SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img




ALASAN

PENGHAKIMAN

Hj. Wan Mohamed Bin Wan Mustapha J:

Plaintif melalui Saman Pemula memohon perintah perisytiharan (declaration) bahawa plaintif adalah pemegang saham beneficial dalam syarikat defendan (Yew Sin Motor Sdn. Bhd); atau bahawa syarikat defendan adalah pemegang amanah ke atas saham plaintif dalam syarikat defendan dan lain-lain perintah terbitan daripada peristiharan yang dipohonkan.

Fakta-fakta kes yang dikemukakan oleh plaintif adalah seperti berikut:

Dalam bulan Oktober 1980, 12 orang bangsa Cina (tidak termasuk plaintif) telah membuat perkongsian perniagaan alat-alat ganti enjin disel. Perkongsian (firma) itu diberi nama "Yew Sin Motor Supply Company" dengan modal sebanyak RM26,300.

Plaintif mengatakan beliau telah membayar kepada salah seorang daripada ahli kongsi itu yang bernama Lai Fong wang sebanyak RM3,000. untuk dijadikan sebahagian daripada modal firma tersebut. Pembayarannya kepada Lai Fong dibuktikan dengan 3 keping resit. Lai Fong telah mengeluarkan satu dokumen yang plaintif sifatkan sebagai "sijil saham". Berdasarkan di atas "sijil saham" ini plaintif mengatakan yang ianya adalah ahli perkongsian dalam firma yang tersebut (Yew Sin Motor Supply Company). "Sijil saham" tersebut telah dieksibitkan sebagai 'Lampiran C' yang dikembarkan kepada affidavit plaintif di kdgn.(2).

Eksibit ini adalah dalam tulisan Cina dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan adalah seperti di bawah ini:

"Certificate of Share"

It is learnt that in commercial rivalry the superior will be the victor. Production of business will be strengthened by partnership. Profits made thereof will be benefited to all people.

They should co-operate with sincerity.

At present, Yew Sin Company intends to form a partnership business in diesel engine parts, with a joint capital of RM26,300.

Now Mr. Chen Kow (under the name of Lai Fong) admits a share of RM3,000.

Hereafter any profit or loan of the business shall be reckoned according to shares. Hardship or happiness shall be shared by all.

There shall be no dispute.

This certificate is specially executed to be kept by Mr. Chen Kow as proof.

Dated this 25 November 1960.

Executed by: (sgd.) Lai Fong

Adalah diperhatikan bahawa "sijil saham" yang asal adalah di dalam bentuk 'printed standard form' yang dapat dibeli di kebanyakan kedai buku atau kedai alatulis. Borang yang standard ini diisi dengan tulisan tangan di tempat kosong yang berkenaan.

Dokumen ini menjadi asas penting dalam kes ini untuk menentukan samada ianya merupakan dokumen firma Yew Sin Motor Supply Company ataupun sebagai pengakuan oleh Lai Fong yang beliau memegang saham firma itu sebanyak RM3,000 bagi pihak plaintif. Mahkamah bersetuju dengan Peguam pihak plaintif bahawa dokumen ini boleh diterima sebagai keterangan bertulis yang dibuat dan ditandatangani oleh Lai Fong; tetapi adalah menjadi persoalan yang penting samada Lai Fong menandatangani "sijil saham" itu bagi pihak firma (Yew Sin Motor Supply Company) atau atas peribadinya di antaranya (Lai Fong) dengan plaintif sahaja.

Peguam pihak plaintif menghujahkan bahawa oleh kerana Lai Fong adalah seorang ahli kongsi dalam firma Yew Sin Motor Supply Company, maka dengan sendirinya mengikati firma itu - rujukan dibuat kepada perenggan 60 dalam Halsbury's Law of England, 4th Edn., Vol. 4 yang berbunyi:

Acts done and documents executed in the firm name. An act or instrument relating to the business of the firm done or executed in the firm name, or in any other manner showing an intention to bind the firm, by any person thereto authorised, whether a partner or not, is binding on the firm and all the partners. A deed executed by one partner for himself and his partner in the presence of the latter binds both.

Hujah peguam pihak plaintif tidak dapat diterima oleh Mahkamah atas sebab-sebab seperti berikut:

(1) Dokumen yang plaintif eksibitkan sebagai "sijil saham" bukannya sijil saham dalam ertikata yang sebenar (is not a share certificate in the ordinary se

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top