SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img




Augustine Paul PK

Dalam kes ini, pertuduhan asal yang dihadapi oleh tertuduh ialah satu di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 ('Akta tersebut'). Apabila kes dipanggil untuk perbicaraan pada 2 Mac 1998 pihak pendakwa mengemukakan pertuduhan pindaan yang mengandungi satu pertuduhan pilihan di bawah s 39A(2) Akta tersebut seperti berikut:

Pertuduhan utama

Bahawa kamu pada 19 Julai 1997 jam lebih kurang 1.30 petang, di Stesen Bas Ekspres, Jalan Kilang, di dalam Daerah Melaka Tengah, di dalam Negeri Melaka, telah bagi pihak diri kamu sendiri mengedar dadah berbahaya, iaitu 429.7 gram cannabis dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah s 39B(2) Akta yang sama.

Pertuduhan pilihan

Bahawa kamu pada 19 Julai 1997 jam lebih kurang 1.30 petang, di Stesen Bas Ekspres, Jalan Kilang, di dalam Daerah Melaka Tengah telah memiliki dadah berbahaya, iaitu 429.7 gram cannabis dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah s 6 Akta Dadah Berbahaya yang boleh dihukum di bawah s 39A(2) Akta yang sama.

Pertuduhan-pertuduhan tersebut telah dibaca dan diterangkan kepada tertuduh. Hukuman maksima yang boleh dikenakan ke atas setiap pertuduhan telah diterangkan dengan jelas kepada tertuduh. Beliau mengaku salah kepada pertuduhan pilihan. Saya telah berpuas hati bahawa tertuduh faham akan akibat dan kesan pengakuannya. Timbalan pendakwa raya yang bijaksana kemudian mengemukakan pernyataan fakta kes. Ia berbunyi seperti berikut:

Fakta kes

Pada 19 Julai 1997 jam lebih kurang pukul 1.30 petang, satu pasukan polis yang diketuai oleh Inspektor Mohd Malkan bin Moh (1/13169) telah pergi ke Stesen Bas Ekspres, Jalan Kilang, Melaka. Sesampai di sana, Inspektor Mohd Malkan telah nampak seorang lelaki Melayu sedang berjalan kaki sambil membawa beg sandang berwarna kuning di bahu sebelah kanannya bersama-sama dengan seorang perempuan Melayu. Lelaki tersebut kemudiannya telah dikenali sebagai Mohd Tajuddin Bin Ismail (KP No 680816-02-5625) iaitu tertuduh dalam kes ini. Ketika itu Inspektor Mohd Malkan telah mengenalkan dirinya sebagai pegawai polis kepada tertuduh dan memeriksa kandungan beg yang disandang oleh tertuduh. Dalam beg tersebut telah dijumpai barang-barang seperti berikut:

(a) 20 puluh helai kain batik.

(b) Satu kamera Canon.

(c) Satu beg pinggang hitam yang mana di dalamnya terkandung:

(i) satu buku akaun Bank Simpanan Nasional.

(ii) satu buku simpanan Bank Bumiputra Malaysia Bhd.

(iii) satu buku simpanan Public Bank.

(iv) sehelai slip nombor pin akaun GIRO.

(v) sebuah paspot terhad Malaysia.

(vi) sebuah paspot antarabangsa Malaysia.

(vii) akaun penyata gaji.

Kesemua dokumen-dokumen di atas adalah di bawah nama tertuduh.

(d) Beg hitam Mustika Ratu.

(e) Beg plastik merah.

(f) Serpihan surat khabar.

(g) Peket plastik bungkus mengandungi 'cannabis'.

Semasa pemeriksaan dibuat tertuduh telah mengaku bahawa kandungan peket plastik yang dijumpai dalam beg yang disandangkan adalah cannabis. Ini adalah setelah amaran diberi kepadanya di bawah s 37A Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tertuduh kemudiannya telah ditangkap dan dibawa ke pejabat narkotik IPK Melaka.

Barang kes cannabis tersebut telah dijumpai telah dihantar ke Jabatan Kimia Petaling Jaya untuk dianalisa dan telah disahkan adalah cannabis seperti definisi di bawah s 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan berat bersih 429.7 gram.

Fakta-fakta kes tersebut telah dibacakan dan diterangkan kepada tertuduh yang memahami maksudnya serta mengakunya tanpa syarat. Saya kemudian menerima pengakuan salah beliau.

Timbalan pendakwa raya yang bijaksana berkata bahawa tertuduh tiada rekod sabitan kesalahan dahulu. Dalam rayuan untuk meringankan hukuman, peguambela tertuduh berkata tertuduh berumur 30 tahun dan belum berkahwin. Semasa beliau berumur 14 tahun bapanya meninggal dunia dan akibat itu telah kehilangan kasih sayang dan bimbingan seorang bapa. Beliau kemungkinan telah terlibat dengan persahabatan yang jahat. Peguambela yang

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top