SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img




JUDGMENT

Hashlm Yeop A Sani HB (Malaya)

Perayu telah dituduh di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, iaitu pada 29 Ogos 1983 lebih kurang jam 5.45 petang di Jalan Dato Tahwil Azar, Ipoh, Daerah Kinta, Perak bagi pihak dirinya sendiri mengedar dadah berbahaya iaitu ganja berat 536g. Perayu telah mula dibicarakan pada 25 April 1989 dan pada 23 Jun 1989 telah didapati bersalah, disabit dan dijatuhkan hukuman gantung. Setelah mendengar hujah-hujah kedua-dua belah pihak dalam rayuan ini, mahkamah ini telah melepaskan perayu daft tuduhan tersebut dan sekarang memberikan alasan-alasan keputusan itu.

Pada hari seperti yang disebut dalam tuduhan suatu pasukan polls yang diketuai oleh Insp Sakri (SP4) telah menjalankan suatu serang hendap di Jalan Dato' Tahwil Azar, Ipoh. Mereka telah nampak perayu di dalam kereta No AW 1315 datang masuk ke suatu petak letak kereta berhampiran dengan Restoran Rahman. Kereta tersebut adalah mengikut maklumat yang diberi kepada polis dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah.

Polls pun menyerbu kepada kereta tersebut dan telah mengheret pemandu kereta itu iaitu perayu keluar lalu memeriksa badannya tetapi tidak menjumpai apaapa. Setelah memeriksa badan perayu, Insp Sakri pun memeriksa ke dalam kereta itu. Setelah mencari selama dua mink didapati di bawah tempat duduk pemandu sebuah bungkusan yang dibalut dengan surat khabar lama. Di dalam bungkusan itu didapati satu beg plastik yang mengandungi sepuluh bungkusan kecil, sembilan tiap-tiap daripadanya mengandungi 100 roll disyaki ganja dan satu bungkusan kecil mengandungi 101 roll yang disyaki ganja. Ini bermakna di dalam beg plastik itu didapati 1,001 roll barang tersebut. Semua bungkusan itu telah dibuka di hadapan perayu.

Pada masa penangkapan tersebut keadaan adalah kelam kabut. Mengikut keterangan Insp Sakri: 'The situation was chaotic when I arrested him.' Lihat keterangannya pada ms 16 dalam rekod rayuan.

Dalam soal balas Insp Sakri, beliau berkata ia ada nampak seorang lain yang tergesa-gesa lari dari tempat tersebut dan menyeberang jalan besar berhampiran. Insp Sakri juga berkata ada kemungkinan orang itu keluar dari kereta tersebut. 'I saw a man hurriedly crossing the road. It is possible that this man was the same man who came out from the car.' Lihat ms 20 rekod rayuan.

Kons Ganesan (SP5) yang bersama menjalankan penangkapan itu berkata ia tidak nampak orang keluar daripada kereta tersebut. Walau bagaimanapun beliau berkata jika ada orang keluar dari kereta itu ia mungkin tidak tabu kerana pandangannya tertumpu kepada perayu. Lihat ms 25 rekod rayuan.

Pegawai kimia (SP1) telah mengesahkan bahawa kesemua barang yang diterimanya dari polis dalam kes ini adalah ganja.

Dalam pembelaannya perayu telah mengakui bahawa kereta tersebut adalah kepunyaannya walaupun ia tidak memegang lesen memandu. Beliau bekerja sebagai buruh awam di Syarikat Tasek Cement. Selain dari menjadi buruh ia juga mengendali sebuah kedai runcit. Keretanya sering digunakan oleh abangnya dan kawan-kawannya.

Pada haft tesebut, iaitu 29 Ogos 1983, abangnya telah meminjam kereta itu lebih kurang pukul 8 pagi dan memulangkannya pada jam 10 pagi. Tengah hari lebih kurang jam 12.30 petang kawannya bernama Irman datang ke kedainya dan setelah dipanggil oleh isterinya ia telah meninjamkan keretanya kepada Irman. Kereta itu dikembalikan kepadanya pada jam 4 petang. Pada masa itu katanya ia sedang tidur dan setelah dipanggil oleh isterinya ia pun bangun dan Irman telah meminta dihantar balik dengan kereta oleh sebab tidak ada teksi atau bas di tempat itu. Perayu pun bersetuju menghantar Irman balik dan dalam masa perjalanan mereka telah berhenti berhampiran dengan Restoran Rahman untuk minum. Pada masa ia di dalam petak letak kereta ia pun ditangkap oleh polis. Irman serta merta lari daft kereta. Sekianlah cerita pembelaan perayu.

Ada beberapa isu dasar yang telah dibangkitkan oleh peguam bagi pihak perayu dalam rayuan ini. Tiga isu yang dibangkitkan wajar dipertimbangkan. Yang per

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top