SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img




PENGHAKIMAN

Wan Adnan Muhamad H:

[1] Pada suatu hari dalam bulan November 2001 seorang suri rumah tangga menerima surat ketika berada dirumahnya. Apabila dibuka alangkah terkejutnya bila didapati surat bertarikh 16 November 2001 bukan surat biasa malahan ia adalah surat takziah atas kematian suami tersayangnya. Surat takziah tersebut berbunyi (dalam bahasa Inggeris) "we regret to note the demise of Thiruvannamali". Dengan serta merta beliau menalipon tempat kerja suaminya. Tidak dapat dibayangkan leganya perasaan beliau apabila suaminya menjawab talipon dan memberitahu beliau sihat dan masih hidup. Ekoran peristiwa ini timbullah suatu tindakan sivil oleh plaintif terhadap defendan.

[2] Plaintif ialah seorang doktor perubatan dan ahli kad kredit Diners Club. Defendan ialah syarikat yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Pada suatu hari kakitangan defendan menerima suatu faks daripada Syarikat APDR Consultant (M) Sdn Bhd memberitahu seorang ahli kad kredit Diners Club bernama Major (R) Sachithananthan telah meninggal dunia. Lantaran itu kakitangan defendan tersilap dengan menukar status plaintif ke akaun ahli Diners Club yang meninggal dunia yang sepatutnya dibuat ke atas akaun mendiang Major Sachithananthan. Defendan hanya mendapat tahu kesilapan penghantaran surat takziah setelah plaintif memberitahu defendan melalui talipon pada 10 Disember 2001. Defendan telah memohon maaf atas kesilapan tersebut. Plaintif masih tidak berpuashati dan memfail tindakan terhadap defendan untuk ganti rugi kerana mengalami kejutan (shock), ketakutan (fear) serta penderitaan mental (mental anguish) bagi dirinya dan bagi pihak isteri dan anak-anaknya.

[3] Selepas writ saman dan peryataan tuntutan diserah ke atas defendan, defendan telah memfailkan permohonan melalui suatu saman dalam kamar di lampiran 5 bagi membatalkan tindakan plaintif kerana tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah di bawah peruntukan A. 18 k. 19(1)(a) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (KMT). Lampiran 5 tersebut dibenarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar (PKP) dengan kos. Plaintif tidak berpuashati terhadap keputusan PKP tersebut justeru itu plaintif memfail suatu notis rayuan kepada Hakim Dalam Kamar (Lampiran 7).

[4] Pada 5 Januari 2006 saya telah menolak notis rayuan di lampiran 7 dengan kos. Pihak-pihak tidak memfailkan apa-apa affidavit oleh sebab ia dibuat di bawah A. 18 k. 19(1)(a) KMT (sila lihat kes Leong Peng Kheng & Anor v. Dawntree Properties Sdn Bhd [2002] 1 CLJ 602 HC).

[5] Dalam tindakan ini plaintif ada membuat dua tuntutan ganti rugi iaitu untuk dirinya dan untuk isteri dan anak-anaknya.

[6] Berpandukan fakta kes yang jelas, saya berpendapat persoalannya ialah adakah defendan bertanggungan terhadap plaintif atau isteri dan anak-anaknya diatas kesilapan atau kecuaian dalam menghantar surat takziah tersebut.

[7] Pada hemat saya plaintif tidak mempunyai locus untuk menuntut ganti rugi bagi pihak isteri dan anak-anaknya yang dikatakan mengalami 'shock' dan 'mental anguish'. Isteri dan anak-anaknya bukanlah pihak-pihak dalam tindakan ini.

[8] Kini saya akan memperkatakan mengenai tuntutan ganti rugi plaintif atas kecederaan 'shock', 'fear' dan 'mental anguish' bagi dirinya. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa kesilapan berlaku dengan penghantaran surat takziah. Kesilapan ini telah diterangkan dalam pembelaan defendan. Defendan telah berkali-kali meminta kemaafan plaintif. Mengikut hujah peguam plaintif, defendan telah membuat pengakuan dan apabila memohon maaf defendan bertanggungan atas kesilapan yang menyebabkan plaintif menderita ekoran kejutan dan tekanan mental. Saya bersetuju dengan saranan peguam defendan yang menyatakan dengan meminta maaf bukan suatu pengakuan liabiliti.

[9] Adalah prinsip undang-undang yang nyata (trite) bahawa bukan semua kesalahan sivil (civil wrongs) akan membawa kepada bertanggungan (liability). Berdasarkan pernyataan tuntutan plaintif yang mendakwa beliau mengalami 'shock', 'fear' dan 'mental anguish' apabila diberitahu oleh iste

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top