SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Audio Icon Pause Audio Icon
judgment-img




PENGHAKIMAN MAHKAMAH

Perayu telah dihadapkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas satu kesalahan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan yang berbunyi seperti berikut:

Bahawa kamu pada 3.2.2002, jam 11.00 pagi di Bilik 321, Hotel Panmour Villa, 78, Leboh Turi Off Persiaran Raja Muda Hassan, Taman Chi Liung, Klang, dalam daerah Klang, dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah melakukan kesalahan membunuh, iaitu menyebabkan kematian ke atas SHEEREN LIAO EE CHAN, NO. KP: 660808-10-5010, dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Di akhir kes pembelaan Hakim yang bijaksana mendapati bahawa pembelaan telah gagal di atas imbangan kemungkinan untuk menimbulkan apa-apa keraguan di atas kes pendakwaan. Perayu telah didapati bersalah dan disabitkan dan telah dikenakan hukuman gantung sampai mati. Perayu merayu terhadap sabitan dan hukuman yang telah dikenakan. Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak dengan sebulat suara kami telah menolak rayuan perayu dan mengekalkan sabitan dan hukuman.

Latarbelakang kes

(2) Keterangan pihak pendakwa menunjukkan bahawa pada 1.2.2002 Sheeren Liao Ee Chan ("simati") telah bertandang dan tidur di rumah kawannya SP4. Pada 2.2.2002 sebelum meninggalkan rumah SP4, simati telah memberitahu SP4 bahawa perayu telah menghubunginya dan hendak berjumpa dengan simati. SP4 tahu mengenai hubungan simati dengan perayu tetapi SP4 tidak pernah berjumpa perayu.

(3) SP8, penyambut tetamu Hotel Panmour Villa, Klang menyatakan bahawa tetamu di bilik 321 adalah simati yang telah mendaftar masuk hotel pada 2.2.2002 (ekshibit P13, resit pendaftaran masuk). Tetamu hanya diberikan satu kunci sahaja. Pada 3.2.2002 jam lebih kurang 9.30 pagi perayu telah menjelaskan baki harga bilik kepada SP8. Semasa membuat bayaran perayu telah memberitahu SP8 bahawa dia dari bilik 321.

(4) Menurut SP8, pada 3.2.2002 jam lebih kurang 11 pagi alat penggera hotel telah berbunyi. Alat penggera berbunyi disebabkan asap. Pengurus hotel (SP7) dan housekeeper Wan Luki datang ke kaunter penyambut tetamu. Housekeeper Wan Luki memberitahu SP7 ada api di tingkat 3. Perayu juga telah datang ke kaunter penyambut tetamu dengan memegang kunci bilik 321 yang slotnya terbakar dan memberitahu bahawa bilik 321 telah terbakar tetapi tidak memberitahu ada mangsa di dalam bilik tersebut. SP8 mengatakan perayu menggeleng kepala dan meletak kunci bilik di atas kaunter. Menurut SP8 perayu kelihatan nervous dan tergesa-gesa. SP7 naik ke tingkat 3 dan mendapati api itu di laluan bilik 321. SP7 pun turun untuk memanggil bomba. Menurut SP7 bomba sampai setelah api dipadamkan oleh kakitangan hotel.

(5) SP8 telah naik ke bilik 321 dan dapati asap nipis keluar dari celah pintu bilik 321. SP8 buka pintu bilik 321 dan dapati api sudah marak dan merebak keseluruh bilik dan alat penghawa dingin telah jatuh ke lantai. SP8 tidak nampak sesiapa dalam bilik itu. SP8 dengan bantuan pekerja hotel menyembur api dengan alat pemadam kebakaran dari luar bilik dan api pun padam. Apabila SP8 turun semula ke bawah perayu sudah tidak ada lagi.

(6) Dalam keterangannya SP36 pegawai penyiasat menyatakan bahawa beliau sampai di Hotel Panmour Villa pada jam lebih kurang 1 tengahari. Dalam bilik 321 beliau mendapati mayat simati dalam keadaan terlentang di atas katil. Badan simati penuh dengan debu dan terdapat kesan lecur/terbakar pada kaki dan tangan simati. Sebahagian bilik 321 termasuk langsir, tilam dan bantal telah terbakar dan bilik tersebut penuh dengan debu pemadam api (ekshibit P75E, F, G dan H). SP36 telah dimaklumkan oleh seorang anggota detektif mengenai penemuan satu bekas minyak Helix berwarna biru tanpa penutup (ekshibit P3) bersama beg plastik merah (ekshibit P3A) berhampiran lif dan penutup bekas minyak Helix (ekshibit P3B) ditangga. SP36 mengarahkan anggota-anggotanya jangan menyentuh barang-barang tersebut sehingga anggota forensik tiba. SP36 telah menghubungi SP34, Amidon yang bertugas sebagai Ketua Unit Fore

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
logo-black

An indispensable Tool for Legal Professionals, Endorsed by Various High Court and Judicial Officers

Please visit our Training & Support
Center or Contact Us for assistance

qr

Scan Me!

India’s Legal research and Law Firm App, Download now!

For Daily Legal Updates, Join us on :

whatsapp-icon Back to top