SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img




ALASAN PENGHAKIMAN.

Gan Puay Chee @ Gan Chuan Lian (simati) dilahirkan di Negeri China dalam tahun 1915. Ia berasal dari suatu daerah Hokkien, Eng Choon di Negeri China. Semasa berusia 9 tahun ia datang ke Malaysia dan tidak pernah balik ke negara itu. Semasa hayatnya ia tinggal di Jalan Tun Tan Cheng Lock, Melaka, mula-mula di No. 130 dan kemudian di rumah No. 82 jalan yang sama (No 82).

Hasil dari perkahwinannya ia mempunyai 5 orang anak iaitu 3 orang anak perempuan (Plaintif-Plaintif dalam kes ini dan seorang lagi yang diberikan sebagai anak angkat), dan 2 orang anak lelaki (Defendan kedua dan ketiga) dan seorang anak angkat sah (Defendan keempat).

Di Melaka ia amat berjaya di dalam perniagaan getah, membekal keperluan ladang-ladang seperti baja dan ia juga mempunyai ladang-ladang getah dan kelapa sawit, memiliki hartanah dan membeli saham-saham yang didaftar di Malaysia, Singapura dan England. Selain dari ini, ia juga memiliki atau menjadi pemegang saham utama di dalam beberapa buah syarikat. Pada akhir hayatnya simati meninggalkan harta alih dan tak alih bernilai berjuta Ringgit Malaysia (tetapi jumlah sebenar dipertikaikan).

Semenjak tahun 1977, simati menghidapi penyakit-penyakit berikut:

1977 - Kencing manis (diabetes) dan 'hypertension'.

1992 - Mendapat angin ahmar (stroke) yang melibatkan "brain stem".

1993 - Jatuh di luar rumahnya mengakibatkan tulang pinggang kanannya patah (fracture of his right hip). Ia dipasang pin dan plate di pinggang.

Lepas ini ia terpaksa menggunakan kerusi roda.

11.2.97 - Doktor mendapati barah di kerongkong simati [cancer of the aesophagus (gullet)]. Tumor ini dikatakan "succulent and fleshy".

6.3.97 - "Wire mesh stendt" telah dipasang di hospital di Singapura untuk memudahkan ia menelan.

11.3.97 - Gastroscopy telah dijalankan ke atas simati.

14.3.97 - Satu lagi gastroscopy diadakan ke atasnya.

1.4.97 - Doktor memasang Rylestube untuk membantu ia makan.

(Gastroscopy dan memasang tube bermakna"wire mesh stendt" yang dipasang tidak mencapai tujuannya).

7.4.97 - Menghidapi "high fever with rigours". Ia dikatakan "weak, frail and anaemic".

(Frail means he ia pale, weak looking, tired and having loss of weight).

8.4.97 - Dimasukkan ke Hospital Ayer Keroh Specialist Centre.

11.4.97 - Keluar dari hospital Ayer Keroh.

25.4.97 - Dimasukkan ke hospital yang sama.

1.5.97 - Meninggal dunia di hospital.

Doktor simati ialah Dr. Goh Tiong Peng (DW1). Rumusannya semasa memberi keterangan di Mahkamah bagi pihak Defendan ialah:

"Right up to the time of his death he was able to maintain his mental function and his clarity of thought. He maintained this to the day of his death."

Dan sewaktu berjumpa beberapa kali dengan simati di rumah simati, DW1 memberi keterangan bahawa:

"........ he was mentally alert, oriented, lucid in thought."

Selanjutnya DW1 berkata:-

"I did not at any time before his death fail to have a meaningful conversation with the deceased. During the month of April 1997 he did not give any irrational answers to my questions."

Semasa pemeriksaan balas DW1 berkata:

" mentally alert' refer to his condition after the hip fracture."

DW1 juga mengatakan:-

"....... After he was discharged on the 11th, I used to drop in to see him as he was also my friend. It happened once between the 11th and the 25th. ........ His condition deteriorated after his return from Singapore. The deterioration was rapid. Blood loss added to his deterioration. The tumour was bleeding. It was a case of chronic blood loss. In a rotate of 2 weeks, 12 pints of blood was transfused. ........ At that time there were three factors bearing on his health i.e. blood loss, inadequate food and nutrition and continuous growth of the tumour.

When a person ia weak, frail and anaemic like the deceased there maybe times when he cannot make a rational judgement. When a patient ia suffering from diabetes, advance cancer and loss of blood, it ia possible that such a patient can suffer from impairment of rational thinking. Such a patient can a

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top