JUDGMENT
Augustine Paul JCA:
The charge preferred against the accused in the High Court at Alor Setar reads as follows:
Bahawa kamu pada 7hb Mei 1997 pada kira-kira pukul 4.10 petang di Pejabat Unit Pengesan Dadah, Bukit Kayu Hitam, di Daerah Kubang Pasu, di dalam Negeri Kedah Darul Aman dengan seorang lain iaitu Greene Richard Charles (Si mati) dengan lanjutan bersama kamu semua telah mengedar dadah berbahaya iaitu 1713.9 gram heroin, satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dibaca dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
She claimed trial to the charge. The case for the prosecution as summarised by the learned High Court Judge in his grounds of judgment reads as follows:
Pada 7hb Mei 1997, PW4 (Suhaimi Abd Razak) pegawai kastam dari Unit Pengesan Dadah, bersama-sama dengan dua orang anggota lain (PW5 dan PW6) dan dua ekor anjing pengesan sedang menjalankan tugas di pejabat Kastam, Bukit Kayu Hitam.
Pada jam lebih kurang 3.30 petang semasa berada di bahagian kenderaan masuk PW4 ternampak sebuah teksi PV 4628 yang dipandu oleh PW3 berserta kedua-dua tertuduh masuk lorong pemeriksaan kastam. Selesai pemeriksaan dijalankan PW4 mengarahkan pemandu teksi tersebut (PW3) membawa kedua-dua tertuduh ke Unit Pengesan Dadah tidak jauh dari situ untuk pemeriksaan lanjut.
Di pejabat Kastam Unit Pengesan Dadah PW4, PW5 dan PW6 mengenalkan diri mereka masing-masing kepada kedua-dua tertuduh dan seterusnya menjalankan pemeriksaan lanjut.
Menurut PW4 ketika itu Tertuduh Pertama (Ayoromi Helen) membawa beg pakaian berwarna hitam, beg tangan hitam dan beg plastik kuning (P7, P9 dan P10) sementara Tertuduh Kedua (Richard Charles, si mati) membawa beg hitam (P8).
PW4 seterusnya mengarahkan PW5 dan PW6 memeriksa beg-beg pakaian kedua-dua tertuduh. Hasil dari pemeriksaan tersebut mereka hanya menjumpai pakaian-pakaian dan barang-barang sendiri sahaja.
Seterusnya PW4 mengarahkan PW6 memeriksa kasut yang dipakai oleh Tertuduh Pertama (Ayoromi Helen). Kasut tersebut (P2 B&E) berjenama 'Emozioni'berwarna putih, saiz sembilan. Dengan menggunakan 'probe needle'yang dicucuk di bahagian tapak kedua kasut, PW6 mendapati ada kesan serbuk putih di 'needle'tersebut. PW4 kemudian terus melapurkan kepada PW9 berkenaan penemuan serbuk putih tersebut.
Selepas dari itu PW4 dan PW9 kembali di pejabat UPD untuk melihat serbuk putih tersebut. Di situ PW9 membaca 'caution'kepada kedua-dua tertuduh dan mereka serta barang-barang masing-masing diiringi ke pejabat pencegah di mana secara resmi PW4 menyerahkan kedua-dua tertuduh serta barang-barang mereka kepada PW9.
Menurut PW5, beliau diarah memeriksa Tertuduh Kedua dan beg hitam kepunyaannya (P8). Hasil dari pemeriksaan tersebut PW5 tidak menemui apa-apa benda yang menyalahi undang-undang. Walau bagaimanapun PW5 sempat melihat pemeriksaan yang dilakukan oleh PW6 ke atas kasut Tertuduh dan beliau pasti bahawa terdapat kesan-kesan serbuk putih di 'probe needle'.
Selain dari menjalankan pemeriksaan kasut Tertuduh Pertama dengan menggunakan 'probe needle'PW6 juga diarah oleh PW9 memotong kedua-dua belah kasut Tertuduh Pertama. Hasilnya beliau mendapati dua bungkusan dibungkus dengan 'brown tape'dari setiap kasut tersebut (P2H1&2 & P2G1 &2).
PW6 juga semasa menjalankan pemeriksaan ke atas beg Tetuduh Pertama (P7) telah menjumpai tiga 'enamel pots'(P2 B, D, F). Dari setiap 'enamel pot'ini PW6 mendapati 2 bungkusan plastik berisi serbuk putih disyaki heroin (P3C1 &2, P3E1 &2, P3G1 &2).
PW7 (Azimah bt Abd Hamid) ialah saksi pendakwa yang menjalankan pemeriksaan ke atas badan Tertuduh Pertama. Beliau dibantu oleh PW8 (Norhayati Hamzah). Pemeriksaan tersebut dijalankan di pejabat Pencegah Bukit Kayu Hitam. Menurut PW7 sebelum pemeriksaan dijalankan Tertuduh Pertama kelihatan resah. Dalam keadaan demikian Tertuduh Pertama berkata kepada PW6, 'I give you money. You don't check me.'Percakapan ini didengar dan disaksikan oleh PW8.
Ada
Login now and unlock free premium legal research
Login to SupremeToday AI and access free legal analysis, AI highlights, and smart tools.
Login
now!
India’s Legal research and Law Firm App, Download now!
Copyright © 2023 Vikas Info Solution Pvt Ltd. All Rights Reserved.