SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2011 MarsdenLR 513

MAHKAMAH TINGGI MALAYA, JOHOR BAHRU
MUHAMMAD SAFRIADI LWN. PP
[Rayuan Jenayah No: MT (7)-42H-26-2010]



The severity of armed robbery mandates a stringent sentence to balance punishment with public safety concerns, only altering sentences when clear errors in principle are evident.

Headnote:(A) Penal Code - Sections 395 and 397 - Armed robbery using a weapon - The appellant was charged with robbery involving the use of a machete and received a sentence of 12 years imprisonment and 12 strokes of the cane. The appeal was against this sentence. (Paras 1-4)

(B) Principles of Sentencing - The appellate court will not alter a sentence merely because it disagrees with it; interference is warranted only if the sentence is erroneous in principle or manifestly excessive. (Paras 5-7)

(C) Public Interest in Sentencing - The court emphasized the serious nature of armed robbery and public safety as central to determining an appropriate penalty. (Paras 8-12)

Findings of Court:
The court found that no reasons justified modifying the sentence, reinforcing the need for severe penalties for armed robbery.

Issues: The primary issue was whether the original sentence imposed was excessive or erroneous in principle.

Ratio Decidendi: The court held that the severity of the crime warranted the upheld sentence, reflecting a balance between punishment and deterrence.

Result: Appeal dismissed.

Table of Content
1. charges of robbery and confession details (Para 1 , 1 , 2 , 3)
2. consideration of sentence and appeal (Para 4 , 5 , 10)
3. public safety and sentencing rationale (Para 6 , 8 , 9 , 11 , 12)
4. judicial review standards for sentencing (Para 7)

[1] Perayu dituduh melakukan jenayah rompak berkawan menggunakan senjata yang boleh menyebabkan kematian iaitu parang di bawah Seksyen 395 / 397 Kanun Keseksaan . Perayu telah mengaku salah dan faham sifat dan akibat pengakuan salahnya. Pengakuan salahnya telah diterima oleh Tuan Hakim Mahkamah Sesyen, Johor Bahru dan lalu beliau disabitkan kesalahannya. Perayu dihukum 12 tahun penjara dan 12 kali sebatan rotan. Perayu kini merayu ke Mahkamah ini terhadap hukumannya melalui Notis Rayuan bertarikh 11.6.2010 dan Petisyen Rayuan bertarikh 26.7.2010.

Pertuduhan

[2] Pertuduhan yang dikemukakan terhadap Perayu adalah seperti berikut:

"Bahawa kamu bersama-sama dengan dua lagi yang masih bebas pada 11.3.2009 jam lebih kurang 0330 pagi di dalam rumah Penolong Pengurus Ladang Teluk Sengat, dalam daerah Kota Tinggi, dalam Negeri Johor, telah merompak:

(i) Wang tunai mangsa sebanyak lebih kurang RM300.00.

(ii) Satu unit laptop jenama Compaq Pissario warna silver.

(iii) Satu unit telefon bimbit jenis Nokia model N70 (No.: 019-755 8545).

(iv) Satu unit telefon bimbit jenis Nokia model 820 (No.: 013-679 8545).

(v) Dua utas jam tangan jenama Casio dan Amro.

Dan semasa melakukan rompakan kamu telah menggunakan senjata yang boleh menyebabkan kematian iaitu parang kepada Mohd Alifsham bin Samat KPT: 840806-06-5025 dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 395 / 397 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama ".

Fakta Ringkas Kes:

[3] Fakta kes dikemukakan secara bertulis dan ditanda sebagai Eksibit P1 seperti berikut:-

Fakta Kes:

1. Aduan

Pada 11.3.2009 jam lebih kurang 0330 pagi, satu kejadian samun telah berlaku di dalam rumah pengadu (A1) di mana saspek dalam kes ini adalah (3) lelaki Indonesia yang bersenjatakan parang. Dalam kejadian itu, beberapa barang milik pengadu telah dilarikan oleh saspek. Pengecaman ke atas semua saspek adalah negatif kerana kesemuanya memakai topeng penutup muka. Tiada sebarang kecederaan yang dialami oleh Pengadu.

2. Siasatan Polis:

2.1: Hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak polis mendapati bahawa cap jari saspek (B1) yang dihantar untuk penganalisaan di MAFIS adalah sepadan dengan cap jari yang ditemui di tempat kejadian pada 11.3.2009 yang lalu. Dengan jelas menandakan tentang kehadiran saspek di tempat kejadian untuk melakukan samun.

3. Barang Kes:

Rayuan Terhadap Hukuman:

[4] Semasa pendengaran rayuan, Mahkamah ini telah menimbang rayuan yang dibuat oleh Perayu terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen. Mahkamah mendapati bahawa tidak terdapat apa-apa kekhilafan berhubung dengan prinsip hukuman yang diaplikasikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen semasa menjatuhkan hukuman terhadap Perayu.

[5] Adalah menjadi prinsip undang-undang mantap bahawa berhubung dengan rayuan terhadap hukuman, Mahkamah yang mendengar rayuan tidak akan mengubah hukuman yang menjadi asas rayuan semata-mata kerana ahli-ahli Mahkamah itu telah menjatuhkan hukuman yang berbeza. Hakim perbicaraan telah melihat tertuduh dan mendengar sejarah dan perwatakannya. Hanya apabila hukuman yang dijatuhkan didapati tersilap dari segi prinsip, maka barulah Mahkamah Rayuan patut mengubahnya. Jika hukuman adalah keterlaluan atau tidak memadai dan Mahkamah Rayuan berpuas hati bahawa telah wujud kegagalan untuk mengaplikasikan prinsip yang betul, maka barulah Mahkamah Rayuan akan campur tangan (lihat kes-kes R v. Ball [1951] 35 Cr. App. R 164 dan PP v. Loo Choon Fatt , )

[6] Dalam satu kes Mahkamah Rayuan, Adam Atan v. PP , , Gopal Sri Ram HMR berkata di muka surat 36:

"[6] In an appeal against sentence, the initial function of this court is one of review only. The fact that each of us sitting separately or together would have imposed a lesser se

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top