SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img




PENGHAKIMAN

Mokhtar Sidin HMR:

[1] Di dalam rayuan ini perayu telah memohon untuk kajian semula dibuat terhadap penetapan bil kos bertarikh 27 Mac 1997 yang ditaksirkan pada 15 Julai 1997 dan diputuskan pada 24 Julai 1997 oleh Penolong Kanan Pendaftar. Perayu telah memohon kebenaran untuk memeriksa balas deponen Selvathesan a/l Jagasothy (selepas ini disebut sebagai "deponen responden" sahaja) atas afidavit yang diikrarkan oleh beliau pada 25 Ogos 1997 bagi pihak responden. Permohonan ini telah ditolak oleh Penolong Kanan Pendaftar dengan kos. Perayu telah merayu kepada hakim dalam kamar atas keputusan itu di mana rayuan itu telah ditolak oleh YA hakim. Rayuan ini ialah di atas penolakan permohonan perayu untuk memeriksa balas deponen responden.

[2] Sebagaimana yang terdapat di dalam rekod, perayu telah memfailkan Notis Penetapan Taksiran (Peguam-Anakguam) bertarikh 27 Mac 1997 dan Bil Kos (Peguam-Anakguam) bertarikh 26 Mac 1997. Penolong Kanan Pendaftar telah memutuskan jumlah kos bagi perayu pada 24 Julai 1997. Pada 6 Ogos 1997, perayu telah memfailkan permohonan untuk pertimbangan semula berserta dengan bantahan terhadap taksiran yang telah diputuskan oleh Penolong Kanan Pendaftar. Perayu juga pada tarikh yang sama telah memfailkan afidavit menyokong permohonan tersebut. Pada 25 Ogos 1997, responden telah mengikrarkan dan memfailkan afidavit jawapan. Pada 8 September 1997, perayu mengikrarkan dan memfailkan afidavit jawapan pihak menaksir.

[3] Di dalam afidavit bertarikh 6 Ogos 1997 perayu menyatakan bahawa taksiran bil kos ialah atas dasar peguam-anakguam dan bukannya antara pihak-pihak. Perayu juga menyatakan bahwa bil kos ini ialah ke atas satu permohonan foreclosurse yang melibatkan tiga permohonan berasingan di mahkamah iaitu saman untuk arahan, permohonan defendan untuk mengenepikan perintah jualan dan permohonan defendan untuk menggantung pelaksanaan. Permohonan defendan untuk mengenepikan perintah jualan dan menggantung pelaksanaan telah ditentang oleh plaintif melalui peguamnya iaitu perayu. Juga dinyatakan bahawa permohonan menggantung pelaksanaan yang dibuat oleh defendan ialah setelah gagal mendapatkan perintah untuk mengenepikan perintah jualan. Permohonan menggantung pelaksanaan itu telah didengar pada pagi hari tarikh jualan itu ditetapkan. Perayu seterusnya menyatakan bahawa untuk menguruskan perbicaraan ke atas ketiga-tiga permohonan itu memerlukan peguam yang berpengalaman dan yang mahir dalam bidang yang dinyatakan terutama sekali permohonan penggantungan yang hanya diketahui oleh plaintif pada pagi hari perbicaraan. Dengan itu peguam Vijay Kumar Natarajan (selepas ini disebut sebagai "peguam Vijay Kumar" sahaja), salah seorang peguam yang berpengalaman selama 17 tahun dari firma perayu sahaja yang boleh mengendalikannya. Di dalam afidavit jawapannya bertarikh 25 September 1997, responden telah menafikan bahawa permohonan-permohonan itu telah didengar di hadapan YA hakim dan sebaliknya didengar oleh Penolong Kanan Pendaftar. Responden juga di dalam afidavit tersebut menyatakan yang responden telah melantik firma perayu sebagai peguam mereka dan bukan mana-mana peguam yang berpengalaman. Di dalam afidavit jawapan perayu bertarikh 8 September 1997, perayu menyatakan permohonan di mana peguam yang berpengalaman iaitu peguam Vijay Kumar hadir semasa perbicaraan ialah permohonan-permohonan yang dibuat oleh defendan dan tidak termasuk saman untuk arahan yang dibuat oleh plaintif. Perayu seterusnya menyatakan di dalam afidavit tersebut bahawa responden memang tahu pada semua masa tertentu untuk prosiding penjualan tanah tersebut ia telah dikendalikan oleh peguam Vijay Kumar iaitu satu-satunya peguam yang berpengalaman di dalam firma perayu. Perayu seterusnya menyatakan bahawa responden tahu bagi kes penjualan tersebut peguam Vijay Kumar telah mengendalikan kes tersebut dari awal hingga akhir di mana hasil jualan tersebut ialah RM2.25 juta sungguhpun harga rizab hanyalah RM900,000 sahaja.

[4] Dari afidavit-afidav

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top