SupremeToday Landscape Ad
Back
Next
Judicial Analysis Court Copy Headnote Facts Arguments Court observation
Listen Article Pause Article
judgment-img

2025 MarsdenLR 917

MAHKAMAH TINGGI MALAYA SEREMBAN
HARTANI MAJU SDN BHD & SATU LAGI LWN. PENTADBIR TANAH PORT DICKSON (LAMP 1 & 6)
[Saman Pemula No: NA-24NCvC-459-08/2024]



Pemindahan milik tanah di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 hanya dibenarkan kepada individu dan tidak boleh dipindahmilik kepada syarikat, serta pemindahan menggunakan dokumen palsu adalah tidak sah.

Headnote:(A) Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 - Seksyen 14, 15, dan 19; Kanun Tanah Negara 1965 - Seksyen 340(2)(b) - Permohonan untuk membatalkan kaveat pendaftar atas alasan pemindahan milik tidak sah - Mahkamah memutuskan bahawa pemindahan milik kepada syarikat adalah tidak sah dan menyalahi undang-undang. (Paras 14, 19, 25, 30)

(B) Fraud - Pemindahan milik yang menggunakan dokumen palsu adalah tidak sah - Kaveat pendaftar yang dimasukkan oleh Responden adalah sah untuk melindungi kepentingan tanah. (Paras 20, 25, 28)

(C) Penyalahgunaan proses mahkamah - Tindakan pemohon dianggap sebagai penyalahgunaan proses mahkamah. (Paras 31)

Facts of the case:
Pemohon pertama membeli tanah pertanian dari pemilik terdahulu dan memindahmilik kepada diri sendiri. Responden memasukkan kaveat pendaftar atas alasan terdapat unsur penipuan dalam pemindahan milik. (Paras 3, 4)

Findings of Court:
Mahkamah menolak permohonan pemohon dengan kos sebanyak RM3,000.00 yang mesti dibayar kepada responden. (Paras 4, 32)

Issues: Adakah pemindahan milik yang menggunakan dokumen palsu sah? Adakah pemohon berhak untuk membatalkan kaveat pendaftar? (Paras 20, 30)

Ratio Decidendi: Pemindahan milik kepada syarikat adalah tidak sah di bawah Akta 530 dan pemindahan milik menggunakan dokumen palsu adalah tidak sah, menjadikan kaveat pendaftar yang dimasukkan oleh responden sah. (Paras 14, 19, 25, 28)

Result: Saman Pemula ditolak dengan kos sebanyak RM3,000.00.

[1] Di dalam Lampiran - 1, Pemohon-Pemohon memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan perintah-perintah seperti berikut:

(a) Kaveat Pendaftar dalam No Perserahan 264/2022 didaftarkan pada 14 Julai 2022 yang dimasuki oleh Responden iaitu Pentadbir Tanah, Port Dickson ke atas hartanah yang dipegang di bawah Geran Mukim 1352, Lot 3730, Mukim Jimat, Tempat RTP Sungai Nipah (Chuah III), Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus ("Hartanah Tersebut") adalah dipotong dan dibatalkan dengan serta merta;

(b) Responden sama ada melalui wakilnya, ejennya atau pengkhidmatnya atau selainnya untuk dan bagi dirinya sendiri atau bagi pihak lain adalah dihalang daripada memasukkan apa-apa kaveat Pendaftar lain atau lanjut ke atas Hartanah tersebut berdasarkan alasan dan asas yang sama dengan itu yang telah disandarkan bagi memasukkan Kaveat Pendaftar No Perserahan 264/2022, didaftarkan pada 14 Julai 2022;

(c) Pentadbir Tanah dan/atau Pendaftar Hakmilik dan/atau kesemua pihak berkuasa adalah diarahkan menurut s 417 Kanun Tanah Negara 1965 untuk memberi kesan kepada perintah-perintah dalam ini dengan membatalkan kaveat pendaftar tersebut di atas dokumen hakmilik Tanah itu;

(d) Suatu Perintah Mahkamah memerintahkan pindahmilik Hartanah dipegang di bawah Geran Mukim 1352, Lot 3730, Mukim Jimah, Tempat RTP Sungai Nipah (Chuah III), Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus ("Hartanah Tersebut") dari nama pemilik berdaftar Hartani Maju Sdn Bhd terus kepada Gan Kok Chian (No. K/P: 721002-05-5049) tanpa perlu apa-apa permohonan kebenaran dari pihak berkuasa negeri dan/atau mana- mana pihak.

(e) Suatu Perintah Mahkamah memerintahkan Pemohon Pertama, Hartani Maju Sdn Bhd menandatangani serta memberi kuatkuasa Memorandum Pindah-Milik (Borang 14A) untuk memindahmilik Hartanah tersebut kepada Pemohon Kedua, Gan Kok Chian (No. K/P: 721002-05-5049) sebagai penerimaan pindahmilik/nomini Hartanah tersebut.

(f) Responden diperintahkan untuk mendaftarkan Gan Kok Chian (No. K/P: 721002-05-5049) sebagai pemilik berdaftar baru hartanah tersebut yang bernombor Geran Mukim 1352, Lot 3730, Mukim Jimah, Tempat RTP Sungai Nipah (Chuah III), Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan;

(g) Kos permohonan ini ditanggung oleh Pemohon- Pemohon.

(h) Relief lain atau lanjut yang Mahkamah ini anggap adil dan suaimanfaat.

[2] Saman Pemula Pemohon-Pemohon ini disokong oleh afidavit yang diikrarkan oleh Pemohon Kedua (Gan Kok Chian) yang telah diberi kuasa untuk mengikrarkan afidavit ini bagi pihak Defendan Pertama, Hartani Maju Sdn Bhd bertarikh 28 Ogos 2024 (Lampiran- 2).

[3] Di antara alasan-alasan yang disandarkan oleh Plaintif di dalam tindakan Saman Pemula ini (Lampiran - 1) adalah seperti berikut:

(a) Perkara pokok dalam tindakan ini adalah sebidang tanah yang dipegang di bawah Geran Mukim 1352, Lot 3730, Mukim Jimah, Daerah Port Dickson, Tempat RTP Sungai Nipah (Chuah III), Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus ("Tanah itu"). Tanah itu adalah tanah pertanian. Tuanpunya berdaftar Tanah itu adalah Pemohon Pertama (1).

(b) Responden adalah Pentadbir Tanah Port Dickson dan merupakan pihak-pihak berkuasa berkaitan hal-hal tanah di Port Dickson.

(c) Melalui satu perjanjian jualbeli bertulis bertarikh 15 Jun 2017, Pemohon Pertama (1) telah membeli daripada Hakeem Faizal bin Mohd Hasan (No. K/P: 820526-71-5021) itu untuk balasan wang sebanyak RM530,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Tiga Puluh Ribu Sahaja) Harga Belian telah dibayar sepenuhnya kepada Hakeem Faizal.

(d) Pada 14 Julai 2022, Responden telah memasukkan satu kaveat persendirian No Perserahan 264/2022 ke atas Tanah itu. Alasan yang dikemukakan oleh Responden adalah bahawa didapati kebenaran pindahmilik yang dilaksanakan mempunyai unsur-unsur penipuan.

(e) Kaveat pendaftar tersebut hendaklah dipotong dan dibatalkan atas alasan-alasan antara lain seperti berikut:

(i) Responden tidak mempunyai apa jua kepentingan berkaveat ke atas Tanah itu;

(ii) Responden tidak pernah memaklumkan kepada Pemohon-Pemohon apa-apa tinda

Click Here to Read the rest of this document
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
SupremeToday Portrait Ad
supreme today icon
whatsapp-icon Back to top