SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img




Sheikh Ghazali

Dalam kes ini pemohon-pemohon telah membuat tuntutan dan memohon:

(a) Satu perisytiharan dibuat oleh mahkamah bahawa saham-saham sebanyak 11,095,666 unit yang didaftar atas nama penentang dalam Arensi Holdings (M) Bhd pada masa kematian Allahyarham Raja Nong Chik bin Raja Ishak dipegang oleh penentang bagi pihak bapanya dan adalah menjadi harta pusaka peninggalan Allahyarham Raja Nong Chik bin Raja Ishak.

(b) Satu perisytiharan dibuat oleh mahkamah bahawa segala saham, dividen, saham bonus, dan/atau isu terbitan atau apa-apa bahagian darinya dalam Arensi Holdings (M) Bhd, yang diterima oleh penentang daripada Arensi Holdings (M) Bhd sejak kematian Allahyarham Raja Nong Chik bin Raja Ishak, dipegang oleh penentang bagi pihak bapanya dan adalah menjadi harta pusaka peninggalan Allahyarham Raja Nong Chik bin Raja Ishak.

(c) Satu perisytiharan dibuat oleh mahkamah bahawa kesemua waris Allahyarham, iaitu keluarga balu kedua (pemohon pertama) dan keluarga balu pertama Rajmah bte Raja Chik) yang berjumlah 12 orang berhak menerima bahagian masing-masing mengikut hukum faraid daripada saham-saham sebanyak 11,095,666 unit Arensi Holdings (M) Bhd yang didaftar atas nama penentang, dan daripada segala saham dividen, saham bonus dan atau isu terbitan atau apa-apa bahagian darinya, dalam Arensi Holdings (M) Bhd, yang diterima oleh penentang sejak kematian Allahyarham Raja Nong Chik bin Raja Ishak.

Fakta-fakta yang berkaitan dalam kes ini adalah seperti berikut. Allahyarham Raja Nong Chik bin Raja Ishak telah meninggal dunia pada 10 Februari 1994 dan di waktu kematiannya, Allahyarham meninggalkan seramai 12 orang waris iaitu dua orang balu dan sepuluh orang anak hasil dari dua-dua perkahwinan. Ini termasuk perayu pertama (balu kedua), perayu kedua (anak hasil pernikahan yang kedua) dan penentang (hasil pernikahan yang pertama). Semasa hayatnya, Allahyarham adalah seorang ahli perniagaan yang sangat aktif dan berjaya. Allahyarham memiliki beberapa buah syarikat dan berkecimpung di dalam berbagai jenis perusahaan. Perniagaan Allahyarham yang paling besar ialah Arensi Holdings (M) Bhd, sebuah syarikat perkilangan membuat paip plastik dan bahan bangunan plastik. Saham-saham Arensi Holdings (M) Bhd telah kemudiannya disenaraikan di Papan Kedua, Bursa Saham Kuala Lumpur. Sewaktu kematiannya, saham Arensi Holdings (M) Bhd yang didaftar atas nama Allahyarham adalah sebanyak 1,464,647 unit atau 7.67% dari kesemua saham, manakala saham-saham yang didaftar atas nama penentang adalah sebanyak 11,095,666 unit atau 58.12% dari kesemua saham Arensi Holdings (M) Bhd. Selepas kematian Allahyarham, pemohon-pemohon bagi pihak diri mereka dan ahli keluarga yang lain telah meminta penentang membahagikan saham-saham Arensi Holdings (M) Sdn Bhd yang didaftarkan di bawah nama penentang mengikut hukum faraid memandangkan saham-saham tersebut dikatakan sebenarnya adalah harta peninggalan Allahyarham tetapi penentang enggan berbuat demikian. Penentang telah menafikan tuntutan pemohon-pemohon itu dan memohon perintah-perintah perisytiharan yang dituntut oleh pemohon-pemohon ditolak.

Pada 17 Disember 1996, penolong kanan pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur telah membuat perintah atas persetujuan semua ahli waris Allahyarham Raja Nong Chik bahawa Amanah Raya Bhd dilantik sebagai pentadbir harta pusaka Raja Nong Chik secara terhad selama empat bulan dari tarikh perintah itu untuk mentadbir aset-aset dalam senarai A dalam petisyen yang tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak dan tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak untuk mencabar dan mempertikaikan aset-aset dalam senarai A dalam petisyen dan tanpa prejudis kepada mana-mana pihak untuk mencabar, mempertikaikan, menambah dan/atau meminda senarai benefisiari-benefisiari seperti mana yang terkandung dalam petisyen.

Apabila kes dibawa di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah, satu nota permohonan telah dibuat oleh plaintif-plaintif dalam kes itu untuk membicarakan isu awalan sebelum perbicaraan sepenu

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top