SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2016 MarsdenLR 2577

FITRI NOOR SAMDIN LWN. SITI NOORADAWIYAH OTHMAN & SATU LAGI
[-]



Petitioner Advocates:Omar Bakhi ,Respondent Advocate: M Harichandran,Sri Kumar

Negligence in road traffic accidents mandates careful assessment of evidence, with liability established when a party's reckless actions directly cause harm.

Headnote:The claim of the plaintiff against the defendant was for general damages, special damages, interest, and costs for injuries sustained in a road traffic accident on 29 September 2013 involving the plaintiff's motorcycle (No. WVY 2527) and a car driven by the first defendant (No. WJR 9346) at a traffic light junction. The court found after evaluating testimony from several witnesses, including investigating officers and forensic experts, that the first defendant was liable for the accident due to reckless lane changing without signaling, resulting in a collision with the plaintiff's motorcycle. The main issues included the credibility of witness testimonies and the evidence regarding the liability for the accident. The court ultimately concluded that the plaintiff proved their case on a balance of probabilities, attributing 100% of liability to the defendant and awarding damages totaling RM350,000.00 for severe injuries sustained due to negligence.

Nu'aman Mahmud Zuhudi, HS:

[1] Tuntutan plaintif terhadap defendan:defendan adalah untuk gantirugi am, gantirugi khas, faedah dan kos bagi kecederaan dan kerugian yang dialami oleh plaintif akibat kemalangan jalanraya yang berlaku pada 29 September 2013 di antara plaintif yang menunggang motorsikal beliau (No. WVY 2527) dengan motorkar yang dipandu defendan pertama (No WJR 9346) di persimpangan lampu isyarat Jalan Semarak.

[2] Plaintif telah memanggil tujuh orang saksi manakala defendan:defendan telah memanggil lima saksi mereka.

[3] Saksi:saksi yang telah memberi keterangan adalah seperti berikut:

1. SP1: Sarjan Mohd Shukor bin Md Derus (pegawai penyiasat)

2. SP2: Shahiran (saksi bebas yang telah mengambil gambar)

3. SP3: Mohd Musrizam bin Othman (wakil majikan)

4. SP4: Dr Ramnan Jeyasingam

5. SP5: Mr Arthur Kong Sn Molh (approved forensic)

6. SP6: Plaintif

7. SP7: Puan Fauziah binti Shahruddin (ibu plaintif)

8. SD1: Siti Nooradawiyah binti Othman

9. SD2: Mohd Rabani

10. SD3: L/Koporal Tarmizi (pegawai polis rondaan)

11. SD4: Anand Ganavelo (forensic services)

12. SD5: L/Koporal Alabert (pegawai polis rondaan)

Liabiliti

[4] Untuk isu liabiliti keterangan saksi:saksi berikut dirujuk:

a) SP1: Pegawai penyiasat

b) SP6: Plaintif

c) SP2: Shahiran

d) SP5: Arthur Kong Sn Molh

e) SD1: Defendan pertama

f) SD2: Mohd Rabani

g) SD4: Anand Ganavelu

h) SD3: Polis rondaan (L/Koporal Tarmizi)

i) SD5: Polis rondaan (L/Koporal Alabert)

Keterangan Plaintif (SP6)

[5] Menurut keterangan bersumpah plaintif (SP6) pada 29 September 2014 jam lebih kurang 5.45 petang beliau dengan menunggang motorsikal No WVY 2527 dari rumah beliau di Setapak menuju ke arah Gombak. Semasa beliau menghampiri persimpangan jalan semarak di mana pada masa itu lampu isyarat berwarna hijau dan meneruskan perjalanan untuk membelok ke simpang kanan dan secara tiba:tiba sebuah motorkar nombor pendaftaran WJR 9346 yang berada di lorong kiri telah mengubah haluan ke lorong kanan yang di mana memasuki di lorong beliau dan seterusnya menyebabkan plaintif gagal mengelak dan terlanggar motorkar tersebut di bahagian pintu kanan bahagian belakang. Plaintif telah membuat satu laporan polis No Trafik Kuala Lumpur: 025326/14 yang telah ditanda sebagai eks "P6".

Keterangan SP1 (Pegawai Penyiasat)

[6] Saksi seterusnya yang penting bagi penentuan isu liabiliti adalah SP1 iaitu pegawai penyiasat Sarjan Mohd Shukor bin Md Derus. SP1 telah mengesahkan bahawa beliau telah melawat kawasan kemalangan dan membuat satu rajah kasar yang dieksibitkan sebagai P1. SP1 juga telah mengambil gambar kenderaan yang terlibat dalam kemalangan ini eks P2(a:e). SP1 dalam keterangan beliau menyatakan bahawa kerosakan motorsikal No WVY 2527 adalah di bahagian hadapan rosak teruk manakala motorkar No WJR 9346 di bahagian pintu sebelah kanan dan bahagian bucu di sebelah belakang kanan.

[7] SP1 pada 5 Mei 2015 telah diserahkan beberapa keping gambar (P4) daripada Shahiran (SP2) yang datang berjumpa beliau yang menunjukkan keadaan di lokasi sejurus selepas kemalangan yang menunjukkan motorkar defendan adalah dalam keadaan serong ke kanan dan di dalam petak kuning dan bukan di belakang garisan putih.

[8] SP1 telah menjalankan siasatan bagaimana kemalangan ini berlaku dan merumuskan daripada hasil siasatan bahawa kemalangan berlaku apabila motorkar No WJR 9346 telah mengubah haluan dari arah kiri ke kanan tanpa isyarat masuk ke laluan penunggang motorsikal No WVY 2527.

[9] SP1 dalam keterangan menyatakan beliau membuat keputusan selepas mendapat gambar dari SP2 yang menunjukkan kedudukan kenderaan, serpihan kaca dan di mana mangsa terbaring seterusnya beliau telah mengeluarkan saman kepada defendan pada 30 Jun 2015 di bawah r 6(2)(b) atas kesalahan mengubah haluan dari kiri ke kanan.

Keterangan SP2

[10] SP2 adalah saksi bebas yang dipanggil memberi keterangan. Menurut keterangan SP2 beliau tidak menyaksikan kemalangan tersebut tetapi ke lokasi kemalangan sejurus selepas kejadian. SP2 mengakui beliau mengenali plaintif dan keluarga beliau. Eksibit P4 iai

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top