SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img




PENGHAKIMAN

Ahmad Fairuz KHN:

Pada 14 Jun 2004, mahkamah ini telah mendengar rayuan perayu di atas soalan berikut:

whether the Tribunal has jurisdiction to hear and adjudicate on cases where the sale and purchase agreement was entered into before 1 December 2002 and, if so to what extent.

Di akhir pendengaran rayuan, mahkamah ini telah menolak rayuan perayu dan berikut adalah alasan-alasan bagi keputusan tersebut.

Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (selepas ini disebut tribunal) telah ditubuhkan melalui Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan) 2002 (Akta Pindaan) yang berkuatkuasa pada 1 Disember 2002. Tujuan penubuhan ini adalah untuk membolehkan tribunal mendengar tuntutan oleh pembeli rumah terhadap pemaju perumahan. Sebelum Akta Pindaan ini berkuatkuasa, seseorang pembeli rumah boleh menuntut gantirugi terhadap pemaju perumahan melalui tindakan di Mahkamah Sivil.

Pada 27 Mac 2003, tribunal di dalam Tuntutan No. TTPR/B/0057/03 telah membuat penghakiman bahawa perayu dikehendaki membayar kepada Tan Geok Moi sebanyak RM13,926.74. Pada 5 Mei 2003 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memberi kebenaran kepada perayu untuk memulakan prosiding semakan kehakiman (judicial review) untuk suatu perintah certiorari bagi membatalkan penghakiman itu dan untuk suatu pengisytiharan bahawa tribunal tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan di mana perjanjian jualbeli dimasuki sebelum 1 Disember 2002. Pada 4 September 2003 Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa tribunal tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan-tuntutan itu dan memberikan perintah-perintah seperti yang dipohon. Jika Parlimen, mengikut mahkamah itu, berhasrat memberikan tribunal bidang kuasa kebelakangan untuk meliputi perjanjian jualbeli yang dimasuki sebelum berkuatkuasanya Akta Pindaan tersebut, maka Parlimen akan mengatakan sedemikian dengan perkataan-perkataan yang jelas sepertimana dinyatakan di dalam s. 32(2) Akta Pindaan yang berbunyi " Every agreement, assignment or charge lawfully entered into between a purchaser and his financier before the appointed date shall be subject to, and the parties thereto shall be entitled to the benefits of, the new s. 22C of the principal Act " . YA Hakim Mahkamah Tinggi selanjutnya menekankan bahawa di bawah s. 16AD hanya ketidakpatuhan kepada sesuatu award tribunal dan bukannya kemungkiran syarat perjanjian itu sendiri yang akan membawa kepada liabiliti jenayah. Sungguhpun demikian award tersebut adalah, mengikut YA, berlanjutan daripada kemungkiran perjanjian jualbeli. Oleh kerana kemungkiran-kemungkiran dalam permohonan-permohonan di hadapannya berlaku sebelum penubuhan tribunal, dan oleh kerana Parlimen tidak memperuntukkan dengan nyata bahawa pindaan-pindaan itu mempunyai kesan kebelakangan, maka YA berpendapat bahawa tribunal tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan-tuntutan yang terbit daripada perjanjian jualbeli yang dimasuki sebelum 1 Disember 2002.

Terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu, tribunal merayu kepada Mahkamah Rayuan. YA Richard Malanjum HMR di dalam penghakimannya berkata:

Applying the liberal and purposive approach to the statutory provisions that deal with the jurisdiction of the Tribunal we find that the argument advanced for the Respondents is premised on at least two assumptions. Firstly, that the date in a sale and purchase agreement is material in determining the jurisdiction of the Tribunal. Secondly, any award given for a breach of a sale and purchase agreement entered into prior to the appointed date, particularly where the breach was before that date, would tantamount to allowing criminal law to operate retrospectively since it is now punishable being an offence for any failure to comply with or satisfy such award. This argument of course relates to the legal principle that criminal law cannot be made to operate retrospectively unless specifically stipulated.

With respect, we find the first assumption to be without basis. There is nothing in the provisions estab

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top