang dikehendaki oleh kelulusan tersebut. Berdasarkan kepada semua fakta ini Pentadbir Tanah Daerah, Gombak telah mengeluarkan perintah bahawa penilaian pampasan seperti yang disyorkan oleh Pejabat Penilaian Selangor iaitu RM10.00 diberi sebagai pampasan "nominal" kepada tuan empunya tanah.

Hujah peguambela responden ialah oleh sebab pengambilan balik itu telah dibuat di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 maka pampasan hendaklah diberi mengikut harga pasaran. Berdasarkan hujah ini Hakim telah bersetuju memberi pampasan seperti tersebut di atas.

Kami berpendapat bahawa Hakim Mahkamah Tinggi telah gagal melaksanakan prinsip pampasan yang sebenar. Prinsip berkenaan dengan pampasan sudah jelas iaitu pampasan hendaklah diberi sejauh mana yang praktik untuk menempatkan pemohon kepada keadaan kewangan yang ia berada jika tidak ada pengambilan balik tanah itu. Prinsip ini ada disebutkan dalam b

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top