PENGHAKIMAN
Yaacob Ismail H:
Rayuan
Rayuan ini telah difailkan oleh pihak defendan kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (selepas ini dirujuk sebagai defendan-defendan) yang telah tidak berpuashati dengan keseluruhan keputusan mahkamah ini bertarikh 17 April 2003 yang telah memutuskan rayuan plaintiff terhadap keputusan penolong kanan pendaftar melalui notis rayuan kepada hakim dalam kamar bertarikh 14 Jun 2002 dibenarkan dengan kos.
Latar Belakang Rayuan Ini
Defendan-defendan melalui saman dalam kamar bertarikh 2 Mac 2001 (kandungan 33B) telah memohon perintah untuk membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan oleh plaintif di dalam tindakan ini atas alasan plaintiff gagal meneruskan tindakan menurut A. 25 k. 1(4) KKMT 1980 dan menurut bidang kuasa sedia ada mahkamah.
Defendan-defendan mendakwa bahawa sejak saman minta arahan bertarikh 30 Oktober 1993 diserahkan oleh peguamcara plaintiff kepada peguamcara defendan-defendan pada 15 November 1993, tiada sebarang tindakan lain yang telah diambil oleh peguamcara plaintif untuk meneruskan tindakan ini. Defendan-defendan menyatakan bahawa plaintif telah gagal untuk mengambil segala tindakan yang wajar untuk mendapat
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.