SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img




PENGHAKIMAN

Pada 10hb. April 1997 Pemohon telah memfailkan permohonan secara ex parte untuk kebenaran memohon perintah certiorari bagi mengenepikan atau membatalkan awad Responden Kedua No. 88 Tahun 1997 bertarikh 27hb. Februari 1997. Setelah mendengar permohonan ex parte Pemohon ini, Mahkamah ini pada 27hb. Ogos 1997 telah memberi kebenaran kepada Pemohon untuk memohon perintah certiorari yang dipohon itu. Berikutan perintah tersebut, pada 29hb. Ogos 1997 Pemohon telah memohon suatu perintah certiorari untuk mengenepikan atau membatalkan awad yang berkenaan. Pada hari pendengaran permohonan substantif ini, kedua-dua pihak telah bersetuju mengemukakan hujah bertulis. Responden memaklumkan kepada Mahkamah bahawa ia ingin membangkitkan bantahan awal terhadap [2] permohonan Pemohon ini. Dengan yang demikian Mahkamah memutuskan supaya pihak-pihak mengemukakan hujah bertulis mereka terhadap bantahan awal Responden ini dahulu sebelum perbicaraan permohonan substantif didengar. Kini Responden lelahpun mengemukakan hujah bertulisnya. Tetapi malangnya setelah penjadual semula diberi tentang tarikh mengemukakan hujah bertulisnya, Pemohon telah engkar hingga kihi untuk mengemukakannya yang menyebabkan Responden tidak dapat menjawab hujah Pemohon tersebut. Maka penghakiman ini adalah berasas kepada pengkajian hujah bertulis Responden sahaja ke atas bantahan awalnya.

Bantahan awal Responden itu ialah bahawa Pemohon semasa memohon kebenaran secara ex parte untuk kebenaran memohon perintah certiorari dahulu itu telah gagal mendedahkan kepada Mahkamah semua dokumen yang material. Berasaskan otoriti kes-kes yang dinyatakan, keputusan Mahkamah ini memberi kebenaran kepada Pemohon itu perlu dibatalkan di bawah kuasa semulajadi Mahkamah kerana Pemohon telah datang ke Mahkamah dengan tangan yang tidak bersih. Tentang prinsip yang dinyatakan di dalam kes-kes yang dinyatakan itu saya amat setuju. Tetapi persoalannya sekarang bolehkah saya meiayankan bantahan awal Responden ini dengan mengkaji meritnya?

[3]

Adalah menjadi perinsip undang-undang yang jelas bahawa, jika ada prosedur yang khusus yang telah ditetapkan untuk membawa sesuatu perkara di hadapan Mahkamah, prosedur tersebut perlu dipatuhi. Hasrat Responden di sini ialah untuk membatalkan kebenaran yang telah diberi oleh Mahkamah ini pada 27hb. Ogos 1997 bersabit dengan permohonan ex parte Pemohon. Aturan 53 kaedah 7 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (selepas ini disebut sebagai "KMT 1980") secara tersurat menyatakan bahawa suatu rayuan boleh dibuat terhadap suatu perintah yang dibuat oleh seorang Hakim dalam Karnar di bawah Aturan ini sepertimana ia boleh dibuat dalam hal suatu perintah interlokutori. Tetapi di daiam hal Responden ini ia telah tidak memfailkan apa-apa rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini membenarkan permohonan ex parte Pemohon yang telah dibuatnya mengikut kehendak peruntukan Aturan 53 kaedah 1(2) KMT 1980. Sebaliknya bantahan Responden ini dibuat secara prosedur bantahan awal. Pada pandangan saya prosedur ini adalah tidak teratur dan tidak perlu dilayan. Prosedur bantahan awal adalah dimaksudkan untuk bantahan di atas isu undang-undang dan perkara yang dibangkitkan sebagai bantahan tersebut menyentuh akar umbi prosiding berkenaan. Tetapi di dalam hal ini pada lazimnya boleh dipertimbangkan tetapi dengan terdapatnya peruntukan nyata yang tersebut tadi itu, bagi membatalkan kebenaran yang telah diberi kepada Pemohon itu ianya perlulah dilakukan mnelalui proses rayuan terhadap keputusan tersebut. Tambahan pula, jika pun peruntukan khusus seperti [4] kaedah 7 tidak diperuntukkan, peruntukan am perlu dipatuhi. Seperti yang termaklum, permohonan untuk kebenaran yang dipohon oleh Pemohon tersebut adalah dibuat tanpa kehadiran Responden kerana ianya dibuat secara ex parte. Selepas memperolehi kebenaran tersebut baharulah kertas-kertas prosiding diserahkan kepada Responden. Sejak masa ianya diserah Responden akan termaklum akan perkara tersebut yang menyentuh haknya. la perlulah d

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top