1996 MarsdenLR 1291
HIGH COURT (MELAKA)
AUGUSTINE PAUL JC
SAADIAN BTE KARIM
versus
ONG TING CHAI
CIVIL SUIT APPEAL 11-7-1996
Decided On : 08-14-96
Belvinder Kaur (Chua Brothers, Azzat & Azzat) for the appellant.
KP Ng (KP Ng & Amardas) for the respondent.
Saadian bte Karim ('the plaintiff') commenced proceedings against Ong Ting Chai ('the defendant'), Ong Ah Kai, Wee Chee Eng and Haroon bin Baba at the Magistrate's Court at Alor Gajah, Melaka vide CS No 72–51–1994 for, inter alia, vacant possession of certain premises as enumerated below. The material parts of the plaintiff's statement of claim read as follows:
(7) Plaintif telah menyewakan premis-premis tersebut kepada defendan-defendan secara sewaan bulanan dengan bayaran sewaan bulanan sebanyak RM50 sebulan setiap premis mulai 1 Januari 1993. Premis-premis tersebut telah disewakan seperti berikut:
No Premis Defendan
2279 Pertama
2280 Kedua
2208 Ketiga
2283 Keempat
(8) Melalui empat surat bertarikh 16 Jun 1993, plaintif melalui peguamnya telah memaklumkan defendan-defendan bahawa penyewaan defendan-defendan di premis-premis tersebut telah ditamatkan dan defendan-defendan dikehendaki menyerahkan pemilikan kosong premis-premis tersebut kepada plaintif tersebut pada atau sebelum 15 Julai 1993 ('tarikh tersebut').
(9) Apabila defendan-defendan telah gagal menyerahkan pemilikan kosong premis-premis tersebut pada tarikh tersebut, plaintif telah sekali lagi memaklumkan defendan-defendan mengenai penamatan penyewaan mereka melalui empat notis berasingan setiap satu bertarikh 18 Oktober 1993 dan diminta untuk mengosongkan dan menyerahkan semula pemilikan kosong premis-premis tersebut kepada plaintif pada atau sebelum tarikh 17 November 1993.
(10) Defendan-defendan hingga ke hari ini enggan, gagal dan/atau cuai untuk menyerahkan kembali premis-premis tersebut dan masih menghuni di premis-premis tersebut hingga kini secara salah dan dikira sebagai penceroboh.
(11) Oleh yang demikian plaintif menuntut terhadap defendan pertama seperti berikut:
(a) penyerahan pemilikan kosong premis No 2279, Batu 29 1/2 Pekan Brisu, 78100 Lubok China, Melaka kepada plaintif dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh perintah ini.
The material parts of the defence of the defendant as contained in his statement of defence are as follows:
(3) Defendan pertama menafikan bahawa plaintif merupakan pemilik premis yang bernombor 2279 Batu 29 1/2 Pekan Brisu, 78100 Lubok China, Melaka ('premis tersebut').
(4) Defendan pertama mengatakan bahawa beliau adalah pemilik sah premis tersebut di mana beliau telah membeli premis tersebut lebih kurang pada tahun 1935 daripada pemilik terdahulu premis tersebut. Beliau telah menduduki premis tersebut sejak itu dengan membayar sewa tahunan sebanyak RM20 sebagai sewa tanah kepada plaintif.
(5) Hanya pada lebih kurang 1987–1988 pihak plaintif telah menuntut pembayaran sewa tanah sebanyak RM20 untuk setiap bulan. Pihak defendan pertama telah membuat pembayaran sedemikian sehinggalah 1 Januari 1993. Pihak plaintif telah enggan menerima sewa bulanan bagi bulan Februari 1993 walaupun pihak defendan pertama telah cuba membuat pembayaran tersebut.
(6) Oleh yang demikian, pihak defendan pertama menafikan keseluruhan kandungan perenggan 7 pernyataan tuntutan pihak plaintif dan meletakkan beban di atas plaintif untuk membuktikan kandungan perenggan tersebut.
(7) Daripada 1935 sehinggalah sekarang, pihak defendan pertama telah membuat kerja-kerja pembaikan dan juga membelanjakan wang untuk memperbaiki keadaan premis dari semasa ke semasa. Kerja-kerja ini telah dilakukan tanpa sebarang bantahan dan atau gangguan oleh pihak plaintif sebagai tuan tanah yang mengetahui keadaan tersebut.
(8) Oleh yang demikian, pihak defendan pertama mengatakan bahawa telah timbul satu ekuiti bagi pihak defendan pertama yang perlu dipuaskan oleh pihak plaintif sebelum pihak plaintif berhak mendapatkan milikan kosong tanah dan premis tersebut.
(9) Selanjutnya dan secara alternatif, sekiranya mahkamah mendapati bahawa premis tersebut adalah kepunyaan plaintif yang telah menyewakan premis tersebut kepada defendan pertama (yang dinafikan), pihak defendan pertama mengatakan bahawa mahkamah mulia ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan ti