SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img

2004 MarsdenLR 804

FEDERAL COURT PUTRAJAYA
BALACHANDRAN – Appellant
Versus
PP – Respondent
[Criminal Appeal No: 05-42-2002 (W)]



Petitioner Advocates:Gurbachan Singh ,Respondent Advocate: Teo Say Eng

JUDGMENT

Augustine Paul JCA:

[1] The accused was originally charged with trafficking in 73.34 grammes of monoacetylmorphines under s 39B(1)(a) of the Dangerous Drugs Act 1952 ("the Act"). At the close of the case for the prosecution the charge was reduced to one under s 12(2) read with s 39A(2) of the Act. When he was found guilty of the amended charge he was convicted and sentenced to 16 years'imprisonment and whipping of 11 strokes. His appeal against conviction and sentence was dismissed by the Court of Appeal and he has now appealed to this Court.

[2] The facts of the case as summarised by the learned trial judge in his grounds of judgment read as follows:

Pada 23 September 1998 jam 8.25 malam, Inspektor Wan Azlan (SP1) dan 13 anggota polis yang lain, telah membuat serang hendap di hadapan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Mun Chong, Batu 5, Jalan Ipoh Kuala Lumpur SP1 telah nampak OKT membimbit satu beg plastik warna oren P11 di tangan kirinya dan berjalan menuju ke keretaNo: JBW 2490. Pada masa itu SP1 berada pada jarak 10-15 meter daripada OKT. OKT berseorangan ketika itu. Tidak ada sesiapa pun di dalam kereta itu. SP1 dan D/L/Kpl Fairuz Khan (SP3) terus menghampiri OKT dengan menaiki sebuah motosikal yang dipandu oleh SP3. SP1 mengenalkan dirinya sebagai Polis kepada OKT dan OKT telah cuba melarikan diri. Satu pergelutan telah berlaku. P11 yang dipegang oleh OKT terjatuh ke tanah dan dirampas oleh SP1. Akhirnya, OKT telah berjaya ditangkap.

SP1 telah memeriksa P11 di hadapan OKT dan didapati mengandungi 1 beg plastic warna putih (P12) di dalamnya yang mengandungi 5 bungkusan, terdiri dari 1 bungkusan keratan akhbar Cina (P13) dan 4 bungkusan warna coklat (P14). Setiap bungkusan tersebut mengandungi 1 paket plastik berisi ketulan dan serbuk merah jambu yang disyaki dadah heroin. Satu talipon bimbit Nokia (P5) dan satu dompet (P6) berisi wang tunai RM300/= dan 6 keping kad kredit juga dirampas daripada OKT.

5 bungkusan tersebut telah dihantar ke Jabatan Kimia, Petaling Jaya untuk dianalisis. Ahli Kimia, Encik Cheong Meow Kioon (SP2) telah menjalankan analisis dan mengesahkan bahan ketulan dan serbuk merah jambu dalam 5 bungkusan tersebut mengandungi dadah berbahaya, jenis monoacetylmorphines dan beratnya ialah 73.34 gram. Jumlah berat bahan ketulan dan serbuk merah jambu ialah 2,249.5 gram semuanya. Monoacetyl-morphines adalah dadah berbahaya yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama kepada Akta. SP2 juga telah menyediakan satu laporan kimia (P19) yang mana satu salinannya telah diserahkan kepada OKT.

Keputusan Di Akhir Kes Pendakwaan

Selepas mendengar hujah-hujah kedua belah pihak dan meneliti serta menimbang segala keterangan yang ada terdiri dari 7 orang saksi dan 24 exh yang telah dikemukakan, saya dapati pihak pendakwa telah berjaya membuktikan secara prima facie bahawa OKT telah memiliki dadah berbahaya jenis monoacetylmorphines dan beratnya ialah 73.34 gram.

[3] In explaining the reason for reducing the charge to one of possession he said:

Oleh kerana OKT telah dijumpai memiliki dadah monoacetylmorphines melebihi 15 gram, maka menurut s 37(da) Akta, sehingga dibuktikan sebaliknya, OKT adalah dianggap mengedar dadah tersebut. Walau bagaimanapun, beban untuk mematahkan anggapan itu adalah ringan, iaitu atas imbangan kebarangkalian, dan ia boleh dipatahkan dengan keterangan yang ada walaupun di peringkat kes pendakwaan (sila lihat Chee Chiew Heong v. Public Prosecutor, [1981] 2 MLJ 287; [1981] CLJ (Rep) 122). Dalam kes ini, saya dapati pihak pembelaan telah berjaya mematahkan anggapan pengedaran dengan kemungkinan wujudnya Shan dari awal kes pendakwaan. Pegawai Penyiasat, SP5 telah mengesahkan bahawa OKT telah mengatakan dalam pernyataan beramarannya (ID22) bahawa dadah yang dia bawa adalah kepunyaan Shan. Jadi kemungkinan besar Shan seorang pengedar dadah yang sebenarnya tidak boleh dikesampingkan. Dengan itu, saya beri manfaat keraguan kepada OKT. Walaupun begitu, pihak pendakwa telah berjaya membuktikan bahawa OKT telah

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top