PENGHAKIMAN
Abdul Hamid Said H:
Plaintif, seorang peguambela dan peguamcara dan juga seorang Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, pada masa berkenaan, telah ditangkap di Balai Polis, Jalan Bandar, Kuala Lumpur pada 27 Oktober 1987. Ia didakwa mengikut peruntukan-peruntukan di bawah s. 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (AKDN). Ia kemudiannya dibawa ke Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur sebelum dibawa ke Pusat Tahanan Polis, Kuala Lumpur.
Pada 19 Disember 1987 plaintif telah diserahkan perintah di bawah s. 8(1) AKDN bertarikh 18 Disember 1987. Dan pada 21 Disember 1987 plaintif dibawa ke Tempat Tahanan Perlindungan Taiping, Perak dan ditahan hingga 23 Disember 1987. Oleh kerana kesihatan plaintif terganggu ia telah dimasukkan ke Hospital Daerah Taiping, Perak.
Pada 8 Mac 1988 Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak, membenarkan permohonan habeas corpusplaintif dan ia telah dibebaskan. Semasa plaintif dalam perjalanan dari Ipoh ke Pulau Pinang, plaintif telah ditahan sekali lagi di satu sekatan jalan di Nibong Tebal. Ia ditahan di Ibu Pejabat Pulau Pinang dan pada keesokan harinya ia dibawa ke Kuala Lumpur. Perintah tahanan kedua mengikut s. 8(1) AKDN bertarikh 16 April 1988 telah diserahkan kepada plaintif pada 16 April 1988. Ia kemudiannya ditahan sekali lagi di Tempat Tahanan Perlindungan, Taiping.
Rayuan defendan-defendan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh, telah didengar Mahkamah Agung, pada masa itu, membenarkan rayuan defendan-defendan. Defendan pertama kemudiannya membatalkan perintah tahanan kedua, 16 April 1988, terhadap plaintif pada 26 Julai 1988 dan tahanan plaintif seterusnya adalah di bawah perintah tahanan pertama bertarikh 18 Disember 1987.
Pada 26 Januari 1989 plaintif telah dibebaskan dari Tempat Tahanan Perlindungan, Taiping dengan sekatan-sekatan dan syarat-syarat yang dikenakan ke atas plaintif berdasarkan penggantungan perintah tahanan bertarikh 18 Disember 1987 mengikut perintah bertarikh 26 Januari 1989 di bawah s. 10(1) AKDN.
Pengataan plaintif ialah mengikut perintah 19 April 1989 yang menurut peruntukan s. 81(3) AKDN, defendan pertama membatalkan perintah tahanan bertarikh 18 Disember 1987 yang juga bermakna pembatalan segala sekatan-sekatan dan syarat-syarat yang dikenakan ke atasnya. Plaintif telah kemukakan representasi terhadap perintah tahanan bertarikh 18 Disember 1987 kepada Lembaga Penasihat pada 31 Disember 1987 mengikut k. 3, Kaedah-Kaedah Keselamatan Dalam Negeri (Prosedur Lembaga Penasihat) 1972. Dan representasi-representasi ini telah ditetapkan pendengaran pada 15 Mac 1988. Mengikut Fasal 151(1)(b) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi:
(b) no citizen shall be detained under the law or ordinance for a period exceeding three months unless an advisory board constituted as mentioned in Clause (2) has considered any representation made by him under paragraph (a) and made recommendations thereon to the Yang di-Pertuan Agong within three months of receiving such representations or within such longer period as the Yang di-Pertuan Agong may allow.
Di dalam kes Re Tan Boon Liat @ Allen & Anor[1977] 2 MLJ 108, (kes Tan Boon Liat), YAA Suffian, Hakim Besar Malaya, pada masa itu memutuskan di ms 108:
In my view, it is clear that Article 151(1)(b) envisages two kinds of detention:
(i) detention for a period not exceeding three months; and
(ii) detention for a period exceeding three months.
Keputusan kes (Kes Tan Boon Liat) membawa kepada pindaan Perlembagaan Malaysia kepada Fasal 151(1)(b) dengan menambah "or within such longer period as the Yang di-Pertuan Agong may allow." Fasal 151(1)(b) seperti dipetik di atas telah ditafsir Mahkamah Agong, pada masa itu, dalam kes Rajoo s/o Ramasamy v. Inspector General of Police & Ors[1990] 1 CLJ 888 di mana YAA Hashim Yeop A. Sani, Hakim Besar Malaya, arwah, memutuskan di ms 890 ([1990] 1 CLJ (Rep) 256 ms 259):
Article 151(1)(b) of the Constitution in its original version carried no power to extend the period beyond the three months period.
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.