MAHKAMAH PERUSAHAAN KUALA LUMPUR
AMR KADIB ALBAN LWN. AWESOME LEARNING & TRAINING CENTER SDN BHD
AWARD
[1] Ini adalah permohonan untuk satu perintah ketidakpatuhan di bawah s 56(1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 ("APP 1967") yang difailkan dalam Borang S pada 6 September 2023 di bawah k 24A Kaedah-Kaedah Mahkamah Perusahaan 1967 berkenaan No Award: 1498 Tahun 2023 ("Award") yang diperturunkan pada 10 Julai 2023 antara Amr Kadib Alban ("Pengadu") dengan Awesome Learning & Training Center Sdn Bhd ("Syarikat Responden").
[2] Kes ini telah ditetapkan untuk bicara sebelum ini pada 13 Mei 2024 tetapi telah ditangguhkan kerana peguam Syarikat Responden memaklumkan melalui emel bertarikh 13 Mei 2024 tidak dapat hadir kerana mempunyai kes di Mahkamah Majistret Kota Bharu (No Kes: DA- 379-05/2023). Lanjutan daripada itu, Mahkamah telah menetapkan tarikh bicara yang baru pada 27 Mei 2024 dan sekali lagi peguam Syarikat Responden melalui emel bertarikh 24 Mei 2024 memohon kes ditangguhkan kerana mempunyai bicara pada tarikh tersebut di Mahkamah Majistret di Seremban (Guaman No: NA-76J-36-02/2024). Walau bagaimanapun permohonan peguam Syarikat Responden tersebut dibantah oleh peguam Pengadu dan Mahkamah telah memaklumkan kepada peguam Syarikat Responden permohonan penan
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.